28.2.12

Lisa Surihani & Ana Rafali berkahwin ?

Assalamualaikum ^^


Seperti yang kita ketahui kan , baru-baru ni telah berlangsung " wedding of the year " ... majlis kawen LisaSurihani dengan AnaRafali ... Eh silap , LisaSurihani dengan pasangannya Yusry. Mungkin belom terlambat lagi untuk saya ucapkan Tahniah kepada Raja Sehari dengan ucapan semoga bahagia hingga ke akhir hayat .


Sebut je tentang perkahwinan artis yang cukup terkenal ni kan, mesti semua teruja sangat nak tengok macam mana rupa majlis, pelamin, hantaran, baju pengantin....

Sumber : Pretty Peektures

Apa yang nak diungkapkan. Lisa Surihani memang sangat cantek dengan menggayakan gaun yang sangat cantek bagaikan puteri diraja. Sebut tentang puteri diraja ni kan, baju gaun yang Lisa pakai ni macam pernah tengok je.


Sumber : TeamSlumber.com

"..haaaa..." Kan dah cakap kan.. ni Kate Middleton . Sape yang tak kenal kan .

Tapi tak serupa pun. Just iras-iras je . Apa-apa pun Lisa Surihani memang cantek bila pakai gaun tu. Kalau bertudung time akad nikah lagi cantek :')


Nak tengok gambar-gambar perkahwinan Lisa Surihani ? Godek Kat Sini ....


Dann.....

Sumber : Facebook Jangguttouch


Yang ni pulak 2 hari lepas Lisa kawen , Ana Rafali pulak menyusul. Ana Rafali sekarang dah bertudung sepenuhnya. Memang cantek sangat-sangat bila bertudung. Tambah lagi dengan baju yang digayakan Ana Rafali ni memang sangat cantek tau.


"..dah , tak nak taip panjang lebar , korang Godek Sini kalau nak tengok gambar Ana Rafali kawen .


"...rasa nak kawen jugak tengok diorang ni kawen ...peeeepppssss..."


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi .

Maaf. Lama dah tak layan you .

Assalamualaikum ^^


Gambar ini tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun sudah jadi arwah .


Panggilan hangit ! Panggilan hangit ! ....maaf , tersasul ..

Orang bercinta pun tak macam u , Heboh sana . Heboh sini . Sayang sana . Sayang sini . Baik kawen je terus lagi senang orang tak yah nak buat ketupat memanjang kan . Maklum la mulut manusia mana boleh nak kontrol guna remote . Kalau boleh lama dah aku kontrol sekampung .

" aku memang jenis yang tak suka layan melayan memanjang guna teknologi yang serba canggih ni. Kau mesej aku tak reply. Kau kol aku tak angkat. " ...


"..dah kol time hempon dalam bilik , aku depan tv macam mana nak angkat kan ? - jawapan terbaik-

"..dah mesej time aku malas nak menaip mesej buat sakit ibu jari aku je . -jawapan terbaik jugak-


..kesimpulannya , aku memang tak suka layan perkara yang tak berfaedah ...

"..Dah tau aku jenis macam ni ,  jangan la dok becinta dengan aku *kejam kan ?* ..


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi .

NOKIA lagi hebat dari kamera DSLR

Assalamualaikum ^^


Sumber : Facebook

Dunia sekarang makin hari makin canggih . Kalau tak canggih tak majulah jawabnya kan . Kamera bukan sebarang kamera , tapi kamera dari sebuah hempon yang berjenama Nokia yang semakin pudar dek ditelan zaman samsung & Iphone .


" kenapa cakap macam tu ? "..

Sebabnya...


Handphone yang dikenali sebagai ..." Nokia 808 Pureview ini dilengkapi dengan kamera 41 megapixel " ... 41 Okeyyy ! bukannya 4.1 !!

Tak caye ? Klik Sini .

Or..

Boleh godek video nih .... Klik je ..

Percayalah...Nokia pun setanding dengan smartfon yang lain .


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi .

27.2.12

Semua kerja tak jadi ...

Assalamualaikum ^^


Sumber : GOOGLE

Dengan semangat berkobar-kobar nak menaip entry baru yang entah apa-apa hari ni, at least aku bersemangat wei ! ....


Bila laptop dah ada memang derhaka sungguh. Semua kerja tak dibuat. Asyik dok berkepit bawak ketiak laptop memanjang. Sangat tidak professional sebab tak pandai nak membahagikan masa.

Tapi...

"..kemajuan aku untuk menaip sepuluh patah perkataan sesaat selepas lama tak menaip hari ini amat membanggakan. sila tepuk tangan !..."

"...inilah akibatnya kalau ketagih dengan internet..."


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi .

26.2.12

7 hari 7 malam tak tidur kalau line broadband macam kilat...

Assalamualaikum ^^


   vs   
Sumber : GOOGLE


Kalau nak diceritakan , memang banyak sangat yang nak diceritakan. Tapi line broadband mula-mula ni memang cemburu membabi buta . Asal nak online je mesti refresh. Asal refresh je tak boleh nak online. Maklum laptop ni kejutan budaya dengan broadband .


" Tapi takpe. Usaha akan tetap diteruskan untuk menaip dan publish ! " ...


"...Cemburu bukan sebarang cemburu , cemburu 2 bulan tak berblogging sangat dasyat ! "..


" nantikan "......


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.

Rindu sampai pelok cium ...

Assalamualaikum ^^


Gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk dan isi tersurat.


Yang sebenarnya , aku rindu dengan laptop aku sampai peluk dan cium supaya laptop tak merajuk lagi .


Sangat tamak malam ni nak update blog berderet-deret sambil mengasah bakat menaip yang semakin pudar dek ditelan akhir zaman. *okeyy mengarut !* . Sangat-sangat rindu dengan laptop tambah-tambah lagi dengan nasi tambah blog yang hampir-hampir jadi mak lampir . Memang hidup sunyi tanpa laptop. Masa terbuang dengan menambah berat badan menghabiskan beras di rumah. 


At least, kalau ada laptop boleh berblogging. Dapat blogwalking. Dapat info-info menarik. Tak la beras habis seguni aku kerjakan . 


Kalau boleh setiap saat, minit, jam...aku nak update blog memanjang macam Abang Ben kita tuh. Cemburu tau selama 2 bulan ni tak dapat nak update blog macam korang-korang kat luar sana. Sangat-sangat cemburu. 


Nak update blog sampai lebam lubang hidung !


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi .

Laptop selamat seperti sedia kala....Tapiiii..

Assalamualaikum ^^


Hati banyak senang. Setelah kira-kira 2 bulan tak menyentuh laptop , nak menaip pun tangan dah kaku. Satu perkataan ambil masa duapuluhsaat . Siapkan entry kira-kira limajamsetengahsuku . Sangat memalukan. Macam budak baru belajar menaip. Inilah akibatnya bila berjauhan dengan laptop .


Dapat je laptop senyuman tak kering gusi !! Start laptop seperti biasa . Shutdown pun seperti biasa ...

Akan tetapi...


windows xp repair
Sumber : GOOGLE


Maksud gambar di atas ?

Nampak tak tools nak kasi repair tuh ? "window kena repair sebab laptop tak boleh nak shutdown macam biasa dan sebab stuck kat "windows is shutting down" .. Tapi tak jugak shut down shut down . 

So, kesimpulannya untuk membaiki terpaksalah repair window aku ni . Tapi masalahnya sekarang bukan tak pandai repair, PANDAI ! . Cuma cd window aku kosong. Laptop x dapat nak detect. Tunggu esok jelah selongkar cd window abang aku . Muahahahahahahahha *bertanduk*


Korang ingat aku tak pandai repair window sebab aku pompuan kerrr ? Jangan pandang sebelah mata tau . Sambil-sambil tu jugak aku godek-godek You Tube tadi tambahkan skill belajar tentang install, repair, and whatsoever ! Dapat jugak ilmu di dada :')



Sekian , terima kasih daun keladi , lain kali datang lagi :')


3.2.12

Aku dah lupakan BLOG ?

Assalamualaikum....


Tidak ! Aku langsung tak pernah lupakan blog. Antara alasan-alasan aku tak update blog selama sebulan *agakagak la* adalah seperti berikut :

  • Laptop aku rosak langsung tak boleh bukak lagi sejak sebulan yang lepas. And now sudah dibawa abang aku pergi untuk diperbaiki.
  • Masa nak update blog memang la banyak, tapi takkan nak update guna hempon kot. Agak-agak la..kalau aku ada GALAXY TAB takpe la jugak.
  • Aku sangat sebok dan memandangkan aku sudah mendapat tawaran sambung stadi kat UiTM Shah Alam bulan 3 ni, so aku akan fokus lebih sikit dengan stadi. Alhamdulillah :'D


Okey, sekian terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.