22.9.12

Assignment : Interview Chinese managing director

♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥



Picture : Sumber GOOGLE



Tengok tajuk entry kali ni pun dah nampak macam mencabarkan assignment yang diberikan oleh pensyarah ni. Mula-mula memang tipu kalau aku cakap hati tak memberotak, hati tak tenteram bila dapat assignment ni. Memang tipu kalau aku cakap aku tak rasa tercabar dengan assignment ni. Ya ! Memang aku rasa macam fed up semacam je bila dapat assignment ni. Baru je dapat semalam. Belek-belek sekejap lepas tu tutup sebab tak nak stress sangat. Lepas tu ade perjumpaan dengan lecturer ni untuk briefing tentang assignment ni.


Mula-mula rasa macam,.." Adoi..mana nak cari company chinese dekat selangor and KL ni. Aku bukannya familiar sangat pun dekat sini"......."Adoi...transport pulak macam mane ni?"...."Adoi...dahlah sorang satu company"....."Hmmm...dahlah kene interview chinese managing director"...


dan..bla..bla..bla...bla....



Picture : Sumber GOOGLE


Lepas habis briefing..lepas macam-macam yang terlintas dalam fikiran, terus aku terfikir sejenak..Memang semua kerja pada mulanya kita fikir susah, sebab kita tak pernah mengalaminya lagi. Dan lepas mendapat semangat dan dorongan dari kawan-kawan, aku sedar. Tak ada yang tak susah. Semuanya susah. Tapi bila kita berusaha, pasti akan ada kesenangan di kemudian hari.


Sampai je rumah sewa, terus bukak laptop, bukak note book, belek-belek paper assignment. Memahami setiap yang diarahkan. Dan, akhirnya aku bersemangat balik. Bertambah excited pulak nak pergi interview. 


"Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Aamiin"...


Picture : Sumber GOOGLE


Aku terfikir, motivated kan diri sendiri. Kenapa perlu nak risaukan diri sendiri dengan apa yang belum kita mulakan, dengan apa yang kita belum lakukan. Belum mula lagi dah nak putus asa. Jadi, aku buangkan sifat putus asa tu dari dalam diri. Yakin dengan diri sendiri. Aku mampu lakukannya. Aamiin ! :)



Picture : Sumber GOOGLE


...Dan..sebagai pengakhiran entry ni, aku bagi pesanan kepada korang dan juga peringatan kepada diri sendiri, " kenapa perlu nak putus asa terlalu awal sedangkan mula pun belum lagi. Belum cuba belum tahu kan? "...


Aku bangga dapat assignment macam ni. Aku bangga dapat lecturer yang bagi assigment macam ni sebab dapat melatihkan diri dengan orang-orang dalam industri pembinaan. Selain tu jugak dapat melatihkan diri berdikari sebab ni individual assignment. Aku gahkan diri untuk mencari company yang dikehendaki. Aku google. Aku emel ke company tersebut. Aku cuba menghubungi company tersebut. InsyaAllah, pasti akan berjaya.


" Jangan sesekali mudah berputus asa"


21.9.12

Kadang-kadang...

♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥

Picture : Sumber GOOGLE


Kadang-kadang,
Apa yang kita cakap disalah anggapkan,
Kadang-kadang,
Bila tersalah cakap terus disalahertikan,
Kadang-kadang,
Perkara kecil diperbesar-besarkan,
Kadang-kadang,
Orang yang ketiga yang akan memburukkan lagi keadaan,
Kadang-kadang,
Orang ketiga jugak yang akan menimbulkan fitnah,
Kadang-kadang,
Orang ketiga adalah si batu api.

Meskipun sedemikian,

Kadang-kadang,
Bila hati terasa lembut,
Senang nak memaafkan,
Kadang-kadang,
Bila melampaui batas,
Kita pun tak tertahan lagi,
Api kemarahan membara,
Apakan daya,
Kita hanya manusia biasa,
Manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan.

Kadang-kadang,
Kita menyesal dengan apa yang kita lakukan,
Kadang-kadang,
Bila kemaafan diungkapkan,
Tidak dihargai langsung,
Kadang-kadang,
Kita hanya mampu berserah kepada Allah Taala.

Kadang-kadang,
Perkara yang berlaku boleh menginsafkan kita,
Kadang-kadang,
Boleh menyedarkan kita,
Kadang-kadang,
Boleh member perubahan kepada diri kita.

Oleh sebab itu,
Orang pernah berkata,
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Justeru itu kita hendaklah sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. InsyaAllah, pasti ada hikmahnya.

Bersabarlah wahai manusia…..

19.9.12

Semester baru bermula

♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥



Picture : Sumber GOOGLE



Minggu pertama jadi penyewa luar

Mula-mula sebelum bertolak balik ke shah alam ni, beberapa hari sebelum tu, aku menangis hinggakan terasa taknak balik ke shah alam. Sehari sebelum nak bertolak, malam tu memang tidur tak lena. Menangis sorang-sorang dalam bilik sebab taknak tinggalkan mak ayah. Menangis taknak tinggalkan bilik. Menangis taknak tinggalkan rumah. Menangis taknak tinggalkan kampung.


Kadang-kadang rasa macam nak cepat je masa berlalu. Mula berfikir, macam mana keadaan rumah yang aku sewa. Macam mana dengan bakal housemate aku. Macam mana dengan bakal roommate aku. Agak-agak aku akan okey tak dengan diorang. Semuanya terlintas di fikiran. Memang tipu kalau aku tak ingat semua tu.


Dan sampai je shah alam, lepas kenal-kenal semua, Alhamdulillah. Bersyukur sebab diperkenalkan dengan kawan-kawan baru yang baik. Alhamdulillah jugak sebab furniture complete. Mesin basuh pun auto. Dapur pun ada tapi aku agak malas nak memasak. Sebab feel memasak kat rumah dan tempat lain memang jauh bezanya. Kalau kat rumah memang rajin masak. So far rumah sewa okey. Wireless kongsi dengan roommate.  Bayar sewa rumah pun murah rm100 je.


Minggu pertama kuliah semester baru

Picture : Sumber GOOGLE


Syukur Alhamdulillah Ya Allah, perjalanan hidup selama seminggu pertama untuk semester kedua ni berjalan dengan baik. Walaupun bertukar kelas dengan kawan baru, suasana kelas yang baru, Alhamdulillah semuanya baik-baik.


Minggu pertama kuliah memang sedikit sebanyak menguji kesabaran. Alhamdulillah ada peneman pergi dan balik dari rumah ke kelas dan sebaliknya. Even minggu pertama ni agak sibuk sedikit dengan beberapa urusan. Dan diuji lagi dengan pensyarah-pensyarah yang agak strict. Kesabaran dan ketabahan memang amat diperlukan.


Dan bersyukur jugak sebab ada peneman untuk pergi ke surau untuk solat bila masa tak mengizinkan untuk balik ke rumah sewa.  Bersyukur sangat-sangat sebab sekarang berusaha untuk berubah. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur sangat-sangat.


Awal semester ni memang terlalu banyak memerlukan duit. Hinggakan aku sendiri tak sedar perbelanjaan selama seminggu ni memang banyak sangat. Duit pun mengalir keluar macam air je. Tanpa sedar jugak sikap boros dan nafsu untuk membeli menguasai diri ni. Bila dikenang balik rasa nak nangis. Tapi apakan daya, bak kata orang “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”…



Gambar dalam kelas pagi tadi :) i'm using blocking colour. Yang penting kena ada confident nak pakai kaler-kaler macam ni :)


Bermula dari semester ni, niat nak pakai dress ataupun skirt sahaja untuk ke kelas. No JEANs okey. Alhamdulillah. Mencuba sesuatu yang baru.Tudung labuhkan di bahagian dada. Semua ni inspirasi dari adik Denah Bahrin. She is my idol. Memang suka sangat style dia berpakaian.


Sekarang aku tengah mencari Travel Telekung. Nanti senang nak bawa ke kelas. Sebab kadang-kadang tak balik tengah hari kan. So, kena singgah surau. Masalahnya surau ade yang limit sangat telekung. i don know why. So, cari punya cari tak jumpa-jumpa travel telekung. Yang ada pun kaler terang-terang. Yang berkenan out of stock. Penat dah cari.




Telekung macam ni lah yang aku cari. Tapi semuanya sold out. Aku nak mana-mana antara kaler ni. Hope sape-sape yang ade jumpa ready stock/pre-order travel telekung ni bagitau aku k.