14.7.12

Cuti semester telah bermula

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


12.Julai.2012



Dengan ini, tarikh ini, berakhirnya peperiksaan akhir aku sebagai first sem degree. Dan, baru aku tahu betapa mencabarnya degree berbanding dengan diploma. Aku dah buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Tapi aku tak yakin dengan keputusannya nanti. Sebab aku terlalu stress memikirkan masalah hingga effect kepada study aku.


Aku cuma mampu untuk bertawakal dan berdoa selepas ini agar mendapat keputusan dengan lulus semua. Hanya itu yang aku inginkan. Ada satu subjek yang aku memang sangat tak yakin. Aku menjadi takut. Takut sangat sangat. Aku harap lulus semua. Itu pun dah okey bagi aku.



13.Julai.2012



Barang semua dah packing dah. Esok pagi aku dah bertolak ke airport LCCT even flight aku pagi ahad. Aku terpaksa sebab aku nak save duit tambang. Aku taknak membazir duit. Sebab tu aku sanggup guna bas uitm sebab free. Aku kesian dengan mak ayah yang selalu bagi duit belanja. Aku sekarang dah cuba untuk belajar berjimat.


Nasib baik ada kawan yang temankan aku. Sama flight dengan aku. Itulah gunanya kawan. Susah senang bersama. Jangan hanya waktu senang ada, waktu susah takda kan..Alhamdulillah, sekarang aku dah mula berubah. Sedikit demi sedikit. Aku mula mendekatkan diri kepada Allah. 


Aku tahu selama ni aku selalu sangat lalai. Alhamdulillah atas hikmah yang berlaku aku mula berubah. Sem depan aku menyewa rumah. First time aku menyewa rumah dan itu akan menjadi satu pengalaman buat aku. Hidup berdikari. Dan semestinya belanja pun akan meningkat. So, aku kena belajar berjimat sebab aku taknak susahkan mak ayah aku.


12.Julai.2012

Hari ni aku jadikan LCCT sebagai rumah aku. Seharian kat LCCT sebab flight pagi ahad. Tambah pulak bas uitm just ade jalan jam 9.oo pagi. Nasib baik ade kawan teman. Pakwe janji nak teman tapi ada hal pulak. Takpelah. Allah yang merancang segalanya. :')


Dan, aku nak rest sebab now dah cukup penat dengan hantar barang ke rumah kawan tadi, menyusahkan roomate pulak tolong hantarkan. Alhamdulillah diperkenalkan dengan roomate yang baik baik. Sejak diploma sampai degree ni semua roomate aku baik baik. Alhamdulillah :')


Zzzzzzz....


13.7.12

Aku bersyukur Ya Allah

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 




"Alhamdulillah.."..

Waktu ni, aku bersyukur sangat sangat sebab Allah telah mendengar doa hambaNya ini dan telah memakbulkan doaku sepanjang peperiksaan ini. Dalam masa dua hari ni aku berusaha untuk menyelesaikan masalah aku dengan cara yang baik. Dan Syukur Alhamdulillah Allah telah memakbulkan. Aku bersyukur sangat.


Before ni, aku memang tak tenang bila memikirkan masalah yang aku hadapi sekarang. Tapi aku cuba untuk bersikap tabah. Aku berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan jalan kepadaku untuk menghadapi semua ini. Berkat doa, aku dah berasa tenang. Siang malam aku berharap diberi petunjuk. Setiap yang berlaku aku tahu pasti ada hikmahnya.




Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih Prof sebab memahami saya,
Terima kasih penasihat akademik,
...

Dan..

Terima kasih kepada sahabat yang selalu bersama saya dalam menghadapi masalah ni. Kau memang sahabat baik aku. Banyak membantu aku dalam study. Terima kasih sahabat, Cassandra :') i love u friend ! 


Syukur sangat sangat. Sampai mengalir air mata dibuatnya :')


7.7.12

Begitu cepat masa berlalu

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 




Begitu cepat masa berlalu,
dah berlalu 2 minggu, minggu final exam,
and now, paper aku tinggal satu je lagi,
sungguh tak percaya dalam masa 2 minggu ni aku bertungkus lumus study,
tanpa henti, 
tanpa rasa penat,
hanya untuk mendapat keputusan yang dapat membanggakan mak ayah,
dan yang terutama exam kerana Allah,
sebabnya kita menuntut kerana Allah Taala,
insyaAllah akan mendapat keberkatan,
tapi yang penting solat jangan lupa,
before ni aku memang lalai,
solat selalu tinggal,
nak baca Al-Quran pun jarang-jarang sekali,
but now, aku dah mula berubah,
Hidayah dari Allah memang cukup menginsafkan aku,
Alhamdulillah,
Syukur Ya Allah,
..


Nextweek,
aku balek kampung,
Hanya Allah je tahu betapa rindunya aku dekat mak, ayah,
rindu dekat rumah,
rindu kampung halaman,
rindu bilik tidur aku sejak kecil,
dan yang paling penting rindu masakan mak,
masakan mak jugak yang paling sedap,


Dengan kesabaran yang ada,
aku sentiasa bersabar untuk menanti minggu depan,
Rindunyaaaaaa...


4.7.12

Syukur Alhamdulillah

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 



Alhamdulillah, semoga kita lebih banyak berbuat kebaikan selepas ini. Tinggalkan kejahatan :')





1.7.12

Hello July :)


 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


Semoga bulan Julai lebih membawa berkat . Amin :')