14.6.12

Ajal semakin hampir

Assalamualaikum..



Ajal dan maut di Tuhan. Kita tak tahu mungkin ajal kita hari ni, esok, lusa atau dalam masa terdekat. Entah kenapa sejak kebelakangan ni asyik terfikir tentang kematian. 

Ya Allah, adakah amalku sudah cukup ? 
Adakah pahalaku sudah cukup ?
Adakah aku layak untuk masuk ke syurgaMu ?

Tidak. Aku banyak dosa. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang aku hidup. Aku manusia biasa yang mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. Ya Allah, terlalu banyak dosa yang hambaMu ini lakukan. Aku berdosa kepada ibubapaku. Aku telah menyakiti hati mereka sepanjang kehidupanku. Aku berdosa ya Allah :'( Ampunkanlkah dosa hambaMu ini.



Adakah aku layak untuk berhadapan denganMu Ya Allah :'( Adakah ajalku semakin hampir ? Sesungguhnya aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini. Terlalu banyak perkara yang aku belum langsaikan. Dengan kesedaran ini aku berharap dapat mengubah segalanya dengan meminta maaf kepada semua orang. Aku berharap dapat menghapuskan dosaku selama ini.

Perkara pertama yang akan aku lakukan selepas ini adalah Solat Sunat Taubat. Ya Allah, permudahkanlah niat hambaMu ini :'(



Kemudian :

  1. Mak, ayah..maafkan anakmu ini sebab pernah meninggi suara kepada kalian sepanjang aku hidup. Maafkanlah anakmu ini kerana pernah menyakiti hati kalian. Maafkanlah anakmu ini kerana tidak menjadi anak yang solehah. Maafkan anakmu ini kerana tidak mendengar kata :'( Halalkan makan minum ika selama ni mak, ayah :'(
  2. Kepada sahabat handai yang pernah mengenali diri ini, aku nak minta maaf banyak banyak kalau ada salah dan silap yang tak sempat aku nak minta maaf face to face. Maafkan juga kalau aku pernah menyinggung hati korang tanpa aku sedar. Maafkan kata-kata yang pernah aku lemparkan tanpa sedar. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan :'( Halalkan makan minum aku selama ni.
  3. Kepada sesiapa yang aku pernah berhutang, halalkan k. Kalau ade hutang yang korang nak tagih baik bagitahu sebelum ajal aku datang. InsyaAllah, harap takde hutang lah. Kalau ada aku nak minta maaf banyak banyak sekiranya tidak dapat melangsaikan hutang tersebut.
  4. Kepada adik beradik aku, maafkanlah adikmu/kakakmu ini. Sesungguhnya aku pernah berkasar dengan korang. Aku pernah menyinggung hati korang. Aku melawan cakap korang :'( Maafkanlah aku :'(
  5. Kepada guru2/lecturer2 yang pernah mengajarku, aku nak minta maaf banyak2 kalau pernah buat salah dengan kalian semua. Terima kasih atas ilmu yang korang berikan kepadaku.
  6. Kepada seluruh umat di muka bumi ini, aku nak minta maaf banyak2 kalau aku pernah mengenali korang, pernah buat salah kat korang..maafkanlah aku agar aku tenang di alam sana nanti.

Mungkin aku malu nak minta maaf face to face dengan korang semua, tapi aku sejujurnya ingin meminta maaf dengan korang :'( Yang aku nak cuma aku nak tenang di alam sana nanti. Permudahkanlah segalanya bagiku dengan kemaafan korang semua. Mak, ayah..doakan ika nanti k. :'(


Aku nak minta maaf banyak banyak dari hujung kaki ke hujung rambut dengan korang semua. Aku harap kalau ajal aku dah tiba nanti korang akan baca isi hati aku ni. Mungkin aku tak dapat nak luahkan depan depan dengan korang. Mungkin aku hanya akan berdiam diri depan korang. Aku tak tahu ajal aku bila bila akan datang. Mungkin hari ni, esok, lusa,..tak siapa yang tahu. 

Adakah ini suatu petanda ? Hanya Allah yang dapat tentukan. Aku berharap selepas menaip luahan hati ini, ada kesempatan untuk aku menunaikan Solat Sunat Taubat. InsyaAllah, Aminn.

Aku taknak jadi hipokrit. Solat aku tak lengkap pun 5 kali sehari. Kadang2 aku hanya menunaikan solat asar, maghrib dan isya'. Aku berusaha untuk menjadi baik. Aku berusaha nak berubah. Aku harap perubahan akan berlaku dalam diri aku. Aku taknak termasuk dalam golongan wanita yang masuk neraka. Aku tak nak. Aku taknak diseksa di neraka. Tapi dosa aku terlalu banyak ;'(

Aku inginkan kemaafan dari korang semua :'( Aku nak bersemadi dengan tenang. Tak siapa tahu mungkin ini adalah penulisanku yang terakhir ? Ya Allah, sekiranya ajalku bakal tiba, aku terima dengan redha :'( Tapi sekurang-kurangnya aku ingin menebus balik dosa yang telah aku lakukan :'(

Kawankawan, maafkanlah aku :'(


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. 

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

No comments: