4.11.10

pasrah segalanya...

Pernah hati ini terguris dengan fitnah dan tohmahan, menghiris sehingga terasa diri ini hina kerana tiada siapa yang sudi membela. Kutabahkan hatiku harungi hidup biarpun tiada siapa yang menemani. Keseorangan aku di lautan sepi ditinggalkan mereka yang aku percayai, namun ku tahu ada hikmahnya. Setiap segala yang menimpa diri kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta kerana engkau MAha Mengetahui segala apa yang terbuku di hati. Ya Allah tidakku terdaya lagi diri ini menahan dugaan yang mencabar ini. Terasa bagai noktah telah kutemui mengakhiri segala yang telah aku mulai. Ya Allah engkau lindungilah aku, bekalkanlah daku dengan limpahan iman agar tabahku menghadapi dugaan, agar tidakku berhenti di pertengahan. Kini, di sini aku berdiri bersama harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali menteri pagi setelah malamku berkalut benci....;'(

3.11.10

kecewa..sungguh kecewa..;'(

hari ni..jam 2.15 petang..final paper for account..aku semangat nak jawab paper account..sebab 2 hari aku prepared sehabis masa aku belajar akaun..siang..malam..aku belajar..ulangkaji..bila dah faham..aku rasa senang..hati senang bila dah tahu and faham apa yang dipelajari..
menjejak langkah ke dewan exam..jiwa tenang dengan bacaan bismillah..tepat jam 2.15..exam pun bermula..paper pun dibelek..melihat soalan pertama hingga tiga..aku yakin dapat jawab dengan hasil usahaku selama ini belajar..
suddenly...question number 4...
blurrr...
blurrr....
dan blurrrr....
soalan no. 4 !!!...nampak pun x pernah..apatah lagi belajar...aku sangat kecewa..sangat2 kecewa...silibus bertukar tanpa pengetahuan kami...sungguh tidak adil...hati menangis seketika..hasil usaha selama ini tidak berguna...soalan yang tidak pernah dipelajari keluar...sungguh mengejutkan...aku sangat sedih..;'(..aku dah berusaha bersungguh2 untuk paper kali ni...ya Allah..Engkau berkatilah pelajaran hambaMu ini..;'(..
sesungguhnya..hambaMu ini telah berusaha siang dan malam..dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...aku berharap agar resultku lulus untuk paper ini ya Allah..aminn...;'(


2.11.10

kesedihan...;'(

hati ini sedih apabila dia jauh...
hati ini sedih apabila dia bersama yang lain...
hati ini sedih tatkala keseorangan...
hati ini sedih bila tiada insan yang menyayangi...
hati ini sedih melihat kebahagiaan orang lain...
hati ini sedih bila dia tiada di sisi...
hati ini juga sedih bila dia memilih yang lain...
hati ini sangat sedih bila insan yang kita sayang pergi jauh dari hidup kita...
hari ini sedih bila dia tiada khabar berita...
hati ini menangis mengenangmu...
hati ini menangis kerana memerlukanmu...
hati ini menangis pabila kau tinggalkan aku...
hati ini menangis pabila sedih...
hati ini hancur kerana dirimu...
hati ini sudah tiada dirimu lagi...
hati ini sudah tawar dengan sikapmu...
hati ini sudah tertutup buat insan bernama lelaki..;'(
hati ini menangis kerana insan yang bernama lelaki...;'(
hati ini telah hancur keranamu...
aku rela..
aku redha..
aku pasrah dengan apa yang berlaku..
biarlahku pergi membawa diri..
terima kasih banyak2...
;'(...