24.7.13

Saat itu datang..

Assalamualaikum...

Nukilan hati dari seorang insan,...


bila mula mengenali dia, 
aku takut untuk jatuh cinta lagi,
kerna sejarah silam mengatakan aku tidak bisa untuk menghargai apa yang ada dihadapanku, 
dan pastinya aku akan menyakiti hatinya. 
Keletahnya, 
budi bicaranya, 
kelakuannya, 
agama yang ada dalam dirinya...
benar-benar rasa menyembuhkan..
mengembalikan rasa cinta yang aku cuba nafikan...

Ya Allah,...
Engkau labuhkanlah cinta dalam diri ini hanya kepada-Mu,
agar cintaku kepadanya tidak melebihi cintaku kepada-Mu Ya Tuhan...
andai benar dialah jodohku,
Engkau satukanlah hati kami suatu hari nanti,
dengan berlandaskan cinta di jalan-Mu...
aamiin Ya Rabal A'lamin..


Walaupun berjauhan, kita tetap memandang pada bulan dan bintang yang sama.....

4.5.13

Makeup can change women's face

Assalamualaikum.....




How makeup can change women's face. Huhu. :))

23.4.13

Aku terfikir sejenak..

Assalamualaikum...


Subhanallah, Aku mencintainya Ya allah..

Suatu hari, aku membuat keputusan yang bukan datangnya dari hati, tapi kerna belas kasihan yang ada dalam diri atas jasa yang dilakukannya aku terpaksa putuskan jua keputusan yang sebegini. Akan tetapi, aku sedar betapa pentingnya agama untuk diukur dalam sesuatu perhubungan. Aku buntu. Buntu dengan keputusan yang dibuat. Aku serba salah. Aku sebenarnya jatuh cinta dengan seseorang yang ada agama dalam dirinya. Aku jatuh cinta kerna agama yang ada dalam dirinya. Ya Allah, mungkin terlalu awal untukku meluahkan perasaan sebegini rupa. Tetapi kerna agama yang ada dalam dirinya aku percaya yang rasa sayang ini hadir kerna keizinan dari-Mu. Andai solat istikharah dapat memberi jawapan dan keputusan buatku, akan kulaksanakan.

Ya Allah, aku bersyukur kerna dikurniakan perasaan cintakan dia kerna agama yang ada dalam dirinya agar diri ini dapat dibimbing oleh insan yang utamakan agama. Tiba-tiba aku terkenang dikau yang pernah hadir dalam hidup ini. Betapa bertuahnya diri ini dapat mengenalimu walaupun hanya sebentar. Kerna sebentar itulah banyak yang aku pelajari darimu. Terima kasih sebab pernah wujud dalam hati ini.



"..Awak, andai benar awak adalah jodohku suatu hari nanti, betapa bersyukurnya diri ini. InsyaAllah...."

19.4.13

Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum...

Agak lama rasanya tak update blog disebabkan kesibukan kerja. Dalam kesempatan ini, saya ingin mempromosikan jualan buku Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW yang mempunyai 10 jilid buku. Berapa ramai antara kita yang kenal Nabi Muhammad dalam Hidup seharian? apakah tatacara kehidupannya ? semua ada didalam ensiklopedia ini. Dapatkan SEGERA sila hubungi 0148902734 (ika)







Antara kelebihan ILMU apabila memiliki Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW ini adalah :

Jilid 1 : Nabi Muhammad SAW Sebagai UTUSAN ALLAH 
Jilid 2 : Nabi Muhammad SAW Sebagai KETURUNAN BANGSA ARAB 
Jilid 3 : Nabi Muhammad SAW Diantara PARA SAHABAT 
Jilid 4 : Nabi Muhammad SAW Diantara PARA SHAHABIYAH 
Jilid 5 : Nabi Muhammad SAW Dalam RAGAM GAYA HIDUP I 
Jilid 6 : Nabi Muhammad SAW Dalam RAGAM GAYA HIDUP II 
Jilid 7 : Nabi Muhammad SAW Sebagai PENDIDIK 
Jilid 8 : Nabi Muhammad SAW Sebagai INTERPRENEUR 
Jilid 9 : Nabi Muhammad SAW Sebagai PEMIMPIN 
Jilid 10 : Nabi Muhammad SAW Dianugerahkan MUKJIZAT 


Jualan adalah secara 1 set yang mengandungi 10 jilid buku. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya (0148902734). Harga boleh runding. Untuk pengetahuan anda semua, buku ni popular di Indonesia dan baru menapak di Malaysia dalam bahasa Melayu.

Terdiri daripada 10 Jilid dengan 10 peranan Rasulullah dimuka bumi ini. Sangat sesuai dijadikan bahan rujukan sekeluarga, pelajar sekolah, penuntut universiti, tenaga pengajar, pendidik, para usahawan, ketua-ketua pejabat dan seluruh umat Muhammad SAW.

Jadikanlah Rasulullah Ikon Kehidupan Kita...



28.3.13

Nukilan di waktu petang


Assalamualaikum,...


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di muka bumi Allah ini, dimana semuanya hanyalah pinjaman Allah semata-mata untuk kita semua. Syukur alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepi kerna masa yang tidak terurus, akhirnya dapat jugak menulis blog walaupun hanya sekadar ingin meluangkan masa.

Syukur. Ungkapan yang tidak terhingga kerna diberi peluang untuk merasa hidayah dari Allah. Suatu masa dulu…hamba-Mu ini hanyut dalam arus kehidupan, begitu sibuk mengejar impian dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan. Dunia yang fana ini menjadi matlamatku, cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku, perihal akhiratku tiada ku endahkan, perintah dan larangan-Mu tidak ku hiraukan. Azab dan seksaan-Mu tidak ku risaukan, Syurga dan neraka tidak ku fikirkan… 

Sehinggalah pada suatu hari…Engkau menguji ku dengan kegagalan yang memusnahkan segala harapan, menjadikan hamba-Mu ini bergelut dengan kesedihan… 

Ya Rahman…Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan, ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan, hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan. Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan! Dan kini...barulah ku sedari, pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim. Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu. Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa dunia tidak patut dijadikan matlamat. Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan. Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu. Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini... 

Ya 'Azim...Inginku luahkan kesyukuranku kepada-Mu kerana di antara berjuta manusia, Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini untuk menerima taufiq dan hidayah dari-Mu dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah... 

Ya Allah...Aku amat berterima kasih kepada-Mu kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat dalam kehidupan yang serba sementara ini meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati-Mu...Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang… 

Ya 'Aziz…Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya. Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan. Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini. Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu. Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku, benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman. Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran. Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan. Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku… 

Ya Khaliq...Jadikanlah setiap hembusan nafasku, setiap kelipan mataku, setiap degupan jantungku, setiap helaian rambutku, setiap bait perkataanku, setiap hayunan tanganku, setiap langkah kakiku dan setiap titisan darahku, hanyalah untuk-Mu… 

Sebelum tiba ajalku, ingin ku merayu kepada-Mu, bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka. Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu. Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku. Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu. Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...Curahkanlah redha-Mu terhadapku sepanjang hayatku dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah... 

Dan esok, andainya aku tidak bernafas lagi, sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi, bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini, agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi di pertemuan yang hakiki, di dalam syurga yang kekal abadi.





" Don't judge me by my PAST, i'm not in the past anymore. Accept me for who i am because this is me 
TODAY. "



19.2.13

Syukur ke hadrat Ilahi

 Assalamualaikum 




Subhanallah, Alhamdulillah.......


Saat melihat tarikh itu, hati mula berdegup kencang menanti keputusan yang bakal diumumkan atas segala usaha yang telah dilakukan selama ini. Namun, ianya hampir membuatkan hati ini hampir berputus asa menanti betapa lamanya tarikh itu.


Tarikh itu telah bertukar. Dan semakin dekat, semakin jantung ini terasa seperti dipam dengan denyutan nadi yang laju. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu perasaan aku waktu itu. Takut. Hanya itu yang aku fikir.





Dalam kesibukan pelajar-pelajar uitm menanti keputusan peperiksaan, air asia pulak buat promosi yang ternyata tarikh tersebut merupakan cuti midterm bagi kami. Alahai murahnya tapi apakan daya niatku tidak ingin balik pada waktu itu kerna kutahu kerja akan melambak, study first! :)


Anyway, alhamdulillah dengan keputusan yang diterima. Walaupun tak seberapa dengan result yang gempak-gempak dekan bagai, aku cuma mampu bersyukur kerna lulus semua. InsyaAllah semester akan datang ni akan membuat perancangan dengan lebih baik, mengatur masa untuk belajar dengan baik. Semoga dipermudahkan.



‎''Sesiapa yang ingin dikabulkan doanya oleh Allah pada waktu kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa waktu senang'' Hadis Riwayat At-Tirmidzi




16.2.13

Keluarga suatu yang indah

 Assalamualaikum 





Subhanallah, indahnya "mendirikan masjid",....


Seminggu yang lepas memang tersangat sibuk dengan kenduri kawen sepupu dan jiran sebelah rumah dulu *jiran dah pindah rumah baru tapi hubungan tetap erat seperti dulu*. Baru terasa lapang sikit masa bila semua kerja dan kenduri telah selesai dengan jayanya. Anak-anak buah semuanya dah balik menunjukkan cuti diorang dah habis. Rumah jadi sunyi sepi bila diorang dah balik semua. Tinggallah aku, ayah, ibu dan adik je lagi di rumah. Rumah sunyi sepi. Suara riang budak-budak tidak kedengaran lagi. Suara-suara ayah bermain dengan cucu-cucunya pun tidak kedengaran. Aku bersyukur sangat sebab dikurniakan keluarga yang besar sebegini. Syukur alhamdulillah Ya Allah. Walaupun kegembiraan ini hanya sementara, aku bersyukur sangat.





Bila kenduri kawen sebegini, semua ahli keluarga balik ke kampung. Riuh rendah dengan bunyi anak-anak saudara kaum kerabat keluarga-keluarga semua. Bersyukurnya ada mereka. Empat lima hari keramaian dirumah sepupu kawen haritu, dari hari sebelum nikah sampailah lepas nikah. Lepas majlis sanding haritu, malam tu pulak aktiviti membuka hadiah kawen dan aktiviti meneka jumlah hadiah dengan jumlah semuanya 150. Tu baru je hadiah dari belah pengantin perempuan, hadiah misteri menanti peneka yang betul iaitu sehelai sejadah dan surah yassin.

Malam tu jugak acara potong kek harijadi ayah dan kakak sebab kebetulan hari jadi kakak haritu dan ayah dua hari sebelum tu. Yang lawaknya, bukan main lagi mak saudara aku (adik bongsu ayah) beria suruh sepupu-sepupu aku ambik gambar kononnya nak suapkan kek untuk ayah, sekali tengok, bukan ke mulut, tapi ke janggut ayah yang dah macam pak arab tuh. Hihi, semua kitorang ketawa time tuh. Haha. Ayah terkena dah...

Waktu majlis kawen sepupu ni jugak, dalam masa yang sama diadakan majlis aqiqah anak abang sulung dan enam lagi bayi yang lain anak-anak sepupu yang lain. Ramai kan? Hehe, buat macam ni lagi jimat kos buat sekali gus. Waktu ni memang ramai budak-budak kecik, tak menang tangan nak dukung diorang semua. Hihi.




Bahagianya bila berada di rumah ada anak-anak kecik teh ika ni yang asyik nak gadoh je kalau berjumpa. Sakit perut tahan gelak nengok gelagat diorang nih. Haha, tak menang tangan layan kerenah diorang :'D




Bahagia jugak tengok ayah bermain dengan cucu-cucunya malam tu. Bukan main seronok lagi Aqeel dan Amira main dengan Atok diorang. Bahagiakan bila ada family besar macam ni. Dan, aku merasakan yang abang-abang aku tiga orang lagi tu bakal menyusul kemudian ke gerbang pelamin. Hihi, dua orang dah ade calon, sorang tu yang kembar aku tak pasti, tengah mencari puteri raja katanya. Haha. Abang sulung dah ade dua orang anak, kakak ade sorang anak, semoga abang-abang yang bujang tiga orang bakal menyusul jugak. Hehe, umur pun dah 27 tahun yang kembar, yang sorang lagi tu 26 tahun nak merisik katanya tahun ni, semoga dipermudahkan.




‎" Orang yang selalu meminta maaf bukan bererti dia lebih banyak kesalahan tetapi ianya kerna mahu mengurangkan beban apabila 'pergi' mengadap ALLAH S.W.T "



3.2.13

i love wedding

 Assalamualaikum 

i love wedding very very very much.

Wanita seperti aku, memang tak lepas dari meminati apa yang bakal pengantin idam-idamkan. Wedding. Yes, aku memang suka sangat dengan perkahwinan. Baju pengantin. Flower. Cincin. Shoes. Bilik. Pelamin. Gifts. Beautiful beautiful beautiful. Memang tak dinafikan yang aku boleh jadi obses dengan perkahwinan, dengan persiapan perkahwinan, dengan pelamin, baju pengantin, bungabunga, kasut pengantin. Setiap kali melihat baju pengantin, aku akan rasa tertarik sangat, hinggakan pernah suatu hari waktu jalan bersamasama dengan membe aku, time tu kitorang terserempak dengan butik pengantin, dengan nekad masuk butik tersebut sebab rasa eksaited sangat nak tengok baju pengantin.


Tanpa segan pilu, saat melihat sesuatu baju, dress, mahupun pelamin, pasti terus terlintas difikiran untuk planning wedding aku suatu hari nanti. Oh my, veil, wedding dress, tudung, semuanya selalu terlintas difikiran. Betapa eksaited rasanya bila sebut tentang perkahwinan. Ya, aku tak dapat bayangkan my wedding one day nanti, belum ada calon pun dah planning yang macammacam. Okey, fine. Huhu c"}


Jujur aku katakan, kadangkadang aku terasa cemburu saat melihat merekamereka yang sudah mendirikan rumah tangga, cemburu melihat kegembiraan diraut wajah mereka yang sudah bertemu jodoh, tapi aku percaya saatku akan tiba jua nanti, aku berserah kepada-Nya.


Memang tak dinafikan ramai yang kawen muda zaman sekarang. Tapi perlu difikirkan juga, banyak perkara yang belum dicapai sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami. Terlebih dahulu, aku nak balas budi mak ayah, senangkan mereka, kukuhkan pendapatan, tunaikan apa yang patut, barulah fikir masa depan sendiri. Entah kenapa aku lebih suka fikirkan kegembiraan orang lain berbanding diri sendiri. Aku sanggup abaikan keperluan diri sendiri agar orang di sekeliling bahagia. Aku tahu, Allah sentiasa membantuku dimana jua nanti. insyaAllah.








1.2.13

Kurus dengan teh herba

 Assalamualaikum 


GOOGLE


Agak lama rasanya tak kongsikan tips untuk pembaca-pembaca semua kan. Jadi, hari ni di pagi jumaat dengan berbesar hatinya aku nak kongsikan cara aku jaga badan aku selama ni. Memang tak dinafikan badan aku ni jenis yang cepat sangat naik berat badan kalau tak kontrol makan. Bila berat badan dah naik mulalah nak menggelabah. Belum lagi kalau orang cakap aku berisi/gemok, histerialah jadinya sampai nekad taknak makan,puasalah maksudnya. Fuhh, itu cara dulu. Memang sanggup berlapar semata-mata nak diet, taknak gemok. 


Sekarang, aku main makan je tak kontrol sangat sebab adanya teh herba nih. Memang sangat berkesan untuk merekamereka yang nak buang air besar dengan lancar. Fuhh, lancar sangat beb. Takyah nak tunggu, minum je teh ni konfem akan masuk toilet buang semua yang tak patut. Lega rasanya tau. Tapi kene tahan la selalu pergi jenguk toilet. So, ambik masa yang sesuai untuk minum teh ni. Jangan pulak dok minum teh ni time nak turus kelas/kuliah, time nak turun kerja, memang nayelah jawabnye.


Aku sekarang jenis yang pantang kalau nampak berat aku bermula dari angka 5 ket depan. Memang pantang habis. Kalau 5 je mulalah nak menggelabah cari teh herba nih. Berat yang paling berat pernah aku alami 52kg, tu pun waktu aku form 5 dulu. Macam tak caye je berat aku seberat tu. Tingkatan 5 lagi tuh, sekarang berat aku tak tentu, kadangkadang 47kg, 48kg, 49kg. Tapi bila aku dah betolbetol diet, kontrol makan, minum teh herba semua, 45kg jadinye. Dan berat itulah yang aku memang nak selama ni. Tapi tak dapat nak maintainkan sampai sekarang. Kalau boleh aku nak maintainkan 45kg - 46kg je. Paling berat pun nak 48kg. 


Sekarang memang susah nak maintainkan berat badan lagilagi kalau dah kat rumah. Memang susah gila beb, susah gila. Mulut ni asyik dok minta makanan jah. Fuhh, aku pun dok layan gak perut nih, main makan aje. Nasib baik penyelamat aku teh herba ni ade. Takdelah risau sangat. Teh herba ni boleh tahan lame tau. Teh yang aku makan sekarang ni pun tak habishabis lagi, semester lepas aku beli. Tu pun baru setengah minum, siap aku suruh membemembe aku minum lagi, tak jugak habishabis. Teh herba ni memang tak sedap rasanya, ade rasa pahitpahit, memang tak sedaplah. Tapi, untuk menyedapkannya, aku letaklah gula sikit, biar hilang sikit rasa pahit tu, nama pun herba kan?


Pensyarah aku pernah cakap tau dalam kelas "perempuan kalau orang panggil gemok diorang akan histeria", nah..hambekk kau. Memang ade benarnya jugak. Haha! Kalau yang jenis macam aku nih memang pantang kalau orang cakap aku berisi/gemok. Memang diet terus lepas tuh. Sekarang berat aku 51kg beb. Perghhh, memang histeria habis aku dok rumah asyik dok makan jah ni. Tapi, jangan risau, waktu menaip entry nih pun aku tengah dok layan minum teh herba. Hehe, nak maintain berat badan kenelah selalu jaga badan kan?



Till then...





ieyka_Nz






31.1.13

Sekadar luahan

 Assalamualaikum 



Entah kenapa, terasa ingin menaip sesuatu. Tapi, luahan yang nak digambarkan tidak dapat nak dijelaskan. Mungkin kerna hanya keinginan update blog? Mungkin, tapi terasa seperti ingin menceritakan sesuatu yang terbuku di dalam hati. Ahh...apa yang aku nak ceritakan sebenarnya? Sunyi. Memang, tapi aku tahu sesunyi mana pun kita, Allah tetap ada. Bosan. Tidak sama sekali kerna masa kuhabiskan dengan sebaik-baiknya. Entah kenapa diri ini terasa kehilangan sesuatu. Sesuatu yang hilang membuatkan diri ini terfikir, apakah ia sebenarnya. Tatkala diri ini menghadap laptop, terasa ingin menulis blog, ingin meluahkan apa yang terbuku di hati, tapi jalan cerita belum ditemui. Hati tak keruan, keluh kesah. Apakah sebenarnya yang aku hendak lakukan. 




ieyka_Nz







Jalan cinta

 Assalamualaikum 




Tibatiba daku teringat dikau yang pernah hadir dalam hidupku. Betapa bertuahnya diri ini dapat mengenalimu walaupun hanya sebentar. Kerna sebentar itulah banyak yang aku pelajari darimu. Terima kasih sebab pernah wujud dalam hati ini.




ieyka_Nz



29.1.13

Andai dia jodohku

 Assalamualaikum 



‎" Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, perilakunya dan akhlaknya terhadap Allah. Aku diam, diam kerna aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepada-NYA "


24.1.13

Where i want to go one day

 Assalamualaikum 




Suatu hari, aku terfikir sejenak, kenapa tidak untuk aku memilih tempat untuk dikunjungi suatu hari nanti, sesuatu tempat yang sangat indah untuk aku pergi. Dan, sewaktu aku melihat cerita "istanbul aku datang", aku terpesona dengan keindahan masjid di Turki. Terus aku tanamkan dalam diri, seandainya Allah mengizinkan, aku ingin menjejakkan kaki ke sana, betapa indahnya rumah Allah yang diukir indah, sejuk mata memandang.


Bulan madu?


Tidak mustahil untuk aku suatu hari nanti memilih untuk melawat masjid-masjid tercantik tak kira dimana jua sebagai tanda kesyukuran "mendirikan masjid". Yes, itu satu impian bagiku. Betapa indahnya apabila dapat menjejakkan kaki ke masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh dunia. Andai impian ini menjadi satu kenyataan, Ya Allah, bahagianya dalam hati cuma Allah yang tahu.


Mungkin dengan cara ini dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Tanda kesyukuran dengan nikmat dunia yang Allah berikan. Saat melihat masjid-masjid yang tersergam indah ini, hati terasa ingin sekali menjejakkan kaki ke sana. Insya-Allah, kalau diizinkan Allah. Amiin.








One day, i hope i can go there even only one place, i'll feel grateful.