Kalau boleh kan, aku nak stop je masa, so blog aku taklah macam tapak perkuburan tak disinggah orang dengan entry yang ditinggal dua tiga minggu yang lepas. Sape nak baca kalau asyik entry tu je yang terpampang kan ? Bukan salah aku. Jangan salahkan aku yang tak bersalah. Masa yang mencemburui aku sangat sampai nak update blog pun tak dapat. Idea mencurah-curah nak update blog dengan picture2 yang nak dikongsi bersama. Tapi, apakan daya, bila tangan hendak menaip, tup-tup, ada-ada je kerja yang mendatang menyebokkan diri ni.
Terbengkalai pulak blog dibuatnya....
Apa-apa pun, menjelang nak tahun baru ni, kenalah curi-curi masa yang memang cukup emas intan berlian tu nak update blog dengan pelbagai cerita nak dikongsi. Baru tension dapat direleasekan. Kan ?
Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...
No comments:
Post a Comment