3.8.12

Setelah sekian lama...


 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 




Setelah sekian lama menyepi bergantung tak bertali, akhirnya aku diberi peluang untuk mengupdate blog sekali lagi. Bukan salah aku tapi salah broadband yang hilang entah kemana membuatkan aku menghadap henfon 24 jam seharai gara-gara ketagih facebook apatah lagi twitter =.="


Dengan line digi yang macam haprak bak kata lecturer aku. Eh! Dan inilah kali terakhir aku akan melangganmu Digi. Hari-hari terasa rindu nak jengok blog, nak update blog. Lebih-lebih lagi musim cuti semester ni. Memang bosan habis makan tidur makan tidur. Tak lama lagi aku akan bam bam macam bom !





Agaknya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam"..semoga ramadhan pada kali ini penuh makna untuk kita semua. Amin Ya Rab.


Memang sangat cemburu tatkala bulan ramadhan menjelma banyak je ceritera-ceritera nak dikongsi tapi tak dapat nak update hari-hari macam blogger lain. Apakan daya, salahkan broadband aku ! 





Dan, tarikh 03 Ogos 2012, iaitu pada hari ini, hari jumaat yang penuh berkat, result exam keluar. Memang cuak habis. Macam-macam yang terlintas dalam fikiran. Fail lah, repeatlah, tak dapat A lah, kawenlah..Eh!

Tapi, berkat usaha, doa dan tawakal..akhirnya aku dapat unexpected result even x byk A, banyak yang tak lepas target, tapi tetap maintain 3 pointer and above. Alhamdulillah. My first degree is starter for me. Aku akan cuba maintain dan naikkan pointer for every next semester seperti yang aku lakukan time diploma dulu. Impian aku nak dapat first class degree. Tiada yang mustahil kan?

Tambah pulak nextsem aku akan sekelas dengan sahabat baik aku sejak diploma dulu. Dia selalu bantu aku dalam pelajaran. Even time final exam haritu pun dia dah banyak tolong aku dan bagi dorongan kepada aku even banyak masalah yang nak difikir time tu. Thank Sandra sebab sudi mendengar luahan hati saya :')



Jadilkanlah bulan penuh bermakna ini untuk kita membuat amalan sebanyak yang mungkin.


p/s : Allah Maha Adil. Allah dah tunjukkan kepadaku kuasaNya. Nasib akan menyebelahi pada pihak yang benar. i'm happy now. Really really happy :')