31.10.11

Aku rasa nak membebel malam malam...

Assalamualaikum :')


indahnya duduk kampung macam neyy kan. aku sekarang ponn dudok kampung gak. sunyi sepi , udara segar dan nyaman dihirupp kencang. bunyi bising memekak keta + moto lalu lalang hilang macam bersahaja. tidak seperti di bandar yang riuh rendah mengalahkan ayam bertelor sekampung. ayam dekat kampung lagi tak seriuh macam tuh.

entah kenapa rasa nak membebel je malam neyy. mungkin sebab gara gara takda apa yang nak dibuat sebab rumah dah sunyi sepi macam satu orang pun takda kat kampung neyy. mungkin disebabkan ada orang meninggal di kampung aku baru baru tadi selang 2 , 3 jam yang lepas. tambah pulak dengan kejadian yang aku dengar ada seorang hamba Allah neyy terlajak dengan lorinya masok ke dalam sungai rajang depan rumah aku dekat feri nak balek ke Matu. kesimpulan, kejadian bukan depan rumah aku. sungai depan rumah aku sebagai example semata mata. dan, mangsa masih belom ditemui hingga sekarang. menurut khabar, esok akan disambung semula pencarian mangsa tersebut. hati tersentuh mendengar. kesian. ada hikmah di sebalik semua kejadian.

picture : sumber google

dan...apabila tengah busy melayan pesbuk, tiba2 ternampak sesuatu yang berkaler pink terang telah menarik minat untuk di klik. ituuu dia... santekkknyaaa heel neyy. tiba tiba rasa minat nak pakai pulakkk dahhh..okeyy, napsuu perempuan dah muncoll dahh..

picture : sumber facebook

pesanan untuk wanita2 di luar sana. ingatlah, aurat mesti dijaga. kesian ayah kita nanti. penat lelah ayah ajar baek baek, korang plak heret ke neraka. hmmmm.. renung renungkanlah....


Sekian, terima kasih sebab sudi dengar bebelan saya :')

Hidup ni jangan asyik pikir masalah

Assalamualaikum :')


credit to zack zukhairi

hati rasa tak senang. mula gundah gelana sebab takde idea yang bernas nak update entry. tapi tangan tetap nak update jugak sebab tak sah kalau tak update blog. kalau boleyy tiap saat apa yang dilakukan mesti nak diupdate dalam blog neyy. nama ponn blog ni kehidupan aku kann. bosannn kalau tak luangkan masa dengan beloggg kesayangan aku neyy.

okeyy, bebalek kepada tajuk entry...

memang betul tuh, kalau difikirkan sangat masalah, boleyy menyebabkan diri sendiri stress. makin banyak korang pikir, makin tak tenteram la hidup korang. cuba korang pikir pasal yang gumbira gumbira je, kan indah jadi nyaaa. dan kalau pikir masalah, muram jadinyaa. kan ? kan ?


Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :')

Hargai dia sebelum kehilangan

Assalamualaikum :')

petang petang camneyy takda idea nak tulis entry. tapi sehari tak publish post bagai setahun je tak hupdate. kalau tak online boring plak. buka pesbuk. terserempak dengan satu picture neyy......


"hargai dia sebelum kehilangan"

sebab ? korang akan menyesal di kemudian hari. trust me. ini fakta yang betol2 akan berlaku. tapi tapi , aku neyy jenis yang memang tak menghargai orang. bila dah kehilangan baru terasa. it's me :'(

dan..

aku jenis yang tak suka dipaksa dalam cinta. kalau aku cakap aku bosan, bosanlah jawabnya. kalau aku tak suka, tak sukalah jawabnya. perasaan aku memang sentiasa berubah-rubah. ikut mood. sebab tu aku tak pernah nak menghargai orang dalam hal percintaan sahaja okeyy kalau hal lain aku hargai sesangat.

Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :')

30.10.11

Pertunangan orang kampung :')

Assalamualaikum :')


Testing testing ! :')

Hehe..saje je ngada2 kan diri nihaaaa....Muka penat sikit lepas tolong kazen tunang kemarin. Sebab tu blog macam ada sarang lelabah je sikit neyy. Biasanya sampai 10 entry satu hari kalau berblogging. Memang tamak haloba !

Apa2 pun, nak share cara2 orang kampung betunang. Khas untuk orang2 bandar je. Orang kampung takyah *kejam!* Adat orang kampung semestinya bergotong royong. Takde katering-katering macam orang bandar. Sehati sejiwa, bantu membantu, tolong menolong sesama kampung :')

Antara babak-babak yang ada....

nombor pun ade, korang ade ? nak kasi senang susun time bawak :')



nampak tak ? nampak tak ? memang berjiwa malaysia kan :') kreatif sungguh org kmpung aku neyy.
"logo 1 malaysia"



pihak lelaki datang meminang :')

nama pun kampung kann. mesti la gotong royong siapkan makanan :')

wakil pihak perempuan dah ready neyy


macik aku sarungkan cincin tunang untuk lelaki :')

Haa..yang neyy kazen aku yang betunang tuh,

banyak kann..banyak kann...:')
21 balas 23 dulang..korang ade ? hehe...

tadaaa :')







Eh, tergambar pulak anak fruit aku neyy. Comell + cantekk :')


Testing testing again ! :')

Hehe...saje je nak try skirt yang baru beli arituh. Bila la nak pakai. Sebab tu nak try je..santekk..aku suke :')


Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :')



Variasi : inspirasi selendang/shawl


Assalamualaikum ^^




First aku tengok majalah neyy di usha2kan, fuhlamak ! Memang menarik minat aku yang memang minat sangat dengan pesen2 jaman sekarang neyy. Cepat2 aku add empunya pesbuk tuh, terus order dengan sepantas kilat sampai kilat pun aku kalahkan kelajuan dengan 200km/persaat. Okeyy. Pentipuuu...


*dapat je parcel dari posmen cepat2 aku lari ambek kamera ayah untuk photoshot majalah neyy..wakakakakakakakakakaaaa (^_____^)*


Pet pet..pet pet...*bunyi hon moto kapcai posmen depan rumah* itu menandakan barang sampai. Barang dari poslaju. Dengan sepantas seperti ahli pecut dunia aku dari bilik ke luar rumah menyambut kedatangan posmen dengan senyuman. Dah posmen tu senyum, aku pun senyum :')


Memang dijangkakan majalah tu akan sampai hari neyy. Yeaayyy ! Tengok parcel atas tuh. Dah koyak rabak gara2 eksaited kemain lagi nak tengok buku tu real2 :') Korang nak tengok tak isi2 dalam perut majalah tuh ? nak tak ? kalau nak angkat keyboard korang sekarang ! :')




*baru muka depan je*


Eh, baru muka depan je neyy. Hehe..eksaited kemain jugak korang nak tengok isi perut majalah neyy kan..sabar keyy sayanggg...



Sekejap keyy..plastik lom bukak agi, camne nak tengok isi2 perutnyerrr...sabar sabar :') Memang eksaited giler time nak bukan neyy..tangan dah ala2 parkinson pulak.



Tadaaa ! Comel muka first majalah neyy kan. So cuteee. Cantek. Menawan.






Eksaited kemain lagi aku neyy nak baca halaman seterusnya dengan selendang/shawl kat tangan nak ikut style2 yang ada :') Auwww..memang memikat hati. Korang ? cemburu ? meh la rembat majalah neyy jugak. Hanya RM19.90 je. Murah. Ade manyak style derrr. Rugi kalau tak beli. Bagi yang peminat shawl tu konpem nak beli. Nak beli ? Tinggalkan komen, nanti gtau katne beli keyy sayangg.

p/s : lepas neyy masa nak berblogging akan diambil beberapa hari gara2 nak try style baru. Hehe :')



Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :')

27.10.11

Tips nikah kawen


Assalamualaikum :')






Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Kenapa aku masih single


Assalamualaikum :')


"kenapa aku masih single"



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.



credit to iluvislam.com