19.3.12

Mengidam kek coklat .

Assalamualaikum ^^

Kek coklat ni waktu abang aku belikan dan kebetulan pulak masa tu aku teringin nak makan kek coklat :'D


Entah tiba-tiba aku rasa nak makan kek coklat je sekarang ni . Mengidam la katakan . Nak suruh pakwe belikan , " ..aku ade pakwe ke .. ? "

Hmmm...maybe kot-kot nanti ade orang nak belikan untuk aku. Hwaaaahwaaaahwaaaahhh :'))

17.3.12

Skin Care Class ; with Mary Kay product .

Assalamualaikum ^^


" Skin care class " , kalau before ni dengar je tak kesampaian hasrat nak join. Sebab dok kampung kan. Susah sikit nak join bende alah ni. Disebabkan niat memang lama dah nak join class camgini , akhirnya hasrat tercapai jugak . Terima kasih kak Izza Mary Kay . Hehe.


Memang banyak manfaat yang aku ngan roomate dapat hari ni. Even diorang semua blurrr blurrr je masok bilik tup tup Kak Izza and Kak Ann dah ade dalam bilik . Hehe....


Bila dah dengar explanation Kak Izza , kemain eksaited lagi nak try produk Mary Kay ni. Kalau nak dikira harga memanglah mahal , tapi kannnn ..... bila korang kira balek secara deatils , memang cukup berbaloi dengan harga yang memang berpatutan dan selaras dengan tempoh penggunaan produk ni yang sampai 6 bulan . Kalau nak ditolak bahagikan memang murah je .


Teknik-teknik yang betul untuk penjagaan muka adalah ilmu baru yang diajar Kak Izza hari ni. Kak Izza memang baik orangnya . :'D


Ni membe aku yang dimakeupkan lepas kitorang belajar cara skin care yang betol . Pergggh ,  memang terbaik la produk Mary Kay ni .

Cantek kan membe-membe aku ni lepas dimakeupkan :'D









Hamboi,...ayu bebenor budak nih . 

And lastly ....
Dapat gak aku memiliki produk ni . Muahahahahahahahahaha.....sangat eksaited kemain hokeyyyy ! Complete one set !

Wong Solo , Ayam Penyet " menyelerakan ... "

Assalamualaikum ^^


Perghhhh , " lazat tak terkata ayam penyek original dari Indonesia ni ... " . Actually ni makanan tengah hari membe belikan untuk aku , sebab ade skin care class tadi jadi makanan malam pulak. Perghh ! Cukup menyelerakan aku. Kenyang perut saya ! Alhamdulillah .


Tapau je . Tengok kemain cantek lagi kotak untuk tapaukan ayam penyet ni haaaa . Kotak pun cantek , apatah lagi rasa makanan ni kan . Harganya RM10.90 . Berbaloi la sebab sertakan air mineral yang comel tu .


Haaa. Nihaaa air mineral tu . Yang macam dalam sinetron dalam tv tu . :'D . Kalau korang nak rasa keaslian ayam penyet ni , datang la ke kedai Wong Solo . Nama pun unik kan .

" sebab bosan sangat la .... "

Assalamualaikum ^^


Sumber : GOOGLE

Duduk termenung depan laptop , " sebab bosan sangat la tak tahu nak buat ape ... " . Bangun pagi-pagi tadi kemain semangat berazam nak buat kerja yang melambak bagai . Baru sejam je kemas-kemas kerja yang nak dibuat , perasaan rajin lesap macam tu je. Maybe sebab belom makan kot . Nak turun makan takde teman la pulak . Kalau perut lapar apa-apa kerja pun tak boleh buat . Haish ! ~~~


Membe-membe dalam bilik pulak semua menghilangkan diri. 2 orang pegi program U, sorang lagi pegi dating. Haiiippppp :'P



p/s : dalam dilema ni nak turun makan ke tak...

16.3.12

" Kalau dah nama student , assingment mesti menimbun " ...

Assalamualaikum ^^


" Kalau dah namanya student , assingment mestila menimbunkan . Sebabnya , suka menangguh kerja , buat last minit . Itulah student U ... "


Sumber : GOOGLE

Bila beberapa bulan meninggalkan hidup sebagai seorang student , mood nak buat kerja tu memang susah nak dapat . Kalau semangat nak stadi memang betol-betol dah sebati dalam diri , assingment dah siap semua dah . 

" Alahai , kenapala awal-awal sem macam ni banyak sangat assingment menimpa diri ... +.+"


Sumber : GOOGLE

Bila dah terima assingment dari lecturer, mula la buat-buat muka sedih bagai nak hilang nyawa . Tengok muvie , jalan-jalan shoppinggg , datinggg , .. kemain lagi kannn . Bila ingat tentang assingment kemain susah nak sentuh . Apatah lagi nak buat . Alahai mood rajin , bila la kau nak datanggg ke dalam diri aku ni . Cita-cita nak dapat dekan kan . Hua hua hua . Takkan taknak kekalkan dekan-dekan yang lepas-lepas tu kan . 



Doa Belajar Agar Ditambah Ilmu

" Aku telah rela Allah Tuhanku , islam agamaku dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan Allah s.w.t. Wahai Tuhanku , tambahkanlah ilmuku , dan anugerahilah kepadaku kefahaman terhadap ilmu , Amiin ( Ya Allah , kabulkanlah permohonanku ) . "



15.3.12

" Garang , bikin stress bagai nak gila "

Assalamualaikum ^^


Kalau nak diceritakan , fuh ! Rasa nak cungkil-cungkil bijik mata . Tension tahap kesabaran terbatas . " eh , kenapa pulak aku cakap macam ni kan ? "... Sebenarnya , entry sebelum ni pun aku dah ceritakan tentang aku sambung stadi ke peringkat degree . Mula-mula memang eksaited kemain lagi nak pergi . Bila sehari lagi tinggal nak terbang ke seberang Laut China Selatan , hati bagaikan rapuh , gundah gelana . Tak keruan . Tidur tak lena ,  makan tak kenyanggg . 


Fuhh ! Hati lega bila dah tengok real keadaan kat U ni . Kawan-kawan semua okey . Roomate pun okey . Alhamdulillah . 

Tapi kannnn ...

Sumber : GOOGLE

Tengok gambar pun dah faham kan . Hidup sebagai student degree ni tak macam student diploma dulu-dulu . Dulu boleh rilek-rilek lagi . Tapi kalau sekarang , " .. takde main suap-suap ko telan ... " Stress memanjang !


Degree , ko cari sendiri , berdikari . Usaha kena lebih .

Actually aku nak cerita tentang seorang lecturer aku ni . Memang cukup bangang sekali dengan lecturer ni . Kalau tiap kali kelas lecturer ni je semua mesti dah ready nak stadi dalam kelas. Datang kelas pun sejam awal . Pergghhh ! Memang terbaik ! Tu pun kerana terpaksa , tiada kerelaan hati .


Tapi kan .... perasaan bila menunggu lecturer tu nak masok kelas dah macam perasaan orang nak kena hukum pancung dalam penjara . Yeye je kan macam dalam penjara . Sumpah ! Semua student yang dia ajar berfikiran yang sama . 


Ape yang mampu aku cakap just , " ....lecturer ni memang tak siuman . Positive tak siuman ! .. "


Aku tak nak membebel details sangat , nanti kang ade plak yang report dengan lecturer tu . Hmmmm... sabar jelah . Lama-lama nanti lali lah dengan perangai panas baran tak tentu pasal dia tu . Fullstop !.



Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi ,.

14.3.12

Life as student degree

Assalamualaikum ^^


Baru masok minggu yang kedua sebagai seorang student degree. Mula-mula terasa macam nak nangis je. Homesick la katakan. Siap nangis lepas kol mak. Tapi alhamdulillah dah dapat sesuaikan diri dengan cepat kat tempat baru ni. Maklumla dah biasa dudok asrama kan sejak sekolah menengah lagi. Tapi kali ni lain, jaoh terpisah dek Laut China Selatan. Mak aiiihhh...jaoh bebenor bunyikkknyaa.


Syukurla dapat duduk kolej. Tapi awal-awal minggu dah melayang duit macam air mengalir je. Beli barang keperluan asas dah macam beli barang-barang dapur je. +.+


"antara barang-barang keperluan asas yang dibeli sebelum register kolej "

Nasib baik PM berbesar hati bagi free RM200 kat aku. Opppsss ! Baucer RM200 la ! Nasib baik sempat. Dapat gak aku tapau buku sekodi sampai 3 sem akan datang. Haha !


" baucer RM200 aku ! "

Dan...dengan baucer free tu aku beli beberapa buku dekat MPH Midvalley. RM50 je aku habiskan kat MPH tu. RM50 lagi aku belikan alat-alat tulis. Tinggal RM100 lagi belom dihabiskan.


" antara buku-buku yang aku beli guna baucer "

...Pergghh, bukan main lagi buku title ; " Kahwin pada Usia Muda " ...tajuk bukan main lagi. Haishhh. Rasa nak kawen je terus lepas baca *walhal belom baca pun*



Kuliah dah masok minggu yang kedua. First week memang macam budak baru masok sekolah je. Pendiam !. *pendiam la sangat* . Maklumla ramai kawan-kawan baru kan dari pelusook negara Malaysia nih. Masok kelas baru, kawan pun banyak baru. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Syukur .


Nak cerita panjang-panjang...banyak sangat perkara menghalang. Update blog ni pun sesaat lepas laptop kena repair. Memang banyak sangat perkara nak cerita ni. Tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah akan meluahkan perasaan dalam masa terdekat dalam blog ni tentang seorang lecturer yang sangat mengundang perasaan !


" pemandangan dari kelas tingkat empat "



Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi .