25.6.12

Kawen muda


 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 


Entah apekejadahnya pagi pagi buta menulis entry dengan cerita pasal kawen. Bukan gatal nak kawen tapi isu kawen muda sekarang semakin menjadi jadi. Semakin menjadi trend pulak aku nengok orang ramai kawen usia muda neyy. Eh, tak salah sebenarnya. Kalau dah jodoh awal, awallah kan ?



yang sebenarnya still tak dapat nak ulangkaji menjelang final exam neyy, sebab tu layan blog je dulu...



Beberapa bulan yang lepas, aku berpeluang untuk beli buku comel kaler pink neyy. Mula mula akibat tak tau nak beli ape dengan baucer free dua ratus ringgit tu, so aku buat keputusan nak beli buku ni sebab, pertama : kaler pink, kedua : buku neyy nampak comel dan cantek, ketiga : sebab tajuk yang menarik dan keempat : tiba tiba teringin nak beli, so aku beli lah.


Dan, sampai sekarang aku tak sentuh pun lagi buku. Apatah lagi nak baca. Huh, bab baca membaca neyy aku memang kurang sikit. Semangat bila beli tu bukan main lagi. Memang eksaited lebih nak baca. Bila buka buku tu terus niat terpadam. Jiwa aku memang bukan untuk membaca. Huh !

Bila tengok trend sekrang ramai yang kawen awal, bila difikir fikirkan memang banyak manfaatnya. Antaranya adalah syaitan menangis sebab manusia tak boleh nak buat maksiat. Dah sah kan ? Dan antara manfaat lain, maybe makin semangat kot nak study kalau yang kawen time study. Dan banyak lagi kebaikan lain.



Dan, yang menarik minat aku sekarang neyy, blogger famous muda lagi cantek nak kawen pada usia muda. 20 tahun beb. Memang muda lagi tu. Dan yang paling menarik minat aku adalah kad kawen dia yang sememangnya sangat unik dan menarik perhatian semua orang. Kreatif sangat nih.



Dah macam filem baru nak keluar aku tengok. Sape yang tak kenal Irine neyy memang ketinggalan zaman blogger kot *opsss sori kalau terasa* , first time aku baca blog dia dulu memang sampai sekarang aku tak pernah nak bosan. Sangat menarik family dia neyy. Boleh dijadikan contoh :')



Anyway, kawen awal macam best je. Erkkk =.="



24.6.12

Sharing is Caring


 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 




Jatuh sakit salah satu daripada penghapus dosa . Kalau jatuh sakit, ucaplah syukur alhamdulillah . 


♥ Love between mother and daughter ♥


 Assalamualaikum 



♥ Mom, i miss u..
♥ Mom, i love u..

♥ Mom, u are forever for me 


23.6.12

Final exam , OFFLINE ?


 Assalamualaikum 




FINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAM

FINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAMFINALEXAM


Student student U lain semuanya dah bertungkus lumus packing barang nak balik ke rumah masing masing. Tapi kami student UiTM ni, baru je nak merangkak ke musim final exam. Oh kesiannya ! Apa boleh buat, kalendar kita tak sama. Redha jelah.


Menjelang final dalam beberapa hari je lagi neyy, membuatkan aku rasa nak online memanjang bukannya nak offline. Haip ! Facebook, aku dah deactivedkan. Alhamdulillah ada kesedaran di situ. Twitter ? Tak beri effect apa apa. Blog ? Tak kot sebab tempat nak meluahkan rasa hati je.


Takkan nak simpan laptop kot menjelang final neyy, sebab Encik.GOOGLE amat penting kot kot nota x lengkap, boleh search je. kan? kan? kan? Kalau tak pun boleh search you tube kalau tak faham teori, sambil sambil tengok real dalam you tube.


So, kesimpulannya...?




Tak payah nak stress sangat kalau menjelang final exam , makin korang stress makin korang tak dapat nak jawab kan? So, lebih baik korang rancang dengan betol betol waktu study. Kalau rasa dalam keadaan stress jangan study. Studylah waktu jiwa tenang. Kalau boleh solat hajat jangan lupa. InsyaAllah, hati akan tenang.


p/s : Doakan aku untuk final exam start wednesday neyy :'D....

22.6.12

i miss my family

 Assalamualaikum 



i wish that my family is here right now. Missing u all damn much :'( Cannot wait to go home soon.


Forget the past, Focus on the present BY Wan Hazel

 Assalamualaikum 



Picture credit to Wan Hazel


Pagi pagi, online ternampak satu lukisan yang sangat menarik. Memang kreatif betol Abang Wan kita neyy. Then, bila difahamkan maksud disebalik, memang cukup bermakna bagi aku. Kita lupakan apa yang telah berlaku, anggaplah ianya satu cabaran bagi kita untuk masa akan datang. Ambillah iktibar daripada perkara yang telah berlaku, sesungguhnya ada hikmah di setiap yang telah berlaku.


 Fikirkanlah masa hadapan, jangan toleh belakang. Masa depan penting. Lupakan segala-gala yang telah berlaku kerna kalau diingatkan akan membuatkan kita rasa tertekan. 



Peringatan untuk diri sendiri. Alhamdulillah, aku berusaha untuk melupakan apa yang telah berlaku, ingat masa akan datang. Rancang apa yang patut. Alhamdulillah jugak perkara yang lepas telah menginsafkan aku. Alhamdulillah.


20.6.12

Alhamdulillah, rezeki.

Assalamualaikum ♥ 





Bulan ramadhan bakal menjelang lagi, alhamdulillah masih berkesempatan untuk merasa ramadhan yang bakal tiba. Tapi, sudahkah kita menggantikan puasa kita ?


Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga aku berpuasa ganti. InsyaAllah, esok puasa lagi. Dan aku bersyukur hari ni rezeki aku berbuka puasa dengan KFC. Dan rezeki aku dibelanja oleh lecturer aku sendiri. Alhamdulillah ♥ .




♥♥♥♥♥♥♥

  Assalamualaikum 



♥ Syukur Alhamdulillah Ya Allah 



18.6.12

Semester pertama END

Assalamualaikum



Setiap yang kita lakukan pasti akan ada penghujungnya. Selepas 4 bulan menempuh semester pertama sebagai budak degree, syukur Alhamdulillah, aku dapat menempuhinya dengan tabah walaupun terlalu banyak dugaan yang berlaku. Aku bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tabah.


Namun, di penghujung semester pasti akan membuat hati tak tenteram. Tatkala musim peperiksaan bakal berlangsung. Namun, dengan doa dan tawakal, dengan solat hajat, insyaAllah, hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah, baru2 ni dapat Hidayah dari Allah. Betapa lalainya aku selama ini dengan dunia tanpa memikirkan akhirat :'( Betapa lalainya aku hingga meninggalkan solat. Betapa banyak dosa yang telah aku lakukan sepanjang kehidupan ini.


Alhamdulillah, dengan solat sunat taubat, jiwa jadi tenang, tenteram. Kesabaran dapat dikawal, amat mudah memaafkan, syukur Ya Allah atas HidayahMu :'(



InsyaAllah, dengan berkat usaha selepas ini, dengan doa, aku berharap dapat melakukan yang terbaik.

Exam kerana Allah :')

Kesabaran membawa hikmah

Assalamualaikum


Alhamdulillah, kesabaran membawa berkat . Terima kasih Ya Allah . Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui .


17.6.12

Berubah kerana Allah

Assalamualaikum ..



Selamat hari bapa

Assalamualaikum..


Ayah,
ika nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah,
ika nak minta maaf banyak-banyak kalau ika pernah berdosa selama ni kepada ayah,
ika doakan ayah sentiasa sihat walafiat hendaknya,
ika janji ika akan membanggakan ayah suatu hari nanti,
ika akan sentiasa mendoakan ayah dimana jua berada,
ika minta maaf kalau ika membebankan ayah sepanjang ika hidup sebagai anak ayah,
ika minta maaf banyak-banyak..

Selamat hari bapa, ayah..
ika sayang ayah sangat-sangat..

14.6.12

Surah Yaasin

Bismillahirahmanirrahim....

[1]
Yaa, Siin.
[2]
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
[4]
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
[5]
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7]
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
[8]
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[10]
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.
[11]
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu ‘.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”.
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21]
“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]
“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”.
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
[31]
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
[32]
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[33]
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
[34]
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
[35]
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
[36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[41]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[42]
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
[43]
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
[44]
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
[45]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (mereka tidak mengindahkannya).
[46]
Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[47]
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
[48]
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,
[49]
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
[50]
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
[51]
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
[52]
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
[53]
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[54]
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
[55]
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
[56]
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
[57]
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
[58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
[59]
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
[60]
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[62]
“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63]
“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
[64]
“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”
[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
[67]
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
[68]
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
[69]
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
[70]
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
[71]
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
[74]
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
[75]
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
[76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
[77]
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79]
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
[80]
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”.
[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Ajal semakin hampir

Assalamualaikum..



Ajal dan maut di Tuhan. Kita tak tahu mungkin ajal kita hari ni, esok, lusa atau dalam masa terdekat. Entah kenapa sejak kebelakangan ni asyik terfikir tentang kematian. 

Ya Allah, adakah amalku sudah cukup ? 
Adakah pahalaku sudah cukup ?
Adakah aku layak untuk masuk ke syurgaMu ?

Tidak. Aku banyak dosa. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang aku hidup. Aku manusia biasa yang mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. Ya Allah, terlalu banyak dosa yang hambaMu ini lakukan. Aku berdosa kepada ibubapaku. Aku telah menyakiti hati mereka sepanjang kehidupanku. Aku berdosa ya Allah :'( Ampunkanlkah dosa hambaMu ini.



Adakah aku layak untuk berhadapan denganMu Ya Allah :'( Adakah ajalku semakin hampir ? Sesungguhnya aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini. Terlalu banyak perkara yang aku belum langsaikan. Dengan kesedaran ini aku berharap dapat mengubah segalanya dengan meminta maaf kepada semua orang. Aku berharap dapat menghapuskan dosaku selama ini.

Perkara pertama yang akan aku lakukan selepas ini adalah Solat Sunat Taubat. Ya Allah, permudahkanlah niat hambaMu ini :'(



Kemudian :

  1. Mak, ayah..maafkan anakmu ini sebab pernah meninggi suara kepada kalian sepanjang aku hidup. Maafkanlah anakmu ini kerana pernah menyakiti hati kalian. Maafkanlah anakmu ini kerana tidak menjadi anak yang solehah. Maafkan anakmu ini kerana tidak mendengar kata :'( Halalkan makan minum ika selama ni mak, ayah :'(
  2. Kepada sahabat handai yang pernah mengenali diri ini, aku nak minta maaf banyak banyak kalau ada salah dan silap yang tak sempat aku nak minta maaf face to face. Maafkan juga kalau aku pernah menyinggung hati korang tanpa aku sedar. Maafkan kata-kata yang pernah aku lemparkan tanpa sedar. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan :'( Halalkan makan minum aku selama ni.
  3. Kepada sesiapa yang aku pernah berhutang, halalkan k. Kalau ade hutang yang korang nak tagih baik bagitahu sebelum ajal aku datang. InsyaAllah, harap takde hutang lah. Kalau ada aku nak minta maaf banyak banyak sekiranya tidak dapat melangsaikan hutang tersebut.
  4. Kepada adik beradik aku, maafkanlah adikmu/kakakmu ini. Sesungguhnya aku pernah berkasar dengan korang. Aku pernah menyinggung hati korang. Aku melawan cakap korang :'( Maafkanlah aku :'(
  5. Kepada guru2/lecturer2 yang pernah mengajarku, aku nak minta maaf banyak2 kalau pernah buat salah dengan kalian semua. Terima kasih atas ilmu yang korang berikan kepadaku.
  6. Kepada seluruh umat di muka bumi ini, aku nak minta maaf banyak2 kalau aku pernah mengenali korang, pernah buat salah kat korang..maafkanlah aku agar aku tenang di alam sana nanti.

Mungkin aku malu nak minta maaf face to face dengan korang semua, tapi aku sejujurnya ingin meminta maaf dengan korang :'( Yang aku nak cuma aku nak tenang di alam sana nanti. Permudahkanlah segalanya bagiku dengan kemaafan korang semua. Mak, ayah..doakan ika nanti k. :'(


Aku nak minta maaf banyak banyak dari hujung kaki ke hujung rambut dengan korang semua. Aku harap kalau ajal aku dah tiba nanti korang akan baca isi hati aku ni. Mungkin aku tak dapat nak luahkan depan depan dengan korang. Mungkin aku hanya akan berdiam diri depan korang. Aku tak tahu ajal aku bila bila akan datang. Mungkin hari ni, esok, lusa,..tak siapa yang tahu. 

Adakah ini suatu petanda ? Hanya Allah yang dapat tentukan. Aku berharap selepas menaip luahan hati ini, ada kesempatan untuk aku menunaikan Solat Sunat Taubat. InsyaAllah, Aminn.

Aku taknak jadi hipokrit. Solat aku tak lengkap pun 5 kali sehari. Kadang2 aku hanya menunaikan solat asar, maghrib dan isya'. Aku berusaha untuk menjadi baik. Aku berusaha nak berubah. Aku harap perubahan akan berlaku dalam diri aku. Aku taknak termasuk dalam golongan wanita yang masuk neraka. Aku tak nak. Aku taknak diseksa di neraka. Tapi dosa aku terlalu banyak ;'(

Aku inginkan kemaafan dari korang semua :'( Aku nak bersemadi dengan tenang. Tak siapa tahu mungkin ini adalah penulisanku yang terakhir ? Ya Allah, sekiranya ajalku bakal tiba, aku terima dengan redha :'( Tapi sekurang-kurangnya aku ingin menebus balik dosa yang telah aku lakukan :'(

Kawankawan, maafkanlah aku :'(


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. 

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak