7.9.14

Cinta


Cinta. apa itu cinta?


kadang-kadang orang bercinta kerna suka. kadang-kadang orang bercinta kerna sunyi. cinta. ayat yang penuh dengan dugaan hidup. memang aku x lepas dari kehidupan yang bernama cinta. ya aku pernah bercinta. itu dulu. sekarang aku rasa ingin jauh daripada cinta. kerna aku tahu aku belum layak untuk mengerti apa itu cinta. hati dan perasaan yang sentiasa berubah-ubah membuatkan aku tewas. membuatkan aku tidak tetap pendirian. kadang-kadang terasa diri ni x layak untuk bercinta.


kenapa perlu aku lalui semua ni?


perasaan tu sukar nak dielakkan. hanya sekadar suka. tapi rindu rasa kuat dihati. kadang-kadang terfikir macam mustahil si dia ni si dia tu akan jadi jodohku. kadang-kadang terfikir layakkah aku untuk dia? hmmm.... hadirnya dia di kehidupanku, adakah akan muncul sekali lagi nanti?

Dugaan hidup


Tanggal 31 Ogos. Jam 11 malam, diri ini diuji dengan kesihatana yang kurang memuaskan. Masuk hari keempat demam. Hari pertama demam panas Allah je tahu perasaan menahan sakit waktu tu semalaman tak dapat nak lelapkan mata hinggalah ke pagi jumaat. Kurang sikit derita sakit lepas makan ubat. Sempat hantar handphone rosak ke midvalley. Balik je sakit pun datang balik. Demam lagi. Kali ni badan terasa lemah sangat. Waktu malam badan terasa panas. Hanya mampu bertahan sehinggalah hari keempat, hari ahad. Badan terasa lemah dengan keadaan 2 hari x makan, Selera memang xda langsung. Dan malam tu muntah dengan teruk dan akhirnya darah yang keluar...

Ya Allah, apa yang terjadi terhadap diriku.

Badan terasa lemah teramat sangat. Kepala pening. Badan terasa panas. Lantas kawan bawak ke hospital klang, hospital tunku ampuan rahmah. Pergi ke bahagian emergency. Prosedur waktu tu memang agak banyak dan memakan masa sampai pagi. 3 kaunter dan akhirnya jumpa doktor. doktor ambik darah. kemudian.....

Doktor sahkan aku demam denggi. Ya Allah luluh rasa hati bila dengar doktor cakap macam tu dan malam tu jugak terpaksa kena tahan di wad. Hati sedih. Air mata mengalir. Tak terucap dengan kata-kata bila nak dimasukkan ke wad. Allah. Dengan keadaan badan yang lemah. Mungkin ini bahagianku. Aku redha. Sesungguhnya Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk diriku.

Hari berlalu pergi...5 hari berkampung di hospital dengan keadaan yang jauh dari keluarga. Kadang-kadang rasa sedih bila terpaksa sorang-sorang di hospital. Bernasib baik sebab ada kawan-kawan yang datang menziarahi, yang banyak membantu, tolong bawakkan air, sediakn pakaian semua, bawakkan makanan. Ya Allah, terima kasih hadirkan insan seperti mereka. Aku bersyukur.

Kehidupan di hospital tiada siapa yang suka bila terpaksa makan makanan yang kita x suka. Tapi aku redha kerna ini yang telah tertulis buatku. 5 hari cukup memberi kenangan pahit dan manis buatku. Alhamdulillah dengan layanan yang baik oleh jururawat dan doktor2 kat hospital klang di wad G3. Syukur sebab semuanya baik-baik belaka. Sehari kena ambik darah sebanyak 4 kali. Tangan kebas dah hari-hari terpaksa kena cucuk dengan jarum. Sakitnya Allah je tahu. Kerna terpaksa demi kesihatan. Kenangan tinggal di wad hospital takkan kulupakan. Cukup 5 hari doktor benarkan aku balik. Memang banyak cerita kenangan sepanjang di hospital. Biarlah kusimpan jadi memori. Ada tawa, ada duka. Hanya mampu tersenyum.


Belum selesai dengan masalah denggi aku diuji pulak dengan dugaan kesihatan yang lain. Yang setelah sekian lama ku ingin rungkaikan. Masalah yang selama ni ingin cari jalan penyelesaian. Masalah senggugut teruk. Selama ni memang teringin sangat nak buat ujian ultrasound sebab dulu waktu form 2 pernah jugak scan dan mengalami satu masalah apabila doktor sahkan ada "something? kat bahagian perut aku. Tapi waktu tu aku x ambil kisah sangat. Tapi sekarang setelah genap 10 tahun berlalu, aku sedar yang segala-galanya berpunca dari "something" tersebut. Akhirnya petang lepas discharge dari hospital pagi tu aku nekad jugak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bahagian perut aku di klinik swasta. Kalau nak diikutkan proses hospital kerajaan memang sangat lama. Aku nekad. Aku pergi buat medical check up. Allah!

Sekali lagi aku diuji.

Doktor sahkan lagi terdapat sesuatu seperti darah beku ataupun darah terapung di bahagian perutku. Aku x terkata apa-apa. Doktor sarankan aku pergi ke bahagian emergency department hospital yang sama lagi untuk rawatan yang selanjutnya. Doktor kelihatan risau dengan keadaan aku. Doktor risau sesuatu yang serius akan berlaku. Sampai sahaja bahagian emergency, aku diperiksa walaupun terpaksa menunggu lama dalam keadaan yang memeningkan. Kemudian, doktor bahagian emergency pun x dapat nak buat keputusan bila melihat hasil ujian. Aku akhirnya ditolak ke bahagian sakit puan. Sampai sahaja bahagian sakit puan, aku discan lagi. Tapi,.....doktor x dapat nak detect benda tersebut. Berkemungkinan disebabkan oleh keadaan yang x menahan kencing. Doktor putuskan tiada apa2 yang berlaku. Dokotor benarkan aku balik. Aku x puas hati. Aku nekad lagi untuk membuat pemeriksaan balik isnin ni selepas appointment cek darah nanti. Aku cuma berharap sakit ni dapat dirawat. Mungkin semalam doktor x nampak, tapi sebenarnya benda tu memang ada. Aku jadi takut. Aku takut sesuatu akan belaku terhadap diri ni.

Allah je tahu bagaimana rasanya risau dengan kesihatan diri ni. Semalam doktor siap tanya lagi kalau ada ahli keluarga terdekat yang mengidap penyakit kanser. Aku takut. Takut dan sangat takut. Doakan aku.




Allah dah tentukan segala-galanya buatku. Siapa aku untuk mempertikaikan apa yang bakal dan sedang berlaku. Mungkin ini bahagianku. Aku hanya anggap ia penghapus dosa-dosa yang telah aku lakukan. Ia hanyalah dugaan bagiku untuk terus bersabar. InsyaAllah.


Aku tahu aku kuat.