15.12.12

Welcome Aysha Zafirah sayang

 Assalamualaikum 




Hujung tahun ni, memang aku paling eksaited sebab bakal dapat anak anak bauh baru lagi yang ketiga iaitu anak kepada abang sulung aku. Anak buah first anak abang sulung aku lelaki nama Aqeel Zharif, then second anak buah perempuan anak kepada kakak aku, nama Amira Darwisha. Tanggal 13.12.2012, hampir-hampir nak 12.12.2012, kakak ipar aku selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel dengan lesung pipit sebelah kiri. Nama diberi Aysha Zafirah secantik orangnya. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang sayang Teh Ika semua. Nanti mak teh belikan ole-ole ye.


Welcome to the world sayang. Mak teh tak sabar nak jumpa Aysha.


Disebalik kelahiran anak buah perempuan baru ni, ada cerita. Actually, tarikh Aysha lahir ni sama tarikh dengan anak buah perempuan aku yang comel montel tu, Amira Darwisha. Memang tak sangka sungguh boleh sama tarikh. Ketentuan Allah kan. So, lepas ni takyah susah-susah nak ingat birthday sayang sayang mak teh ye. Mak teh sentiasa ingat.


Inilah kesayangan-kesayangan mak teh.

Aqeel Zharif2 tahun lebih



Amira Darwisha2 tahun lebih


Macam-macam gelagat anak-anak buah mak teh ni kan. Rindu pulak bila tengok gambar diorang ni. Mak teh lama dah tak jumpa diorang. Rindu sangat nak main dengan diorang.



Ni waktu kat kampung. Bestnya bila diorang semua balik bercuti time ni. Macam-macam kerenah diorang mak teh kena layan. Tapi best. Mak teh sayang korang :))



Comel sungguh anak-anak mak teh neyy. Nanti balik mak teh beli ole-ole okeyyy! Mak teh tak sabar jugak nak jumpa Aysha. Aysha baru lahir, mak teh nak jumpa balik cuti nanti :) Love u all sayang-sayang mak teh.


Till then....


No comments: