4.4.12

Berhabis dengan baucer RM200

Assalamualaikum ^^




Dengar dengar cerita, tarikh habiskan baucer dah diextendkan ke hujung bulan empat ni. Eh, bulan empat dah ?? Cepatnye masa berlalu kan. Dah genap sebulan aku jadi budak degree. Dah macam dalam mimpi je bila teringat time kecik kecik dulu cita cita nak capai ke menara gading *menara gadinglah sangat* Dan akhirnya impian 50% dah tercapai.

Next month konvo untuk diploma. Tiket tak beli lagi. Nasib baik my brother hulurkan bantuan beli tiket. Muahahahhaha. Alhamdulillah. Tapi tiket tak beli lagi ni. Haish !

Dengan harapan Air Asia " price breakdown " ...

Ceriter pasal baucer RM200, aku dah habiskan dah. Dah berhabis dengan membeli barang barang seperti berikut :

Satu tempat letak buku, satu lagi tempat letak segala gala wayar, charger, pendrive, hardisk,...baru nampak kemas tak serabut serabut dengan wayar banyak banyak.

Pencuci laptop. Sebulan sekali kene cuci baru nampak bersih.


Earphone yang sangat best bila pakai. Pink lagi tu. Harga pun mahal. Huhu ~~

Mouse yang sedikit kecomelannya.

Ready gam kasut sebab haritu beli kast murah je kat uptown untuk g kelas.

Semangat dapat kad matrik baru.

Ready satu buku satu subjek. Semangat study beb !









Perghhh. Giler semangat aku beb nak study. nak buat assingment kalau dah lengkap camgini. No tangguh tangguh kerja okey ! Ayah ajar jangan buat kerja last minute. Kene panctual !


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang baca lagi :')


1.4.12

Case study bangunan TM

Assalamualaikum ^^



Sebut pasal case study ni, memang tak pandai nak habis-habis. Hampir tiap-tiap minggu kene pergi buat research. Haip ! Penat den tau . Huh =.="


Dalam kepenatan tu jugak, sempat jugak nak capture-capture. Tak sah kalau tak ambil gambar kann. Nanti boleh simpan jadi kenangan.



Case study Menara TM. "Green building"
Orang melayu ni kan, susah sangat nak tolong-menolong sesama sendiri. Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab, mula-mula kitorang nak buat case study kat bangunan lain *taknak mention nama bangunan tu*, malangnya sorang pun tak nak tolong student macam kitorang ni. Siap diorang *pekerja* maki hamun bagai. Macam ni ke budaya orang Malaysia ??

Hmmm. Amat menyedihkan. Nasib baik dapat maklumat tentang Menara TM ni.







Selesai je ambik gambar bagai, destinasi seterusnya mestilah MAKAN ! Lapoooo gilooo denn . Dan seperti biasa makan makanan yang sama lagi di Midvalley :) Sangat pedas tapi sedaaaap .


 Terima kasih sebab sudi membaca .

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Assalamualaikum ^^


Wah, dah rasa macam lama sangat tak update blog. * mentang-mentang la dah bebas dari cengkaman seorang lecturer yang kurang S****N * . Haip !! Opppsss...terase ke  ? Ada aku kesah ?

Hidup selama beberapa minggu tak berupdate blog ni bagaikan busy mengalahkan menteri. Sangat-sangat sibuk sampaikan nak sentuh laptop pun tak mampu *okey, tipu !* Bukan sengaja, tapi sebagai student memang tak lari dari kesibukan yang bernama assingment kan ? Apa boleh buat, kalau tak suka busy macam ni baik balek kawen je senang !

Okeyyyy, lari dari topik. Actually gambar ni dah lama dah upload. Cuma nak bina ayat dalam blog and post je tak sempat. So, kesempatan yang ada malam ni, nak jugak ceciter-citer sikit time mula2 menjejak kaki melanjut pelajaran ke UiTM Shah Alam hari tu.

Pari + sotong Midvalley

Perghhh, tengok je mula-mula memang dah tahu pedas giler. Belom lagi rasa. Memang sah 100% pedas. Orang cakap kalau tak pedas, bukan semenanjung la jawabnya kan ? :) Aku memang jenis yang suka mencuba. Even tak pandai makan pedas, jadi pandai la jawabnya. Kat negeri orang tak boleh nak memilih. Aku bedal jelah. Perggghhhh ! Kaw Kaw giler pedasnye. Sedaaappp hingga menjilat kuku.

*Abaikan muka-muka yang eksaited kemain lagi makan pedas nih*



Kalau nak dikirakan, memang tak cukup air ni nak kalahkan kepedasan makanan tu. Tapi, membe bagi petua sikit kalau nak makan makanan pedas ni. Membe cakap, kalau tak nak rasa pedas tu terasa sangat time makan, " jangan STOP makan, makan je berterusan. Pedas takkan terasa. "

Aku try la...memang terbukti pun.


*Oppsss, dalam toilet pun nak bergambarkan*


Malam kitorang jalan tu kan, bermalam kat rumah membe. Kemain lagi eksaited cari barang-barang dapor nak masak sendiri. Tup-tup pilih ayam goreng je sebab terlalu "memilih" makanan nak dimakan time kat market. Sejam pun tak cukup. *kalau pilih makanan pun dah cerewet, apatah lagi shopping kan =.=" * Perempuan oh perempuan.

Yang lawaknya time masak kat rumah membe malam tu, kemain lagi goreng-goreng ayam sambil tengok berita utama. Sambil2 tu lah yang membawa padah hingga ayam hangus ! Hangus okey ! Aku tak salah, sebab bukan aku yang goreng, membe...Hahhahahahahha....Sebagai balasan, kite suruh membe yang masak tu makan ayam hangus. Wakakakaka *kejam tak ? *

p/s : Gambar ayam hangus boleh cari di atas.


Tengah malam tu jugak kitorang jalan-jalan pegi uptown kat Damansara shopping-shopping barang murah. Siap aku bawa balik 2 pasang kasut merah and grey. Then, sampai jam 2 pagi kite g lepak kat Dataran Merdeka. Lewat jugak balek time tu. Eleh, KL tak kenal erti lewat la beb !



*gambar lompatan tak menjadi*



Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :')