21.2.14

Perjalanan baru

Perjalanan baru bakal dilangkah. Masa berlalu pergi takkan dapat dipatah balik. Andai saat ini kehidupan bakal berubah ke arah yang lebih mencabar, aku akan berusaha untuk menempuhnya. InsyaAllah dengan izin-Nya. 2014, sebentar sahaja 2008 berlalu pergi dimana diri ini mula menjejakkan diri di universiti dengan kemasukan diploma yang dipilih sendiri dengan susah payahnya memujuk ayah hingga sanggup behenti sekolah tingkatan 6. Memang betul apa yang diperkatakan, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmahnya sekarang aku dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sarjana (master) yang suatu ketika dulunya memang tak terfikir langsung untuk sampai ke tahap ini. Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yang kita rancang tak semestinya ia akan berlaku. Pernah suatu ketika dulu aku dengan berlagaknya menyatakan yang aku takkan sambung master kerna ketika itu fikiranku penat untuk memikirkan pelajaran lagi. Tapi kini? Tiada siapa yang tahu kan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pernah suatu ketika dulu aku merancang untuk kerja terus selesainya di peringkat sarjana muda, namun kini lain rancangannya.

Allah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu berdoa. Tiada apa yang mustahil. Kini diriku masih tidak percaya yang aku sudah menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda dengan jayanya walaupun ada sedikit kekecewaan yang disebabkan diri sendiri hingga tidak mampu untuk menerima ijazah kelas pertama, hanya mampu  kelas kedua. Alhamdulillah, mungkin aku akan berjaya suatu hari nanti. Aamiin. 

Perancangan terlalu banyak. Jika dipermudahkan segalanya, rezeki ada, insyaAllah akan menunaikan umrah tahun depan. Melihat ramainya umat islam menunaikan umrah pada tahun ini, tergerak rasa hati ingin menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti. Mungkin tiba masanya untuk aku belajar menabung duit, membuang sikap boros yang ada dalam diri, istiqamah dalam melakukan setiap perkara, supaya diri ni tak terleka lagi.