29.11.12

Mencari kebenaran..

 Assalamualaikum 




:'(


Frust

 Assalamualaikum 




Tersangatlah frust tertonggeng aku dengan blog neyy. Kemain eksaited lagi nak update blog pergi naik hiking broga hill and gunung tok wan haritu, tup tup die cakap xleh nak upload. Memang bangang giler aku. Tak dapat nak share dulu entry hiking ang trekking haritu. Frust jugak sebab tak dapat nak join trekking gunung datuk esok sebab sabtu ade training kayaklah pulak. Huhu. Takpe, nextime jelah...


k bye!


24.11.12

Hanya mampu bersabar

 Assalamualaikum 





Tak semua yang kita inginkan, impikan akan terjadi. Kadang-kadang, apa yang kita selalu impikan tidak akan terjadi kerna Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian. Kesabaran amat diperlukan agar kesedihan dalam diri berjaya disembunyikan. Biarlah gelak tawa sering terpancar dimuka agar kesedihan dapat disembunyikan.

Senyuman yang dilemparkan cukup untuk menutup kesedihan dalam diri meskipun hati terasa amat sedih. Luka dijiwa biarlah dipendam agar tidak melukai hati orang lain. Hanya mampu tersimpan rapi di dalam jiwa agar saling tidak dilukai dan melukai.



"orang yang kuat dan tabah adalah orang yang berjaya menyembunyikan perasaan sedih kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas walaupun hati cukup terluka"


Have fun today

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 





24.11.2012

Alhamdulillah kerja satu persatu dah diselesaikan. Terasa lega lepas siapkan assignment, hantar assignment, done with presentation. Fuhh! Kusssemangat! Baru dapat nak bernafas dengan lega lepas berhempas pulas dua tiga minggu ni. Time menaip entry ni pun baru je balik dari main badminton dengan membe-membe sekelas dari jam 11 malam sampai jam 2.30 pagi tadi. Memang release tension habis lepas mengharungi macam-macam masalah.


Main badminton ni dah macam jadi rutin mingguan sekelas dah. Kalau tak main rasa macam stress semacam je (kononnya!) =.=". Tapi best jugak, bila lagi nak have fun dengan rakan sekelas kan kalau bukan time-time study macam ni. Nanti bila dah habis study masing-masing dah ikut haluan sendiri. Memang jarang dah nak keluar sama-sama macam ni.


Another two assignment lagi nak kene hantar. Test pun banyak menanti. Berbaris-baris dah test menunggu. Pejam celik pejam celik dah nak final dah. Tak terasa pun begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam je mintak permission dekat Ketua Program nak tukar kelas. Huhu! Apa-apa pun tersangat bersyukur sebab pindah kelas dapat kawan-kawan macam mereka semua ni. Memang happening habis aku. Tambah pulak sekelas dengan sahabat sejati dari diploma dulu, sekepala dan yang seangkatan dengannya.




P/S: Heyy jagunggg! ko baca ni ko memang stalker habis blog aku! Haha! :p



23.11.12

Suatu masa berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.....

 Assalamualaikum 


♥سبحان الله ♥ والحمد لله ♥ ولا اله الا الله ♥ والله اكبر♥



Aku bagaikan terbangun dari mimpi yang indah setelah beberapa minggu masa dihabiskan dengan assignment, satu persatu kerja disempurnakan dengan izin Allah. Alhamdulillah, bersyukur doa diperkenan dipermudahkan segala urusan di dunia ini. Kadang-kadang, kita terleka dengan hal dunia dan terlupa bahawa akhirat itu penting. Namun, solat diutamakan agar hidup sentiasa diredhai oleh Allah.

Suara merdu mp3 yang memainkan surah-surah sentiasa menjadi peneman tatkala hati terasa sunyi dan sepi. Tidak pernah kuterasa kesunyian dalam kehidupan ini kerna kutahu Allah sentiasa bersama kita. Namun, kehidupan di dunia ini kutempuh dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Masa yang diberi aku manfaatkan dengan sebaiknya. 

Mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti mereka menjadi kelebihan buatku. Andai sekalipun perkenalan kita hanya mengambil masa yang singkat, amat bererti untuk aku kerna kalian sahabat yang sangat baik.





Syukur alhamdulillah Allah datangkan mereka kepadaku untuk menjadi sahabat yang memahami dan saling tolong-menolong.  Andai kita semua berpisah suatu hari nanti ingatlah bahawa daku sayang korang semua. Kenangan kita bersama tidak akan dilupakan. Andai setahun lagi masa yang kita ada, akan dimanfaatkan bersama-sama. Insya Allah.



20.11.12

Aku ingat lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.....



Assalamualaikum....

Masih kuingat lagi, bagaimana sedihnya hati ini saat aku terpaksa tinggalkan kau tatkala aku jujur untuk menyintai dan menyayangimu. Saat kita mula mengenali hati budi masing-masing, saat itulah yang paling manis tapi dihancurkan dengan perpisahan. Suatu saat dulu, insan yang disayangi mula untuk berkenalan dengan lebih rapat, saling berhubung walaupun masa mencemburui kita, jarak yang jauh turut menjadi penghalang. Tatkala suatu masa dahulu, saat aku kesunyian dan sedih, kau datang dan muncul dalam hidupku ingin membawa keceriaan dalam hidupku.

Masihku ingat lagi pertemuan kita yang pertama, zaman surat-menyurat, zaman belum popularnya telefon bimbit, zaman itulah yang sangat sweet untuk kita. Setiap surat yang kau utuskan kepadaku, aku simpan dengan sebaik-baiknya untuk menjadi kenangan sehinggalah sekarang. Tiada satu pun sepucuk surat yang tertinggal. Saat itu jugak pada mulanya kita cuma berhubung sebagai kawan biasa yang saling memahami. Tiap minggu hinggalah sampai ke tiap hari kita berutus surat. Tapi pelajaran tetap diutamakan. Kau sering memberi dorongan kepada aku tatkala aku sedih dan ditimpa musibah. Kau jugak yang sering membuat aku ketawa.

Masihku ingat lagi, di zaman bangku sekolah, aku tingkatan empat (4), kau tingkatan lima (5), zaman "cinta monyet" untuk remaja di usia kita, waktu tu jugak hubungan kita mula makin erat. Bermula dengan kawan biasa ke kawan karib. Persahabatan kita pada mulanya tidak dirancang, dipertemukan oleh seorang insan. 

Masihku ingat lagi, sebelum perkenalan kita bertambah erat, aku rasa tertipu. Suatu hari, dengan tidak sengajanya aku ternampak nama seorang gadis di dalam buku latihan yang kau letak di atas meja belajar dalam kelas. Bukan satu buku, tapi dua tiga buku ada nama dia. Hatiku hancur pada saat itu. Mungkin kerna perkenalan kita membuatkan aku mula jatuh cinta. Begitu mudahnya untuk aku jatuh cinta. Mungkin terlalu cepat untuk aku menilai hati dan perasaan sendiri.

Masihku ingat lagi saat itu hatiku menjadi tawar untuk meneruskan persahabatan kita. Dan selepas kejadian itu aku bertanya kepada kau dan inginkan jawapan yang jujur, siapakah gadis itu? Lantas kau menjawab dengan jujur " gadis itu adalah insan yang aku cinta"...Ya Allah, betapa sedihnya hati aku ketika itu. Aku mula menjauhkan diri daripada kau kerna tidak ingin merosakkan hubungan kau dan dia. Tapi, kau tetap ingin bersahabat baik denganku. Aku terharu. Kau insan yang jujur. Kau jugak insan yang baik hati. 

Masihku ingat lagi saat alam persekolahan kau bakal tamat tidak lama lagi. SPM pun semakin hampir. Aku mendoakan kau agar berjaya di dunia dan juga di akhirat. Kemudian, terlintas difikiranku, adakah selepas ini kita akan bertemu lagi? Adakah ini adalah pertemuan kita buat kali terakhirnya? Saat itu jugak kutatap suratmu yang terakhir kalinya.."awak jaga diri elok-elok, belajar bersungguh-sungguh"....dan..."awak, jangan lupakan saya okey!"...

Masihku ingat lagi, persahabatan kita berakhir di saat kau pergi meninggalkan sekolah buat selama-lamanya. Tiada surat lagi yang akan aku baca. Tiada surat lagi yang akan aku balas. Tiada insan yang akan menceriakan aku lagi. Aku teruskan kehidupanku sebagai seorang pelajar. Kau terus menghilang tiada khabar berita. Saat itu jugak aku mula berusaha untuk melupakan kau walaupun hati ini terasa berat untuk melupakan insan yang pernah memberikan harapan cinta untuk aku. Aku mula untuk menerima kenyataan bahawa mungkin kau bukan jodohku.

Masihku ingat lagi, dua tahun telah berlalu, saat zaman moden mula menular dengan telefon bimbit, saat itu jugak kau hadir kembali dalam hidupku. Aku rasa berada dalam mimpi tatkala aku mula tawar hati untuk mencintai insan bergelar lelaki kau hadir dalam hidupku. Pada mulanya, aku tidak ingin menaruh cinta lagi kerna tidak ingin kecewa untuk kali keduanya. Saat kau hadir kembali, kau datang dalam hidupku dengan harapan untuk mendapatkan cintaku yang telah hampir hilang untukmu. Dua tahun lamanya aku cuba untuk melupakan mu. Aku berusaha dengan melupakan segala kisah kita di sekolah. Tapi tetap tak dapat nak dilupakan. Benar cakap orang, cinta pertama, insan pertama yang kita cinta memang sukar untuk dilupakan.

Masihku ingat lagi, kau hadir tanpa berputus asa untuk mendapatkan cintaku kembali. Kau berusaha untuk mendapatkan contact number aku dengan pelbagai cara dan akhirnya kau berjaya. Saat itu, tanggal 27 April 2008, genapnya umurku 18 tahun, kau hadir dengan ucapan ulang tahun. Aku terkejut!. Kenapa kau hadir kembali dalam hidupku? Aku tidak ingin kecewa lagi. Cukuplah hanya sekali. Bukan salah kau, mungkin kerna aku cepat jatuh cinta. Selama dua tahun lamanya aku cuba untuk tidak jatuh cinta lagi kerna aku tahu betapa sakitnya hati bila insan yang kita cintai mencintai orang lain. Betapa hancurnya hati ketika itu.

Masihku ingat lagi, kau tetap tidak berputus asa untuk menagih cinta dariku. Akhirnya aku tewas. Kau berjaya memenangi hatiku buat kali kedua setelah dua tahun lamanya kita terpisah. Tanggal 22 Jun 2008, kita menjadi sepasang kekasih. Betapa bahagianya aku ada kau hadir dalam hidupku. Kau insan yang sangat setia, kau insan yang jujur dalam hubungan. Setiap tahun kita meraikan ulang tahun percintaan kita, bukan dengan pertemuan, bukan dengan harta benda, tapi dengan hanya sekadar kata-kata kerna kita jarang dapat berjumpa.

Masihku ingat lagi, kadang-kadang kita hanya dapat berjumpa sekali setahun. Namun, hubungan kita tetap utuh dengan kesetiaan, kesefahaman dan kepercayaan masing-masing. Bukan kerna jarak yang jauh, tapi aku tidak ingin kita sering kali berjumpa kerna hubungan kita belum halal untuk berbuat sedemikian. Kau tidak merungut meskipun kadang-kadang dalam masa setahun kita tidak dapat berjumpa.

Masihku ingat lagi pertama kali dan terakhirnya kita keluar bersama-sama, saat itu buat pertama kalinya kita berjumpa dan jalan bersama-sama di pusat membeli-belah, makan bersama-sama dan pergi menonton wayang bersama-sama. Dan saat itu jugak kali terakhir buat kita berdua berjumpa. Pernah pun kita berjumpa hanya sekadar dua tiga minit sahaja kerna kau tahu betapa susahnya untuk berjumpa denganku. Betapa susahnya untuk mengajak aku "dating". Kau tahu. Tapi kau sedikit pun tidak merungut. Kau tetap sabar menunggu aku. Aku sedar, aku sememangnya bukan seperti gadis-gadis lain yang boleh keluar jalan sesukahati, yang boleh outing sesukahati, yang boleh jalan dengan pakwe sesukahati. Aku sedar aku bukan gadis yang sedemikian. Sehinggakan aku pernah ditanya oleh sahabat-sahabat disekelilingku, "kau ade pakwe kan, tak pernah pun tengok kau keluar dengan die"...aku hanya mampu tersenyum...Sering kali kau mengajakku untuk berjumpa, tapi aku menolak. Kenapa? Biarlah aku pendam sendiri jawapannya.

Masihku ingat lagi, bagaimana egonya aku sepanjang hubungan kita, tapi kau tetap mempertahankan hubungan kita. Kau bersabar dengan kerenahku. Kau bersabar dengan segala perangai burukku. Aku taknak hipokrit. Aku tunjukkan perangaiku yang sebenar sepanjang hubungan kita. Kau terima aku seadanya. Aku bersyukur.

 Tapi.......


Masihku ingat lagi, tahun demi tahun berlalu, memang tak dinafikan kau sememangnya seorang insan yang penyabar. Hampir empat tahun kita bersama, dua tahun kita berkawan di bangku sekolah, dua tahun jugak kita berpisah. Kini, semuanya telah berakhir. Bukan salah kau. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jodoh kita hanya Allah yang tahu. Aku tahu jodoh kita hanya sampai setakat ini sahaja. Kau tidak merelakan perpisahan kita. Aku rela sebab aku tahu Allah mempunyai perancangan yang baik untuk kita berdua. Empat tahun lamanya cinta kita bersemi. Akhirnya berakhir di sini sahaja. Aku tahu Allah ingin menguji kita agar kita tidak leka dengan nikmat dunia., agar kita tidak leka untuk melabuhkan cinta kita untukNya. Kau terpaksa merelakan hubungan kita yang tiada penghujungnya. Jodoh kau bukan dengan aku. Aku percaya pasti akan ada insan yang lebih baik untuk kau suatu hari nanti. Percayalah Allah ada perancangan yang baik untuk kita.

Cinta, kadang-kadang menyakitkan, kadang-kadang menggembirakan, kadang-kadang menjadi kenangan pahit dan manis untuk kita. Cinta jugak kadang-kadang senang hadir dalam diri kita dan senang jugak membuatkan kita kecewa. Kerna cinta aku kuat. Kerna cinta jugak aku tewas. Cinta memang cukup menghancurkan hati aku tatkala dikecewakan dengan perasaan sendiri yang terlalu cepat untuk jatuh cinta. Kadang-kadang aku terfikir, adakah benar aku mencintainya? Kenapa begitu mudahnya untuk aku jatuh cinta. Namun, kupendamkan perasaan itu kerna ku tak ingin merasa kekecewaan lagi. Akan kubiarkan cinta itu hadir dengan sendirinya bukan kerna kata cinta yang aku lafazkan, tapi kerna cinta dari dalam dirinya sendiri terhadapku. Aku tak ingin mengejar cinta lagi. Biarlah ianya datang sendiri kerna aku tahu jodoh itu pasti ada.



Masing-masing ada cerita. Kisah ini biarlah menjadi kenangan buatku. Aku tak ingin kecewa lagi. Cinta selepas nikah, insyaAllah pilihan yang terbaik. Kadang-kadang menjadi satu kepuasan untuk aku meluahkan perasaan dalam blog kerna tiada lagi insan tempat mengadu. Tiada lagi teman tempat berkongsi cerita. InsyaAllah, jodoh itu pasti ada. Percayalah.



16.11.12

Kisah hati

 Assalamualaikum 


"...Jodoh itu pasti ada...."


Mimpi? Macam tak percaya, Allah telah menemukan kembali dua insan yang pernah rapat suatu ketika dahulu, lapan (8) tahun lamanya menghilang dan Allah pertemukan kembali kami di laman web sisoal. Tetapi, perkara yang dah lepas tidak akan berulang lagi, hanya akan menjadi kenangan untuk aku. 

"..Dan kepada awak, awak dah kawen, awak dah ada anak pun, jadi janganlah bermain kata lagi kerana saya bukan seperti dulu lagi yang boleh awak nak bermain kata indah. Jodoh awak, isteri awak. Lupakan saya. Pertemuan kita kali ini biarlah hanya sekadar pertemuan kawan lama. Saya tak larang kita berkawan, tapi ingatlah batas awak sebagai suami orang..."

Jodoh dari Allah tiada siapa yang tahu. Dan aku tidak terkejut apabila dia menyatakan yang dia sudah berkahwin 3 tahun yang lepas dan kini mempunyai seorang anak. Kami kini hanya sekadar kawan yang telah lama terputus hubungan. Tiada rasa cinta lagi kepadanya walaupun cinta pertama susah untuk dilupakan suatu ketika dulu. Semuanya sudah terkubur 8 tahun yang lalu apabila awak memutuskan untuk pergi.

Kini, aku hanya berserah kepada Allah setelah sekian lama, berharapkan datangnya seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan Allah agar aku tidak terleka dengan nikmat dunia. Tidak mengharapkan apa-apa, hanya akan menunggu sehingga Allah tentukan segalanya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kadang-kadang tidak dinafikan terasa sunyi. Inginkan seseorang untuk berkongsi masalah, tetapi aku pegang dengan kata-kata.."..Jangan kita merasa hidup ini sunyi dan sepi, Allah sentiasa ada bersama kita..." Kesunyian sering kali diluangkan dengan membaca AlQuran kerna aku pasti kesunyian itu pasti akan terubat. Ketenangan membaca Quran mengatasi segalanya biarpun air mata menunjukkan yang jiwa ini lemah namun kuat dari luaran di mata manusia. Kekuatan yang ditunjukkan mampu menutup kelemahan yang ada dalam jiwa ini.

Perasaan yang datang kadang-kadang tak dapat nak dikawal. Namun, aku tahu semua ini hanyalah dugaan yang Allah beri kepada aku. Doa sentiasa mengiringi, memohon petunjuk daripada Allah. "...Ya Allah, jika benar dia jodohku, pertemukanlah hati kami. Tetapi jika dia bukan jodohku, jauhkanlah perasaan ini untuknya...". Hanya berdoa yang mampu aku lakukan agar tidak kecewa dikemudian hari. Setiap kali selepas solat, sering berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik yang boleh membimbing untuk menggapai syurgaMu Ya Allah. Berharapkan insan yang hadir nanti melabuhkan cintanya kepadaMu agar aku tidak terleka dengan cinta dunia.



Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,

jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU.

Ya Muhaimin,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,

jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.

Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


Doaku...semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran, yang sememangnya menguji kekuatan iman, kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang... Semoga cinta yang dicari ditemui. Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya...



InsyaAllah..




Baru dapat bernafas.


 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 




Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


15.11.2012

Alhamdulillah masih bernafas di tahun baru ni. Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434H kepada seluruh umat islam. Semoga tahun ini lebih baik dari yang lepas. Yang lepas biarlah menjadi teladan kepada kita semua. Dalam minggu ni terasa macam dikejar-kejar dengan masa. Bersyukur sebab semua kerja berjalan dengan lancar. Semua case study dah settle dah. Bersyukur jugak sebab ada pihak yang sanggup membantu dan memberi kerjasama dengan kitorang.

Perjalanan yang sangat memenatkan minggu ni. Fuhh! Kusssemangat! Semangat baru! Azam baru! Tahun baru! *tetiba. 


Hari rabu haritu, sanggup ponteng kelas sekali lagi gara-gara nak settlekan assignment yang melibatkna case study. Nak buat macam mana keterpaksaan jugak nak pergi. Kalau tak pergi memang tak siaplah kerja nanti kan. Dengan penuh semangatnya kitorang jalan kaki dalam universiti malaya yang agak jauh untuk sampai destinasi kira-kira 20 minit. Fuhh, at last selesai jugak kerja.



        



Dalam perjalanan dimana jua tak sah kalau tak ambil gambar kan? Apa guna bawak kamera kalau tak guna =p 



Okey! Serius! Case study case study! Focus!



Encik! Badan saya nampak keciklah! Eh! =.="

Alhamdulillah. Syukur sangat dah settle semua yang melibatkan kerja di luar. Duit pun banyak keluar jugak. Nasib baik banker aku bergerak cepat hulurkan belanja. Eh! Sorry sis and bro, asyik minta duit je aku kan? Huhu. Ape boleh buat, ayah dah pencen, so korang yang tengak kaya raya ni hulur-hulurlah sikit dengan satu-satunya adik perempuan korang ni yeeee! Haha!



12.11.12

Busy.Tension.Stress.

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


image


Minggu ni terasa macam tak dapat nak bernafas. Kerja menimbum macam kena kejar dengan masa. Assignment semuanya dah nak sampai penghujung i mean nak kena hantar, presentation. Arggghhhh ! Life student kan nak buat macam mana. Bila dah tension macam ni apa pun tak boleh nak buat. Hanya mampu meluahkan perasaan dalam blog je.


Dalam kesibukan, solat tak dilupakan. Bila nak tenangkan hati, AlQuran jadi peneman. Alhamdulillah jiwa tenang untuk seketika. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini serta sahabat-sahabat dengan jayanya.." Aamiin.



No rest. Not enough time. Struggle. Work hard.
Usaha. Tawakal. Doa.
:'(



10.11.12

Case study yang tak sudah-sudah..

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


09/11/2012

Dalam minggu ni 4 tempat aku dengan kawan-kawan pergi untuk buat case study yang tak sudah-sudah.  First pergi Bangunan Ministry of Energy and Water, second place SACC Mall, third place Menara TM dan last sekali Universiti Malaya. Sekarang ni nak buat case study memang sangat-sangat susah nak dapat approval. Sampaikan hampir semua tempat yang kitorang nak buat case study kene reject. Sedihnya :"(


Petang semalam, aku dengan sandra pergi buat case study dekat Menara TM dan Universiti Malaya. Sedih jugak bila jumpa orang-orang yang taknak bagi kerjasama dengan kitorang. Hmmm..




Perjalanan yang agak memenatkan semalam sebab terpaksa jalan kaki lebih banyak daripada naik transport awam. Tapak kaki dah rasa nak tercabut dah. Waktu ni aku dengan sandra survey-survey dan ambil gambar apa yang patut untuk assignment.




Selesai je kerja di menara TM, kitorang pun tanpa membuang masa terus pergi ke Universiti Malaya untuk buat case study for another assignment pulak. Memang perjalanan yang sangat jauh. Nasib baik ada abang aku yang study dekat UM tolong tunjuk jalan dan tempat untuk berurusan.





Tanpa membuang masa dan tenaga, sempat lagi bergambar di depan dewan tunku canselori universiti malaya sementara menunggu abang aku sampai. Dewan nilah yang kitorang nak buat kajian tu. Selepas berurusan di 3 tempat, akhirnya kitorang berjaya jugak untuk dapatkan approval even terpaksa meredah hujan dan mengejar masa. 



 


Time ni kitorang di tingkat 9 bangunan canselori universiti malaya menunggu staff yang incharge untuk dewan konvo UM tu. Agak lama jugak kitorang tunggu, tapi tetap menanti dengan penuh kesabaran semata-mata untuk menyiapkan assignment ni. Fuhh!




Nasib baik staff-staff di UM semuanya baik-baik dan memberi kerjasama. Jam 5.20 petang kitorang tetap gigih jugak nak settlekan time tu jugak. Dan terima kasih banyak kepada abang aku sebab sanggup meredah hujan dengan kitorang untuk settlekan kerja ni. Kesian abang aku balik berhujan lebat time tu. Huhu...



Semester ni terasa macam tak dapat nak bernafas sangat. Assignment melambak dengan case study =.="



9.11.12

I miss them...

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


Hati ini terasa rindu kepada mereka-mereka yang sangat rapat dengan aku sejak kecil lagi. Tiba-tiba terasa nak update blog. Nah luahkan perasaan rindu. Almaklumlah hidup membujang macam ni takde tempat nak mengadu, takde tempat nak berkongsi rasa. Takde tempat nak berkongsi cerita seperti kawan-kawan lain. Eh! Kesitu pulakkk dahh...


Bak kata kawan aku, "friends are like a diamonds"... Kitorang kenal sejak tadika lagi sampailah sekarang. Even tak dapat nak rapat seperti dulu lagi, tapi menjelang hari raya aidilfitri pasti akan berkumpul ramai-ramai semula. Masa berlalu dengan cepat, semuanya dah mengikut haluan masing-masing. Ada yang dah kawen, ada yang dah ada anak. 





Kawan sepermainan sejak kecil memang susah nak dilupakan. Kalau jumpa memang banyak cerita dan ragam. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah sekarang kitorang berkawan.





Rumah, kampung halaman..sangat dirindui bila dah jadi anak perantau ni. Rumah kampung je, tapi tetap tempat yang paling best untuk tinggal. Bersyukur sebab lahir sebagai anak kampung :) My room is at level 2 hujung sekali (Bunyi macam banyak tingkat je) Haha! Rumah yang mempunyai 8 buah bilik tidur tu pun tak cukup untuk kitorang maklum la adik beradik ramai.




Nama pun budak kampung, kenalah act macam orang kampung kan. Ni kebun kitorang. Tapi tak diusahakan sangat. Haha! Saje mengada nak bergambar dekat kebun ni lepas habis shopping dengan mak ayah. Shoppinglah sangat kan!




Heyy! This is my only one beloved sister tempat mengadu, tempat bercerita, tempat bergosip, tempat mengumpat, tempat mintak duit. Eh! Haha...Bila dah berjumpa banyak jugak cerita nak digosipkan. Dulu duduk sama bilik, boleh kongsi-kongsi cerita, sekarang kakak dah kawen, dah ada anak, tinggallah sorang je  dalam bilik.


Bila dah sorang-sorang dalam bilik memang bermaharajalelalah aku dengan almari dan katil yang boleh muat 3 orang. Pergghhh! Tapi agak sunyi jugak bila dah takde teman nak berborak. Semua dah menuju ke haluan masing-masing. Kalau duduk rumah memang tak keluar-keluar, bagai katak bawah tempurung rasanya sebab takde teman. Membe2 kampung pun ramai yang dah keje, study lagi, cuti pun kadang2 tak sama. Kalau nak jalan malam jangan haraplah. Muka aku ni memang tak pernah nak jejakkan kaki keluar rumah waktu malam. Siang pun tak tentu nak keluar rumah, apatah lagi malam =.="


Alahai, rindunya dengan rumah. Tapi bila dah lama-lama duduk di tempat orang ni memang susah sangat nak balik kampung. Bila dah kat kampung malas pulak nak balik sini. Alahai!!



k bye!







8.11.12

Dream House

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


Sudah pasti, semua orang mempunyai impian masing-masing untuk memiliki rumah yang besar, rumah yang cantik, rumah yang sederhana, rumah yang selesa dan sebagainya. Memang tak dinafikan jugak aku sebagai seorang student lepasan diploma bangunan dan kini menuntut dalam bidang ijazah pengurusan pembinaan inginkan rumah yang gempak. 







Impian kita semuanya lain-lain. Tapi untuk mencapai semua impian ni usaha itu penting. Tanpa usaha semuanya tidak akan dapat dimiliki. Dalam dunia ni apa yang kita nak mestilah diusahakan. Ia takkan datang bergolek dengan sendirinya. Kadang-kadang impian kita melampaui batas, tapi tak mustahil jugak untuk kita memilikinya kan?


:)