31.1.14

Tudung bawal chiffon berkualiti.

Eh, bukan semalam baru update blog ke?

Alhamdulillah, hari ni disebabkan rasa bosan yang teramat sangat duduk tercangok kat rumah sewa ni sedangkan housemate ramai dah bercuti balik kampung masing2 dan tinggallah sendirian dengan sorang lagi housemate. Hiba, sedih, sunyi,.....semuanya ada sambil menaip entry kat blog ni. Bila saat2 macam ni la mula terasa bermanfaatnya ada blog dapat luahkan perasaan gini biar xde orang kisah yang penting puas meluahkan :'D

Straight to the point, actually, hari tu dengan kawan jalan2 ke jakel, maklum la seberang rumah je jakel shah alam ni, dok usah2 kain...pastu ternampak kain chiffon yang jenis berat, chiffon japaness nama dia. Sangat berkualiti dan tak ringan macam chiffon lain tu, senang nak bentuk kalau buat tudung bawal. So, then kitorang decide beli 1 meter cukup untuk buat tudung bawal bidang 45. Balik je dari jakel terus hantar kedai jahit depan rumah dengan total cost kain + upah jahit Rm14.50 ONLY. Murah kan? Dulu memang ada niat nak beli kain pastu antar kedai jahit, tapi tak kesampaian langsung. Niat nak beli tu sentiasa terabai. And now, tercapai dah hasrat mencuba. Dan kepuasan tak dapat nak diungkapkan, sangat berbaloi. Lepas ni dah takyah nak beli tudung kat butik ke, kedai ke, mahal kot. Buat sendiri macam ni, lagi berbaloi, tambah pulak boleh pilih kain, design and warna sendiri. Banyka gila kot pilihan kat jakel tu.



Haaa...gambar kat atas nilah contoh kain yang aku beli kat jakel dengan harga rm9 je semeter, tapi kalau beli banyak boleh less lagi. Pastu antar kedai jahit je rm4-rm5 je depend dengan deesign macam mane korang nak. Lepas beli haritu warna coklat bawah sekali tu, terus addicted dah beli lagi warna orange and hijau. Sangat berpuas hati. Agak2 kalau kite nak berbisnes jual tudung ni ade orang nak beli tak? Hehe...range harga jual maybe dalam RM18-RM20 only, but depend on jenis kain yang akan digunakan. Seriously kain ni dibuat tudung bawal senang sangat2 nak bentuk. Terletak je kat muka.


Thanks.

30.1.14

Lama dah tak menaip....

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah.
24.07.2013, tu tarikh terakhir entry blog ni. Rasanya dah nak dekat setahun tak sentuh langsung blog ni. Dulu bukan main lagi update sana, update sini, cerita melambak-lambak, idea mencurah-curah bagaikan air dicurah ke daun keladi. Eh! Nak cakap rindu tak, nak cakap rajin tak jugak, tapi yang pasti masa nak update blog tu takde, and rasa malas nak sentuh blog pun ade. Setakat melawat blog tu adelah. Tapi log in blog ni sejak tarikh last entry baru sekarang nak sign in balik, punyelah malas kan?

Anyway, banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang setahun tak update blog ni. Cerita yang paling latest, aku baru selesai menghabiskan ijazah sarjana muda. Sekarang tunggu result yang akan keluar 14 februari ni. InsyaAllah, berharap lulus semua supaya dapat konvo bulan mei ni nanti. Tapi, tak bermaksud title "student" tu dah hilang. Semester lepas dah decide untuk sambung master terus kebetulan dapat offer daripada supervisor untuk continue master dengan grant jadi Research Assistant diberi gaji rm1500. Bila fikir-fikir balik, kenapa pulak aku nak tolak offer tu kan? Ade kebaikannya jugak, lagipun cita2 aku selama ni nak jadi seorang pensyarah. Nak jadi lecture sekarang ni basic mesti ade master. So, i decide sambung terus master untuk intake March ni. Bulan februari ni dah kena start keje, so kene duduk faculty dari jam 8am till 5pm, nama pun dapat gaji kan. Huhu...

Anyway, bulan 9 tahun lepas. pergi trip ke Bali, indonesia. Memang tak dinafikan tu first time pergi oversea. Yelah, bukan anak orang kaya pun nak selalu sangat kan, kebetulan time tu ade trip akademik. Dan sangat bersyukur sebab berpeluang untuk melawat negara lain. Subhanallah, sangat cantik tempat2 yang dilawat. Impian sekarang kalau boleh teringin nak pergi ke Europe country. Turki pun jadilah. Chewah !


dan...tiba2 rasa malas pulak nak continue menaip....k bye.