27.9.11

Where we going today ?

Hari ni, plan semuanya agak menjadi sedikit. Sangat hepi sebab for the last time we all keluar sama2, jalan2, shopping2 sakan terutamanya aiii...But, today i'm really2 hepi :)))))) senyum memanjang. Disebabkan sangat hepi sekarang, nak update blog pun semakin membuak-buak. Aku nak ceciter kemana hala tuju we all hari ni tadi. Plan ni, actually date yg sebenarnya minggu depan after habis last paper 3 October 2011. Tapi, disebabkan ada perkara yang tak bole nak dielak, so we all awalkan seminggu. Memandangkan exam last paper lama lagi hari ahad ni. ( agak lama la jugak ) so kata putus hari ni keluar jenjalan :))

Agak memenatkan jugaklah. Akulah yang paling banyak barang dibawa balek ari ni. Bukan apa, sebab target aku keluar hari ni memang nak g shopping. Tempat pertama we all pergi GIANT yang baru dibuka kat Tabuan, Kuching.



*Picture google*

Kat situ kiter beli ole2 untuk membe. Ole2 tu dirahsiakan..hehe. Kat Giant just nak jalan2 je..tapi kan, sampai je giant trus nak makan je keje. Melambak makanan dibeli gara2 bangun2 tdo trus mandi trus jalan. Pergghhh...mestilah lapaaa kan. So, masa di giant dihabiskan dengan makan je. Yg paling best makan aiskrim sama2.

Lepas tu, we all pergi ke Sarawak Plaza trus nak shopping2. Almaklumla tujuan sebenar nak shopping and jenjalan kan.


*Picture google*

Dekat SP ni we all just jalan2 mencari barang yang berkenan di hati, tapi malangnya tak jumpa sebab semuanya tidak menarik minat. Actually barang yang nak aku beli time jalan ni adalah purse, jam tangan, kasut  untuk jalan...tu je laaaa. Tapi tak terjumpa pun. Then putuskan nak pegi shopping ke Parkson di Majestic Riverside. Seberang jalan SP ni je. Jalan kaki jelah.


*Picture google*

Sampai je kat riverside ni, tempat pertama dituju tempat barang2 jualan handbag. Cari punya cari, tak jugak berjumpa dengan yang berkenan di hati. So, out jelah dari situ. Agak tidak lama jugak jalan time tu. Perut pun dah melambai-lambai makanan sebab jam time tu pukul 2 petang. Tempat nak makan memang we all dah plan awal. Semestinya di Raja Ayam Bakar :) Sekali makan kat situ memang berkali-kali nak datang lagi. Macam we all ni. Memang tak pernah nak jemu makan kat situ. Sedaaaaap ayam bakar penyet tu. Yummy ! 


*Picture google*

Agak malang nasib hari ni. Nak tahu kenapa ? Tutuplah pulak Raja Ayam Bakar ni. Tapi, tak mematahkan semangat we all. We all trus terbang ke Raja Ayam Bakar di Satok. Malang jugak nasib kali ni. Tutup jugak. Dan ahernya semua menunjukkan muka yang sedih...Tapi, cadangan seterusnya untuk makan di Green House. Kat situ Nasi Ayam Penyet agak menarik and femes jugaklah. So, kitorang pun menuju ke tempat yang dirancang (dengan muka yang hampa x dapat makan di raja ayam bakar).


*ni la ayam bakar penyet yang we all nak makan tu ( tapi dah xde rezeki we all kan, redha jelah*

Destinasi seterusnya Green House. It's the 1st time....very nice place....cantik betul rumah tu. Bukan rumah, tapi rumah kedai makan. Hehe...


*picture ni copy from blog NI*

Time tu x bawa kamera. So, x dapat nak tunjuk gambar yang diambil sendiri. Orang kata ayam penyet situ sedaaap. So, sampai sana agak ramai jugaklah orang. And suasana kat dalam kedai tu pun indah. Macam dalam gambar atas ni. Unik je view rumah tu kan. No wonder la orang ramai makan kat situ. Sampai je kat kedai tu, ambik order....then, HAMPA kedua kalinya. Menu yg ada Nasi semuanya habis. So, dats mean nasi ayam penyet pun takdak dah. Oh, sungguh hampa yang teramat sangat sangat sangat sangat sangat !! Dalam hati berkata " bagus x yah bukak kedai kalau nasi habis..ayam habis..mee je lagi tinggal " Okeyy, sungguh bermasam muka pada waktu itu. Terpaksa order mee je. Mee pun mee lah. Huh !! 

Lokasi seterusnya, pergi ke Ala Carte @ dikenali sebagai Medan Pelita. Nak cek movie ape yang launch sekarang. 


*Picture google*

Citer yang we all nak tengok actully Bini2ku Gangster. Tapi malang jugak sebab xde kat situ. Then we all pegi ke MBO The Spring sebab dah survey kat internet dah launch and ade kat MBO Spring. Ape lagi..terjah-menerjah la ke sana.  


*Picture google*

Sampai je, trus ke MBO cek movie. Malang jugak. Ok..xde rezeki. Citer Bini2ku Gangster xde. Discuss punya discuss, ahernya pilih citer Raya Tak Jadi. Agak best jugaklah citer tu even lambat 5 minit masok.


Nak tengok citer Bini2ku Gangster....
Tapi...
Ini jadinyerrrr...


Raya Tak Jadi.

Agak kecewa tapi enjoy. Lepas habis tengok wayang, we all pegi shopping lagi ! Agak banyak barang yang dibeli. Baju, wallet, kasut and bla bla bla....Then, kitorang pegi shopping ke Boulevard la pulak !


*Picture google*

Kat Boulevard agak sakan jugak aku shopping. Hampir 2 million duet aku habes arini. Keh3...:)) Walaupun agak banyak perkara yang tak menjadi hari ni, we all tetap enjoy. Tak boleyy nak sedeyy2...kan last g kuar sama2. sampai nangis2 dalam kete. Lepas habis shopping semua, we all pergi ke lokasi terakhir. Jalan ke rumah membe. Lepas tu menghala ke tempat tinggal masing2 (hostel).

Nak share jugak barang yang dibeli, tapi hp bermasalah lah pulak x dapat nak upload. Mintak beli baru kot. Nak Samsung Galaxy ! Haha..


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.


No comments: