29.4.11

Surat Cinta

Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??


Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa...

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??

Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak.

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..

i'm 21 Years Old :)

Tanggal 27 APRIL adalah bersamaan dengan tarikh KELAHIRAN yang dipertuan Ungku Puteri Zalikha..HAHA :) gelak mehh....21 years old beb..ko hadooo...dah bleh mngundi da pon..tapi malangnya pilihan raya SARAWAK ari tuh lepas dah..mmg tringin rasa hati nak turun mngudi..apakan daya..jodoh tiada...ANGKA 21...first : da bole kawen ko ika ! 2nd : macam tua dah...huhu... 3rd : be matured ! haha..aku mmg matured dah..bokan bodak2 lagi...

tanggal 27 arpil ni jugak tarikh kelahiran Assistant Engineer tempat aku praktikal skang nih..yuhuuuu..nak tau tak? that day, AE blanje makan kepC..Wooooo...walaupun badan basah hampir semuanya disebabkan hujan time tuh..sanggup nak ekot g kepC..makan FREE..sape yg tak nak kan...huhu...

then, dapat kek besday (x sempat nak upload pic nih)

FACEBOOK plak? memang penoh notification aku on the that day.....fuhhh...penat nak klik komen diorang suma tuh..apa2 pon..THANKSSSS sesangat kat u Ol yang sudi wish besday aku...

Ni antara gelagat2 yang boleh dilihat....

Zassss...layannn.... :)

ni kawan kepada kawan aku...as known as Cia...dye pos banyak nih sbb tak nak kalah ngn mmbe aku sorang nih..huhu :))



 korang tengok post dari SIR aku tuh..ade plak dye kate aku tukar..HAHA :) sir mmg lawak lah...

 antara babak hari besday aku :)

 yeay ! dapat makan kepC free dari assistant eng aku :)

 junior2 aku pun tak lepas nak wish..thanks sayang semua :)

 eh, abang aku pun ade..terharu gilerrrr...

 minah ni sorang...asek nak menag jerr...post banyak2..copy banyak2..haha...anyway, aii cayang u tau :))kaulah sahabat terbaik ! Fullstop!

korang memang best lerr...
nak gitau nih..actually,kek hari tu lom makan lagi..HAHA :) masih simpan lam peti panas !

keh..nak out ! babai~~



19.4.11

gambaran hari kiamat



*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.




Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

17.4.11

Akademi Fantasia 9



rajin pulak aku nak update entry tengah2 malam camgini rupa...HAHA...ni gara2 aku lepas nengok konsert Af tai tuh :)

Seperti yang diketahui...AF nih mmg menjadi rancangan yang sangat diminati oleh orang ramai..sampai sanggup buang duet nak undi artis2 pilihan diorang. Tapi yang sedihnya sekarang..1st aku nengok AF9 nih..boring weh ! pelajar2 dye mmg x best langsung...tapi pak Nil lagi best :) kalau korang tengok kat wall facebook AF9, mmg banyak kritikan daripada pujian..betol ! pastuh kan..suara2 diorang buat aku tidor jer....HAHA :) (jangan marah ye peminta2 semua)

okeh ! 1st aku tengok konsert ke-2 AF9 nih...almaklumla aku bukannya minat sangat pun..dgr2 membe2 ceciter jer pasal AF nih..aku mmg tak minat langsung ! kalau before nih pun aku tengok FINAL jer..nak tau sape menang je..huhu...

memang banyak saaaspen AF nih...

lepas tu kan...aku TERPESONA !

nak tahu kenapa?

aku tetiba jadi minat tengok AF9 nih pulak....y ??

sebab........di penghujung rancangan tu kan ade gimik2 sikit nak gugurkan pelajar AF then nak masok kan pelajar baru....

dengar je sorang pompuan tuh yang bernama FINA nyanyi..........sunyi sepi DOoooo...mantap siot suara dye tuh ! SAMA LEVEL suara fina dengan penyanyi yang level tinggi2 tuh...memang merdu sesungguh lah ! tak tahu nak puji cam mane lagi....BEST giler dengar...kalau Fina dapat masok..aku rase kan AF9 takkan boring lagi punyer...aku nengok tenaga2 pengajar pun terpesona dengar Fina nyanyi .....

apa2 pun..aku harap konsert nextweek FINA dapat masok :)
kita lihat adakah jangkaan aku akan betul yang fina akan masok AF9 :))

9.4.11

BIG GIVE SAHABAT CONTEST..


Salam sayang untuk korang yang baca entry nih…sungguh lama rasanya aku tak update blog nih kan..rasa macam ade sarang lelabah je singgah kat sini..okeh ! stret tu de poen..dah 3 kali aku masuk contest dalam fb & blog nih..tapi still tak dapat jugak aku nak menang..maybe, aku menang contest kali nih kot..(buat muka seedy ngan si abg ensem niha…bro, kasi gua menang la contest nih…HAHA :)
Syarat2 contest ni..tuan punya blog soh aku follow..tak nak la aku follow, sebab aku dah follow awal2 lagi..ngeeee…then, dye soh aku tempekkan pic kacak dye nih…


 Aku tempekkan dah nih…

Pastuh..dye soh aku citer pasal pakwe aku plak..eh, aku mane ade pakwe ! LOL..org soh laen..aku boat laen..nanti tak menang baru padan muka…bro nih soh aku ceciter sal BFF aku..

Okey..jom dengar cerita sedih aku nih…nama Full BFF aku nih CASSANDRA UBAR FELIX GEORGE…korang bleh panggil dye SANDRA @ UBAR..oppsss…yang belakang tuh bukan..nanti dye cekik aku plak..huhu..aku kenal dye nih time aku masok uitm samarahan..tahun 2008 bulan disember. Sekarang dah hamper 2 tahun aku kenal dye..mula2 memang malu2..segan2..pilu2…tapi, bila dah kenal tuh..fuhhlamak..tak hengat dunia lagi..rasa malu tuh dibuang jaoh..perangai masing2 dah tunjuk belang..yeay ! persamaan yang buat aku rapat sesangat dgn dia nih adalah kami dua2 masih SINGLE..haha…bujang lagi okeh..takde boyapren2…pastuh.., aku suka berkawan dgn Sandra nih sbb dye salu tolong aku dalam hal2 study..dye ajar aku cara nak berjimat..aku nih kan pemboros duet maka ayah..kesian mak ayah aku..tapi, sekarang aku insaf dah..thanks ya Sandra..i lap u yunk…kalau pasal study Sandra nih mmg serius orangnya..dye salu bantu aku dalam pelajaran ENGLISH okeh..aku bukan anak omputeh pun nak cakap laju2 omputeh nih..nak buat essay lagi la lintang pukang..sampai lecturer nangis2 baca essay aku..haha :) terharu la katakan…….

Lepas tu kan..nak citer pasal KAMERA dye yang mahal nih..aku ni kan jenis yang suka bergambar ala2 model nih..tapi model yang tak laku laaa…kejap2, “Sandra ! ambek gambar aku !”..pastuh..”Sandra ! ambek pic aku sini !”..pastuh…sebegitu la sterusnya…kesian Sandra jadi mangsa buli kau..jahatnya aku..tapi kan, Sandra tak merungut pun..dye memang sahabat yang baek..aku sayang dye tau..nak tau, kalau dye tak nak ambek pic aku.aku majok tau..ngade2 kan aku nih..tapi kan..dye nak jugak ambek gambar aku nih..kesian dye..”Sandra, aku mingta maaf keh”…sebab tu la kau sayang kan dye..dye nih seorang yang penyabar !

Kenangan manis aku ngan Sandra pulak..memang sungguh banyak kenangan aku ngan dye..kitorang sama2 course..study sama2..lepak sama2..makan sama2..apa2 pun mesti sama2..

“Sandra, awak kelakar ke?”…
Huhu…rasanya, Sandra nih tak kelakar la..serius adelaaaa….haha..aku jujur nih…tak tipu !


Nak ceciter lagi..rasa malas plak..aku citer sal gambar jela..baru ade feel..huhu..


time nih sandra join kite bukak posa tau even dye non muslim..tak kesah kan..nama pun 1 malaysia kan...:))


nih pic time aku majok ngn dye..sape soh dye xnak ambek pic aku..aku majok ler..huhu :))


ni plak pic time kite main bola jaring sama2..


saje je nih..nak jadi model yang tak laku2 kat perak :)


posing lagi time g trip ke melaka..


dan yang last nih..kat melaka bandar bersejarah..

P/s : abg sudirman yang hensem…terusik tak jiwa baca? Huhu…(^_^)

8.4.11

short entry......

Sungguh lama rasanya tak mengupdatekan blog nih...jap k..nanti2 kalau free saya update :)) babai !!