28.9.11

Ada apa dalam Hard disk korang ?


External aku kaler ni :) white...suci and murni..


Korang hengat korang je ade Hard disk? Aku pun adelaaaaa....aku beli guna hasil titik peluh aku sendiri taw ! Tapi kan, korang simpan ape ek dalam external biasanya ? Mesti simpan assingment, gambar, video music, and yang sewaktu dengannya kan ? Kalau aku memang fulllllll dengan movie je..hihi :)

Kalau dipikir-pikirinkan..kalau simpan movie dalam lappy memang la jadi lembab lappy kiter. So, bagi mengelakkan perkara yang sedemikian berlaku dan aku tak nak lappy aku berlaku traffic jem, aku simpan semua movie dalam external aku ni....

Sepanjang hari aku watching movie je keje hari ni. Langsung tah hengat dulu langsung. Seapabila movie dah semakin melambak dalam external hard disk aku ni, mula la semua tak menjadi. Makan tak. Study tak. Tidur pun tak. Hmmm..apa nak jadi dengan anak dara zaman sekarang ni. Hehe...

Nak tahu ? Dalam external aku ade lebih 200 movie taw. Untung orang yang pinjam external aku. Banyak movie nak diambeknyerrr...hihi :)))

Jom terjah citer ape yang ade.......Zasssss....


 Tengok2 ! Aku dah susun dah ikut jenis2 movie yg ade. Aku tak suka folder sepah2. Aku pembersih !


Ni citer cartoon. Ade shin chan & upin ipin je.



Yang ni plak citer English . Tapi aku kurang minat & setengah suku lagi aku lom tengok.


Citer yang paling ramai orang suka zaman sekarang. Movie / Drama Korea & Japan.


Citer aku paling manyak suka. Majoriti citer hantu. Sebab aku memang minat citer hantu. Ni la koleksi2 citer Malay & Indon aku.


Yang ni semuanya ada. Versi Hindi ada, Filipina ada, China ada, Thailand ada. So, aku kategorikan sebagai Others lah.



So, bagi sesiapa yang berada di sekitar tempat aku, boleh lah pinjam. Aku tak kedekut la. Aku baik orangnya.


Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :))

Nak share apa yang dibaca pagi2 bangun tidor..

Selamat pagi dunia....syukur alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk melihat dunia pada pagi ni. Korang sihat ? Kalau tak sihat lantak korang lah pergilah makan ubat. Hamboi, baiknya aku pagi2 camni caring dengan korang. Pagi ni aku nak sharing is caring dengan korang. Tiap2 hari, bangun pagi, kalau aku on9 laman web pertama yang aku bukak Harian Metro. 2nd Facebook. 3rd Blog terchinta ni. 4th Yahoo emel aku. Tu lah rutin harian aku yang wajib dibukak setiap hari. Ok, mengenai harian metro ni, aku agak terpikat dengan tajuk hari ni yang bukan utama iaitu.......



isk3...kesian betul baby ni kan..nasib baik dye selamat..alhamdulillah...



Subhanallah...inilah bukti kejadian dan ciptaan Allah yang Maha Agung....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan berita last sekali.....


Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun mati :)
hehe...aiii memang minat sangat Aaroon Aziz ni...Nak tengok wajah cool Aaroon Aziz sefamily ?



Bahagia je family diorang kan ? Ada korang tengok diorang ada kontroversi keluarga ? xde kan ? Ade korang dengar kontroversi curang2 dalam family ni ? xde kan ? Sebab tu la aaiii minat sangat dengan Aaron Aziz ni. Anak2 pun dah besau panjang...Alhamdulillah...aku doakan family diorang ni bahagia selalu di dunia dan di akhirat..Aminn...



Terima kasih sebab sudi membaca :)



27.9.11

Where we going today ?

Hari ni, plan semuanya agak menjadi sedikit. Sangat hepi sebab for the last time we all keluar sama2, jalan2, shopping2 sakan terutamanya aiii...But, today i'm really2 hepi :)))))) senyum memanjang. Disebabkan sangat hepi sekarang, nak update blog pun semakin membuak-buak. Aku nak ceciter kemana hala tuju we all hari ni tadi. Plan ni, actually date yg sebenarnya minggu depan after habis last paper 3 October 2011. Tapi, disebabkan ada perkara yang tak bole nak dielak, so we all awalkan seminggu. Memandangkan exam last paper lama lagi hari ahad ni. ( agak lama la jugak ) so kata putus hari ni keluar jenjalan :))

Agak memenatkan jugaklah. Akulah yang paling banyak barang dibawa balek ari ni. Bukan apa, sebab target aku keluar hari ni memang nak g shopping. Tempat pertama we all pergi GIANT yang baru dibuka kat Tabuan, Kuching.



*Picture google*

Kat situ kiter beli ole2 untuk membe. Ole2 tu dirahsiakan..hehe. Kat Giant just nak jalan2 je..tapi kan, sampai je giant trus nak makan je keje. Melambak makanan dibeli gara2 bangun2 tdo trus mandi trus jalan. Pergghhh...mestilah lapaaa kan. So, masa di giant dihabiskan dengan makan je. Yg paling best makan aiskrim sama2.

Lepas tu, we all pergi ke Sarawak Plaza trus nak shopping2. Almaklumla tujuan sebenar nak shopping and jenjalan kan.


*Picture google*

Dekat SP ni we all just jalan2 mencari barang yang berkenan di hati, tapi malangnya tak jumpa sebab semuanya tidak menarik minat. Actually barang yang nak aku beli time jalan ni adalah purse, jam tangan, kasut  untuk jalan...tu je laaaa. Tapi tak terjumpa pun. Then putuskan nak pegi shopping ke Parkson di Majestic Riverside. Seberang jalan SP ni je. Jalan kaki jelah.


*Picture google*

Sampai je kat riverside ni, tempat pertama dituju tempat barang2 jualan handbag. Cari punya cari, tak jugak berjumpa dengan yang berkenan di hati. So, out jelah dari situ. Agak tidak lama jugak jalan time tu. Perut pun dah melambai-lambai makanan sebab jam time tu pukul 2 petang. Tempat nak makan memang we all dah plan awal. Semestinya di Raja Ayam Bakar :) Sekali makan kat situ memang berkali-kali nak datang lagi. Macam we all ni. Memang tak pernah nak jemu makan kat situ. Sedaaaaap ayam bakar penyet tu. Yummy ! 


*Picture google*

Agak malang nasib hari ni. Nak tahu kenapa ? Tutuplah pulak Raja Ayam Bakar ni. Tapi, tak mematahkan semangat we all. We all trus terbang ke Raja Ayam Bakar di Satok. Malang jugak nasib kali ni. Tutup jugak. Dan ahernya semua menunjukkan muka yang sedih...Tapi, cadangan seterusnya untuk makan di Green House. Kat situ Nasi Ayam Penyet agak menarik and femes jugaklah. So, kitorang pun menuju ke tempat yang dirancang (dengan muka yang hampa x dapat makan di raja ayam bakar).


*ni la ayam bakar penyet yang we all nak makan tu ( tapi dah xde rezeki we all kan, redha jelah*

Destinasi seterusnya Green House. It's the 1st time....very nice place....cantik betul rumah tu. Bukan rumah, tapi rumah kedai makan. Hehe...


*picture ni copy from blog NI*

Time tu x bawa kamera. So, x dapat nak tunjuk gambar yang diambil sendiri. Orang kata ayam penyet situ sedaaap. So, sampai sana agak ramai jugaklah orang. And suasana kat dalam kedai tu pun indah. Macam dalam gambar atas ni. Unik je view rumah tu kan. No wonder la orang ramai makan kat situ. Sampai je kat kedai tu, ambik order....then, HAMPA kedua kalinya. Menu yg ada Nasi semuanya habis. So, dats mean nasi ayam penyet pun takdak dah. Oh, sungguh hampa yang teramat sangat sangat sangat sangat sangat !! Dalam hati berkata " bagus x yah bukak kedai kalau nasi habis..ayam habis..mee je lagi tinggal " Okeyy, sungguh bermasam muka pada waktu itu. Terpaksa order mee je. Mee pun mee lah. Huh !! 

Lokasi seterusnya, pergi ke Ala Carte @ dikenali sebagai Medan Pelita. Nak cek movie ape yang launch sekarang. 


*Picture google*

Citer yang we all nak tengok actully Bini2ku Gangster. Tapi malang jugak sebab xde kat situ. Then we all pegi ke MBO The Spring sebab dah survey kat internet dah launch and ade kat MBO Spring. Ape lagi..terjah-menerjah la ke sana.  


*Picture google*

Sampai je, trus ke MBO cek movie. Malang jugak. Ok..xde rezeki. Citer Bini2ku Gangster xde. Discuss punya discuss, ahernya pilih citer Raya Tak Jadi. Agak best jugaklah citer tu even lambat 5 minit masok.


Nak tengok citer Bini2ku Gangster....
Tapi...
Ini jadinyerrrr...


Raya Tak Jadi.

Agak kecewa tapi enjoy. Lepas habis tengok wayang, we all pegi shopping lagi ! Agak banyak barang yang dibeli. Baju, wallet, kasut and bla bla bla....Then, kitorang pegi shopping ke Boulevard la pulak !


*Picture google*

Kat Boulevard agak sakan jugak aku shopping. Hampir 2 million duet aku habes arini. Keh3...:)) Walaupun agak banyak perkara yang tak menjadi hari ni, we all tetap enjoy. Tak boleyy nak sedeyy2...kan last g kuar sama2. sampai nangis2 dalam kete. Lepas habis shopping semua, we all pergi ke lokasi terakhir. Jalan ke rumah membe. Lepas tu menghala ke tempat tinggal masing2 (hostel).

Nak share jugak barang yang dibeli, tapi hp bermasalah lah pulak x dapat nak upload. Mintak beli baru kot. Nak Samsung Galaxy ! Haha..


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.


26.9.11

Gadis Kampung


Aku seorang gadis kampung .












25.9.11

Gila sangat dengan PINK ? Ini jadinya...


Dikeheningan subuh, pagi2 aku bangun walhal bangun lewat terus menghadap lappy kesayanganku yang menjadi teman tatkala sunyi...keh3..Semenjak 2 menjak, mood menulis blog memang semakin membuak-buak maybe sebab kecantikan blog merangsang untuk menjengok blog selalu . Tak dapat nak nafikan. Hinggakan time nak study pun sambel lewa jerk. Erk..aku memang student yang tidak pandai membahagikan masa. Tapi aku paling suka stadi last minit (jangan ditiru aksi ini). Sebab itu memang cara saya :)

Memang tak dinafikan ramai wanita termasuk golongan2 yang "istimewa" (ok, agak sopan bunyi panggilan itu) menggilai kaler Jambu ni. Termasuk aku okeh, tapi aku wanita tulen ! Bukan wanita "istimewa" :) hehe...jangan marah kalau yang terasa.

Semua picture yang aku tempekkan kat entry kali ni semuanya aku research dari internet hokek. Takdak masa nak pegi ke luar negara capture semua gambar ni. Jadual aku pack tau ! So, layan jelah picture ni bagi yang sangat sangat sangat sangat sangat gilakan kaler jambu .




Perghh..kalau aku dapat kereta ni, 10 hari 10 malam aku dok tinggal dalam kete ni .


Alangkah best kalau lappy aku macam ni..mesti setiap saat aku update blog aku :)


Ok, yang ni aku agak tidak jeles sebab aku ada....
ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

:)







Sweet. Comel. Cantik. Indah.
Semua adalah...alangkah best kalau BED aku camgini rupa kan. Aku janji tak kuar bilik :)




Indah untuk bersantai.


Korang ada lappy dalam toilet ? Cam best je..setiap saat, setiap detik aku update blog je kalau camni :)


Nikmatnya mandi kalau suasana camgini rupa.



Nak dating kat tempat ni boleyyy ? Romantiknyerrr...


Semuanya di alam fantasi kalau aku nak semua benda ni di depan mata aku. Sob2 :'(



Terima kasih sebab sudi membaca :)