1.11.12

Raya Haji di Kelantan

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


Picture : Sumber GOOGLE


Belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan selamat menyambut hari raya haji kepada seluruh umat islam. Bagi yang mengerjakan haji semoga mendapat haji yang mabrur. Bila menjelang hari raya haji ni, tiba-tiba terkenang waktu mak ayah pergi mengerjakan haji dulu. Tatkala masih zaman muda remaja ditinggalkan mak ayah mengerjakan haji, aku menyambut hari raya haji dengan adik-beradik sahaja kat rumah. Memang tangisan menemani diri waktu tu. Saat hantar mak ayah di airport memang menahan sebak taknak tunjuk depan mak ayah air mata. Terasa seperti mak ayah nak pergi jauh. Perasaan waktu tu hanya Allah yang tahu. Ingin melambai tapi sebak di dada mengatasi semuanya. Saat mak ayah di Mekah, tiap hari kalau telefon rumah berbunyi mengharap mak ayah yang telefon. Di pagi raya haji pulak teringat mak ayah. Sangat bersyukur sebab mak ayah pulang dengan selamat selepas mengerjakan haji.



26 Oktober 2012

Hari Jumaat tanggal 26 Oktober 2012, dimana tarikh ni semua umat islam menyambut hari raya aidiladha. Aku pulak? Tak berpeluang untuk menyambut hari raya haji kali ini di kampung halaman, di rumah sendiri. Dan ini kali pertama aku beraya di perantauan. Dah adat belajar jauh-jauh. Pengorbanan tu mesti ada.



Perjalanan yang jauh. Perjalanan yang penuh sesak saat semuanya balik ke kampung masing-masing. Saat tu jugak aku balik ke kampung halaman kawan di kelantan. Pertama kalinya ikut kawan balik ke rumah dia untuk merasa suasana hari raya di negeri orang. Di pagi rasa menahan sebak tatkala mendengar takbir raya dilaungkan. Tiba-tiba teringat dengan kampung halaman. Di pagi raya jugak aku kol mak ucapkan selamat hari raya. 




Dan seapabila kami anak perantau beraya di perantauan sudah berbicara. Malam raya aku mesej abang aku yang study dekat UM. Masing-masing ikut kawan balik beraya. Abang aku balik ke negeri sembilan, aku pulak balik ke kelantan. Kadang-kadang nak tergelak jugak bila kitorang dah bermesej :)




Sungai Keladi, Kelantan

Di malam raya bermain bunga api dengan budak-budak. Di pagi raya solat sunat aidiladha, bersalam-salaman.


Antara makanan-makanan yang aku makan tapi perut lembu tak lah. Okeyyy, aku memang tak pandai makan. Tengok je. Member semua cakap sedap. Tak berani nak try. Waktu raya korban ni memang makan lembu je. Mulut pun sakit dah makan daging. Hehe. 



Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas Kelantan.

Rumah kedua aku tinggal sepanjang di kelantan. Memang perantau sungguh aku sepanjang berada di kelantan. Tiga buah rumah semuanya tempat perhentian aku sepanjang di kelantan ni. Pengalaman yang takkan dilupakan. Bersyukur sebab dapat kawan baik-baik macam mereka :)




Sepanjang di kelantan ni aku memang kena dera dengan kawan makan je dari pagi sampai malam. Kalau sebulan aku duduk sana memang gemok gedempol aku balik. Hehe. Tapi best ! Picture yang first tu memang makanan traditional orang kelantan. Budu namanya. Memang sah-sah aku kena suruh makan budu jugak. Hehe. Kalau pergi negeri orang tak sah kalau tak cuba makanan diorang kan?




Sampai je Kampung Chicha Tinggi membe hantar petang tu kira-kira jam 5 petang, aku dengan kawan aku/classmate terus pergi merempit ke kampung sebelah nak beraya rumah kawan katanya. Walhal aku yang paksa membe aku tu nak pergi rumah membe ni (dalam gambar). Bukan ape, first raya haritu dah janji nak beraya rumah die, so tak manis pulak bila tak tunaikan. Dan akhirnya aku pergi jugak even terpaksa merempit dengan helmetnya. Haha.


Pengalaman betul petang tu first time merempit di kelantan. Membe tu pulak lama tunggu kitorang yang merempit ni tak sampai-sampai. Haha. Nasib baik die sabar orangnyeee =P. Tengok dalam gambar atas tu, nak hidang makanan pun malu-malu pulak. Alahai ! Sopan bebenooo. Haha!




Inilah kawan aku/classmate aku tempat aku singgah satu malam je. Tapi satu malam tu cukup bermakna bagi aku. Memang makan besar kami dua dekat rumah member ni. Haha. Bak kata mak die, datang dari jauh alang-alang makan terus. Hehe. Susah-susah je makcik yeee.




Tak sah pulak kalau tak bergambar dengan tuan rumah yee. Penat-penat datang dari jauh ni kenalah ambik gambar buat kenangan. Ye tak? Hehe. Time makan ni aku memang kena buli makan banyak-banyak. Dengan penuh kesabaran jugak aku habiskan makanan. Selalunya aku memang jenis yang makan sikit je. Dietlah katakan. Kalau bab nak habiskan makanan memang bukan aku. Tapi memandangkan di rumah orang aku cuba jugak habiskan. Orang dah penat-penat masak terpaksa jugak kan. Kena jaga hati orang jugak. Hehe :) Bak kata die, makanan depan mata jangan dibazir, makan je.





Ni gambar before beberapa jam nak balik ikut kawan ke kota bharu pulak. Memang perantau kan pindah-pindah rumah? Hehe. Sempat lagi berposing dengan lembu dua ekor depan rumah kawan ni.



Bergambar dengan pokok getah. Kesian aku dapat tengok real dalam drama/muvie je. Haha. Sebab kat area kampung aku banyak kelapa sawit je. Pokok getah memang taklah. Dah rasa dalam muvie je aku tengok gambar aku ni. Eh! Kesiannn...haha..



Inilah kampung halaman kawan aku tu. Suasana yang tenang aman dan damai je. Rumah dikelilingi pokok getah :) Sehari kat sini memang tak cukup. Sampaikan mak membe tahan tak suruh balik dulu. Tapi apakan daya tiket balik shah alam dah beli dah :'( Memang sedih giler time ni. Rasa taknak balik shah alam dah. Nak je duduk lama-lama dengan membe kat sini. Huhu..



Perempuan kampung terakhir katanya.

Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Rumah terakhir aku tinggal sebelum aku berangkat balik ke shah alam. Haslynda, kawan sekelas aku semester lepas. Walaupun hanya satu semester kenal, die memang kawan yang sangat baik. Siap sanggup ambik aku dekat Pasir Mas, lepas tu hantar aku ke terminal bas keesokan harinya. Kat rumah membe ni pun bermalam semalam je. Memang menyesal habis beli tiket awal balik ke shah alam time tu.


Kebetulan sampai rumah membe malam tu menyambut hari jadi kakak & adik perempuan die. Memang ramai oranglah. Dan aku sememangnya kalau kat rumah orang memang tersangat malu, lebih-lebih lagi kalau ramai orang. Huhu. Sepanjang hari tu aku memang tak lekang dari makan. Asyik makan je 24 jam. Kenyang tak sudah-sudah aku.







Aku bersyukur sebab dapat kenal mereka ni. Memang baik betul. Malam tu pun tidur lewat, berborak-borak dengan membe, terasa macam taknak tidur pulak sebab esoknya dah nak balik shah alam. Tak puas lagi bercuti di kelantan ni. Family membe pulak sangat baik. Bangun je pagi tu memang dengan rasa berat hati nak balik shah alam. Apa boleh buat, tiket dah beli. Terpaksa jugak balik awal.



Before berangkat balik ke shah alam, dapat pulak angpau dari mak membe ni. Huhu!


Before bertolak pulak bas jam 9 pagi, sempat lagi singgah Pasar Siti Khadijah membe bawak. Memang memborong makanan balik aku dari kelantan ni.



Nahh! Tengok, semua makanan ni membe aku yang belanja. Baik betul kawan aku si Haslynda ni. Semoga murah rezeki dia dan sekeluarga. Aamiin. Aku tak makan sorang, aku agih-agihkan dengan kawan-kawan kat shah alam ni dan jugak aku bagi kat sepupu aku.



Perjalanan pulang ke shah alam memang dalam keterpaksaan. Sangat best balik kelantan. Lain kali memang nak balik sana lagi. InsyaAllah. Jatuh cinta dah dengan kelantan sepanjang 6 hari disana. Aku suka dengan suasana kampung kat kelantan yang dipenuhi dengan pokok getah, tali air sepanjang jalan. Memang best.


Sepanjang jalan pulak dipenuhi dengan zikir-zikir, Sejuk mata memandang. Signboard pulak dalam tulisan jawi. Suke pulak aku tengok. Memang jatuh cinta habis dengan kelantan. Bersyukur sebab berpeluang untuk balik ke kelantan. Alhamdulillah.



Kelantan, InsyaAllah lain kali kita jumpa lagi



No comments: