25.9.11

ROS itu amat bermakna


Salam 1 Malaysia guys....

Memandangkan sekarang ni aku dah free lepas habis exam petang tadi freelah sangat walhal satu paper lagi nak ditempuh huh ! Aku nak habiskan hari minggu aku ni dengan menemani blog ku yang terchinta. Almaklumla blog dah jadi cantik kan cantiklah sangat sob2 -_-" . Untuk makluman, sekarang aku dah habiskan 4 paper final exam, 4 paper okeh, bukan 2 atau 3. So that means, lalu nak speaking paper aku tinggal SATU je lagi nak ditempuh. So semuanya ada 5 paper aku ambik last semester ni. 4 + 1 = 5 paper ! Haha..ni khas bagi mereka yang tidakk pandai mathematic !

Ok..agak lari dari tajuk yang hendak dituju...
Cerita yang aku nak tujukan kali ni berkaitan dengan FLOWER. Flower a.k.a Bunga2 Cinta...hikhik :) Entry kali ni bagus untuk Wanita2 yang hangat bercinta sahaja golongan2 jiwang pun boleyy ececeeeee :) Korang minat bunga ROS tak ? cepat ngakukkk...minat kan? minat kan? Eleh, aku tau korang minat..tapi korang minat je tak tau pun makna2 nya...So, aku nak bagitau kat korang qesah2 munga2 Ros nihaaa.

Actually, alkisahnya macam ni ( sebelum teruskan perbincangan tentang munga2 cinta ni ) Agak tertanya-tanya jugaklah tentang bunga ros ni. Nak tahu kenapa? Sebab bunga ros kan banyak warna...so, nak selidik jugaklah ada apa2 makna tak dengan simbol disebalik kaler2 bunga ros tu. Ada orang cakap lambang cinta, lambang kasih sayang, lambang hati, lambang jantung <-----Eh ade ke? So, bagi merungkaikan segala-gala pertanyaan yang bermain di pikiran ni, aku pergi dengan lelajuu nya buat research hingga ke luar negara 
pelusok internet untuk mengkaji apa makna di sebalik warna2 bunga ros ni :) Jom kita terjahhhhhh Mak Tijah......


Ros Kuning


Menurut research yang dibuat, analisisnya menunjukkan bahawa sekiranya korang menerima bunga ROS KUNING dari seseorang menandakan "orang tu" nak jadi BFF korang, Best Friend Forever okek. Jadi, sudi2kan lah diri kamu untuk menerimanya. Kawan ni penting. Tampa kawan, siapalah kita. Hidup dengan bersendirian bagai "katak di bawah tudung saji" . Jadi, renung2kanlah untuk menerima bunga tersebut. Other than that, ( <---Ayat pemes time buat essay BI ) menurut sumber lain, bunga ros kaler kuning ni jugak melambangkan perasaan CEMBURU "orang tu" terhadap kita. Eh, nampak pelik jugak kan. Kejap cakap nak jadi kawan, kejap cakap cemburu. Mana yang betol ni? Ok, jangan salah kan aku, aku hanya mangsa keadaan yang membuat kajian. 

Tapi, dari sumber yang kedua aku buat research ni mengesahkan bahawa Ros Kuning merupakan simbol CEMBURU ! Jadi, AWAS ! guys.... :) Kesimpulannya, aku rasa ros kuning ni sememangnya tidak bermaksud cemburu sebab dalam kata lain, ros kuning sememangnya melambangkan persahabatan. Bunga ros kuning amat sesuai untuk diberikan kepada sahabat handai kita yang tersayang.



 Ros Hitam


Soalan..korang pernah tengok tak bunga Ros Hitam ? Macam pelik je kan..patutla tak pernah, sebab jarang orang nak bagi kat korang tau. Sebabnya? Menurut research lagi researchlah sangat kan bunga ros hitam ini maksudnya memang amat menakutkan...iaitu MATI. Kalau ade orang bagi bunga ros kaler hitam ni korang janganlah terima keh. Alamatnya "orang tu" nak kita sampai ajal awal kot (okeyy, andaian sendiri) Akan tetapiii kan, tapi kalau korang suka sangat dengan kaler hitam sekalipun, pilihlah kaler lain bunga rosnya tuh keh...please..haha..Disamping tu jugak kan, menurut andaian penresearch tu, "orang tu" bagi munga ros hitam sebab nak tunjukkan bahawa korang ni kan tak pernah hadir ataupun wujud dlam hidup dia ! Okey fine, tah hingen pon nak terima bunga tu kan kan. Give me 5 !



 Ros Merah Jambu @ Pink


Bab jambu2 ni aku suke :) Menurut kajian di internet, ramai yang mengatakan ros berkaler jambu ni membawa maksud " koranglah cinta pertama "orang tu" dan menjadi rahsianya selama ini sebab dia malu kot dan koranglah insan yang menjadi kegilaan dia selama ni. Wah, macam romantik je bunyinya. Selain tu kan, maksudnya membawa kepada kebahagiaan sebab warna pink kan membawa maksud kebahagiaan. 

Satu lagi, ada orang mengatakan " sangat mempesonakan apabila pasangan korang ni bagi bunga ros kaler pink ni kat korang sebab ia juga melambangkan maksud yang berbunyi ""saya sangat selesa dan bahagia bila disampingmu"".... Sweet je kan :) Jadi, tunggu apa lagi ? Jejaka2 kat luar sana tu rembat banyak2 bunga ros kaler jambu ni kat kedai sekarang sebab aku rasa semua wanita lepas baca ni teringin nak korang bagi diorang bunga ros jambu nihaaaa...sebab nak feel jugak kan....kalau tak nanti diorang merajok !



Ros Putih


Ros putih " rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih " itulah maknanya ros putih :) Seperti yang korang tahu kan, putih ni melambangkan kesucian, cinta dan damai, ketulusan hati dan yang sewaktu dengannya...Kalau "orang tu" bagi korang bunga ros putih ni, tu melambangkan keikhlasan dalam hati si dia dalam menjalinkan perhubungan yang tidak dapat dilahirkan secara zahir.. Sucinya hati orang tu kan :)

Ada maksud lain jugak :) iaitu, untuk menggambarkan kegembiraan dalam percintaan ataupun untuk memberi pesan macam ni " you are heavenly, i miss you "




 Ros Merah


Haaa...Ros Merah ! Ros merah memang salu kita jumpa kan dimana-mana. termasuk bilik aku :) Kalau merah orang cakap simbol Cinta right ?! Okey, ros merah sememangnya membawa maksud "orang tu" mencintai korang setulus hati dia dan ingin bersama korang selama-lamanya. 

" Aku cinta padamu " Word ni yang paling sesuai untuk menjelaskan maksud sebenar ros merah tau :)



Ros Jingga


Bunga Ros Oren @ Jingga salu orang guna dalam satu kepulan2 yang banyak dengan membawa maksud "orang tu" ingin menunjuk cintanya yang spiritual. Dalam kata lain maknanya kemurnian dan kesucian.

Tapi kan...kan kan kan....ada sumber yang mengatakan bunga ros oren ni membawa maksud macam ni "aku menginginkan kamu" @ "aku ingin mengenalimu dengan lebih dekat @ mengharapkan perhubungan ini untuk pergi lebih jauh".



Ros Ungu


Bunga Ros Ungu ni melambangkan simbol kesempurnaan sebab keindahannya yang mempesonakan. Dalam kata lain jugak untuk menunjukkan perasaan cinta pandang pertama korang. Kalau ada orang bagi bunga kaler ungu a.k.a lavender ni, tu maksudnya dia jatuh cinta :) So, awas la keh...janganlah plak nanti korang segan2 pilu2 bila terima bunga ni :)

Tapi kan..tapi kan, aku lom pernah dapat lagi bunga ros lavender ni..Nak jugak merasa dicintai PANDANG PERTAMA kan :'( Jadi, bagi yang masih berkesempatan tu, berilah bunga ros kaler ungu ni untuk menunjukkan cinta pandang pertama korang dengan insan yang teristimewa..



 Ros Biru


Nampak cantik je kan bunga ros ni. Siyes, cantik giler ! Dahlah bunga ros biru ni jarang nak ditemui dan susah nak ditanam. Sebabnya ? Aku pun tak tau sebab aku x buat research yang tu plak..hehe. So, disebabkan bunga ros biru ni susah nak ditemui, maknanya adalah misteri :) Ataupun boleh dikatakan " korang mencuba mencapai sesuatu yang mustahil "

Kenyataannya, bunga ros biru ni hanya akan didapati di alam fantasi sahaja dan bukannya realiti. Sob2...:'(





Ros Hijau


Bunga Ros Hijau pun tiada bandingannya dengan ros biru. Sungguh cantikkan keindahan Ilahi ni. Makna bunga ros hijau ni adalah kesuburan dan kehidupan baru. Selain tu kan, bunga ros hijau jugak dikaitkan dengan kekayaan dan keuntungan. So, bagi yang inginkan perubahan hidup, hiduplah dengan bunga ros hijau. HAHA :)



Ni pun aku copy entah dari mana :) Untuk tayangan semata-mata...

1 Rose
Cinta pandang pertama.
2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain.
3 Roses
I love you.
6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu.
7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu.
9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa.
10 Roses
Kamu adalah sempurna.
11 Roses
Kaulah yang paling berharga dan yang paling disayangi.
12 Roses
Be my steady.
13 Roses
Peminat rahsia.
15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya.
20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadapmu.
21 Roses
Aku setia padamu.
24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari.
33 Roses
Menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi.
36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama.
40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen.
50 Roses
Cinta yang tiada sesalan.
99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku.
100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia.
101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku.
108 Roses
Jom Kahwin!.
365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari.
999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila.


Aku paling suka bilangan 108 tuh ! Haha...gatai sungguh ! :)

p/s : Janganlah korang percaya 100% semua ni okeyy,...ini adalah research semta-mata, fakta semata-mata, mungkin 0.09% adalah benar, tetapi yang mengetahuinya adalah Allah. Hanya Dia yang Maha Tahu :)



Terima kasih sebab sudi membaca :)

23.9.11

Majlis perasmian.

Dengan lafas  بسم الله الرحمن الرحيم ....."Aku merasmikan wajah baru blog aku" .... syukur alhamdulillah....hehe...tidak disangka tidak diduga, dapat jugak aku tempah full template yang memang CUTE mute camnih. Mesti korang tertanya-tanya kan siapa yang design template and header blog aku ni....tak lain tak bukan....bukan Aroonn Aziz..bukan Awal Ashari..bukan sapa2..tetapi Designer yang memang cukup terkenal :) iaituuuu.......

Tadaaaa....



Ucapan ribuan terima kasih kepada Wan Hazel sebab sudi meluangkan masa untuk mendesign template blog untuk saya...saya sangat2 suka...very2 appreciate it okeh ! Thank you beri2 maC :))


Mestilah korang kenal kan? Sape tak kenal meh aku kutuk2 pale dye sat ! Actually, lama dah aku skodeng Hincek Wan Hazel ni...Oppss...skodeng blog, bukan skodeng orang nya yerrr...Agak lama jugaklah..tapi time tu seimbas kilat je aku tengok...Aku tak kesah sangat pon time tu...Almaklum la awal2 zaman2 50an dulu kan x kesah sangat dengan DESIGN blog. Ambik yang simple je ! Then, disebabkan DUNIA yang makin moderrrnnn giler nih..semua orang nak tempah itu..nak tempah ini.... So, aku pun tak nak ketinggalan jugak ibarat " Katak di bawah tudung saji " 

Musim2 FINAL EXAM cam nilah perasaan aku nak menerjah blog semakin membuak-buak. Mungkin ni sindrom orang nak exam kot. dats mean musim x final exam blog tak dipedulikn keh3 :)) 

Lepas beberapa minggu ni aku main kes rujuk-merujuk Designer2 full template untuk blog ni...lastly, aku buat keputusan nak pilih Bro Wan Hazel untuk design template blog aku. 
Nak tahu sebab aku pilih Wan Hazel jadi designer??

Sebab 1 : Sebab dye orang sarawak, aku pun orang sarawak (kes senang mok rondeng tek nak).
Sebab 2 : Harga yang diberi memang berpatutan @ senang cara nak bayar dengan cara top up .
Sebab 3 : Selepas beribu kali fikir, tengok HASIL2 design beliau untuk para blogger2 lain memang memuaskan.
Sebab 4: Sebab aku excited sangat nak tukar design blog.Haha :)

Kalau sebut pasal hantaran bayaran tempahan design full template ni, biarlah antara Aku dan Wan Hazel saja yang tahu. Hamboi ! Haha....Kalau korang nak tahu berapa bayarannya? Korang terjah blog Wan Hazel nun jaoohh di sana dengan Klik Banner di atas :) Memang amat memuaskan :) Korang bleh bagitahu apa tema yang korang nak, kaler yang korang nak, design macam mana, and so onnnnn....Cepat2..nanti nyesal !

Haaa...bagi yang baru terjah blog aku ni, yang tak sempat nak tengok wajah buruk lama blog aku dulu (lalu nak buruk lepas dapat yang baru.."bagaikan kulit yang ditinggalkan kacang")
Korang tengok picture bawah ni....



** Ni lah wajah yang akan dirindui 20 abad akan datang **

dan yang terbaru adalah....


Cantikkan...cute dengan shoutbox yang cantik, cantik dengan hiasan twitter yang indah, Indah dengan keindahan tuan punya blog ! Hehe :)


Penuh dengan kata2 keindahan tu kan :) Kali ni aku nak bersifat matured matured lah sangat, berkelakuan "indah" di mata manusia dengan tagline " my life is very precious " dan aku inginkan   " noktah-noktah kehidupan dihiasi dengan keindahan "

" my life is very precious "

Hidup kita sebagai seorang manusia memang indah, dihiasi dengan suka dan duka..tangis dan tawa, jadi aku nak berkongsi kehidupan dengan pembaca2 blog aku. x termasuk hal peribadi oke Indahnya hidup ni kalau korang nak sia2kan macam tu jak. Tuhan dah berikan kita kehidupan, jadi sempurnakanlah hidup itu dengan kesempurnaan (kebaikan).

" noktah-noktah kehidupan dihiasi dengan keindahan "

Aku nak kehidupan aku diakhiri dengan keindahan yang menuju ke syurga. Amin :)



Ok...jangan sedih2 kerana membaca ayat2 hikmah aku yang tak cukup hikmah. Aku ni memang suka berpuitis, tapi kalau aku jadi tukang puitis ni takut nanti aku jadi pemes la pulak kan ! (dengan nada yang sombong)

Perjanjian : ....dengan ini..aku berjanji tidak akan meninggalkan blog ku yang indah ini lagi...hehe :)

  Alaaaa...before ni aku tak rajin sangat nak menghupdate blog sebab aku memang sangat busy..serius..busy sesangat...Aku kan final student -_-"


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca....

22.9.11

Gelak-gelak baca wall page Yuyu Zulaikha



Disebabkan tengah STRESS dengan kehadiran Fesbuk yang berwajah baru ( tahap bangang )....jadi sejok ati baca wall page kak Yuyu dengan notes ni :










Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu
... ...
KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension2.

Moral: Ingatlah binatang pun ada perasaan........









p/s : Copy paste dari wall page Yuyu Zulaikha.


kena jujur kalau copy paste !




Terima kasih sebab sudi membaca :)