16.11.12

Kisah hati

 Assalamualaikum 


"...Jodoh itu pasti ada...."


Mimpi? Macam tak percaya, Allah telah menemukan kembali dua insan yang pernah rapat suatu ketika dahulu, lapan (8) tahun lamanya menghilang dan Allah pertemukan kembali kami di laman web sisoal. Tetapi, perkara yang dah lepas tidak akan berulang lagi, hanya akan menjadi kenangan untuk aku. 

"..Dan kepada awak, awak dah kawen, awak dah ada anak pun, jadi janganlah bermain kata lagi kerana saya bukan seperti dulu lagi yang boleh awak nak bermain kata indah. Jodoh awak, isteri awak. Lupakan saya. Pertemuan kita kali ini biarlah hanya sekadar pertemuan kawan lama. Saya tak larang kita berkawan, tapi ingatlah batas awak sebagai suami orang..."

Jodoh dari Allah tiada siapa yang tahu. Dan aku tidak terkejut apabila dia menyatakan yang dia sudah berkahwin 3 tahun yang lepas dan kini mempunyai seorang anak. Kami kini hanya sekadar kawan yang telah lama terputus hubungan. Tiada rasa cinta lagi kepadanya walaupun cinta pertama susah untuk dilupakan suatu ketika dulu. Semuanya sudah terkubur 8 tahun yang lalu apabila awak memutuskan untuk pergi.

Kini, aku hanya berserah kepada Allah setelah sekian lama, berharapkan datangnya seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan Allah agar aku tidak terleka dengan nikmat dunia. Tidak mengharapkan apa-apa, hanya akan menunggu sehingga Allah tentukan segalanya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kadang-kadang tidak dinafikan terasa sunyi. Inginkan seseorang untuk berkongsi masalah, tetapi aku pegang dengan kata-kata.."..Jangan kita merasa hidup ini sunyi dan sepi, Allah sentiasa ada bersama kita..." Kesunyian sering kali diluangkan dengan membaca AlQuran kerna aku pasti kesunyian itu pasti akan terubat. Ketenangan membaca Quran mengatasi segalanya biarpun air mata menunjukkan yang jiwa ini lemah namun kuat dari luaran di mata manusia. Kekuatan yang ditunjukkan mampu menutup kelemahan yang ada dalam jiwa ini.

Perasaan yang datang kadang-kadang tak dapat nak dikawal. Namun, aku tahu semua ini hanyalah dugaan yang Allah beri kepada aku. Doa sentiasa mengiringi, memohon petunjuk daripada Allah. "...Ya Allah, jika benar dia jodohku, pertemukanlah hati kami. Tetapi jika dia bukan jodohku, jauhkanlah perasaan ini untuknya...". Hanya berdoa yang mampu aku lakukan agar tidak kecewa dikemudian hari. Setiap kali selepas solat, sering berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik yang boleh membimbing untuk menggapai syurgaMu Ya Allah. Berharapkan insan yang hadir nanti melabuhkan cintanya kepadaMu agar aku tidak terleka dengan cinta dunia.



Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,

jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU.

Ya Muhaimin,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,

jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.

Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


Doaku...semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran, yang sememangnya menguji kekuatan iman, kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang... Semoga cinta yang dicari ditemui. Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya...



InsyaAllah..




No comments: