26.12.12

Final final final

 Assalamualaikum 





Menjelang final exam je mesti stress. Stress je mesti time final exam. Hmm..semangat nak study tu memang ada, lagi-lagi kalau ade orang yang mendorong kita untuk study., Alhamdulillah, even stress kadang-kadang disebabkan mood taknak study datang melanda, tapi tetap dapat diatasi. Nasib baik ade pendorong nak study. Thanks  :)




Hari neyy entahlah rasa macam stress semacam je, fokus nak study pun hilang. Hmm...nak cakap tak cukup tidur takdelah sampai macam ni sekali. Mungkin terlampau fikirkan masalah lain kot. Hmm...solat hajatlah malam neyy minta pertolongan dari Allah. Tak mampu dah. Berserah kepada Allah je. Semoga dipermudahkan.



Semoga peperiksaan pada kali ini berjalan dengan lancar. Amiin.


23.12.12

Bosannya :'(

 Assalamualaikum 




Semalam memang berpeluang jalan-jalan dengan kawan and kakak kawan. Pergi shopping kejap sebab dari haritu dah berkenan sangat dengan satu kasut wedges tu dekat Jusco Bukit Raja. Lepas tu balik agak lewat jugaklah malam tadi sebab tunggu teksi lame sangat. Adelah jugak hilang rasa boring.

Hari ni cube nak habiskan masa dengan berehat secukupnya before nak ulangkaji untuk final exam. Plan nak mula buat nota-nota dan ulangkaji esok. Malam ni nak kemas-kemas semua nota dan buku. Nak susun elok-elok baru la mood nak study tak diganggu. 

Niat dan semangat nak study untuk semester ni memang up sikitla sebab maybe termotivasi sikit dari semester lepas. Lepas tu pesanan mak ayah memang terngiang-ngiang di fikiran. Tak nak hampakan mak ayah. Kalau boleh nak buat mak ayah menangis kegembiraan melihat kejayaan aku suatu hari nanti. Insya Allah. Aamiin.

Tapi.....

Bila difikir-fikirkan, takkan la aku nak 24/7 menghadap buku je. Boleh giler jadinye. Terasa cemburu pulak bile tengok kawan-kawan balik rumah diorang, keluar dengan kawan-kawan diorang, jalan-jalan. Hmmm, ape boleh buat kan, kawan-kawan aku semuenye ade teman. Ade yang balik kampung, ade yang keluar dengan kawan, ade yang keluar dengan pakwe, ade yang spent time dengan family. Cemburunye :'(



Biarlah daku membawa diri keseorangan.....:'(



21.12.12

It's time to study

 Assalamualaikum 




Study Hard.

Final exam lagi dua minggu. Begitu cepat masa berlalu untuk semester ni. Rasa macam baru semalam je daftar degree. Rasa macam baru semalam je masuk kelas baru kenal kawan-kawan baru. Betul orang kata "masa itu ibarat emas" perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Bersyukur sebab semester ni berjalan dengan lancar even tekanan tu tetap ada. Nama pun student kan, stress tu kene ade. Huhu.

Memang banyak perkara yang berlaku sepanjang semester ni. Alhamdulillah. Kegembiraan tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata :) Terima kasih kepada kawan-kawan sekelas untuk sepanjang semester ni even aku baru masuk kelas diorang semester ni, tapi korang memang best. Bersyukur sangat-sangat.


Doakan aku untuk final exam dua minggu lagi k.
Till then....




19.12.12

Cemburu dan sayang

 Assalamualaikum 




Alhamdulillah i have them. Abang. Ibu. Ibu saudara. Sepupu. Anak buah.
Sangat cemburu sebenarnya seapabila melihat gambar yang diupload kakak ipar ni. Sangat cemburu jugak bila time call ibu meriah sungguh suasana bila didengar melalui telefon. Mana tak meriahnya dengan kelahiran anak buah baru, Aysha Zafirah. Mak teh sayang Aysha :) Dengan cerita ibu lagi, ramai sepupu-sepupu berambeh di rumah abang.

Yes. That's Dr. Juanda, Mufti Perlis. Tak sangka pulak abang Juanda sekeluarga balik Kuching. Maybe sebab cuti sekolah kot, dengan baby baru lagi tu. Ibu saudara pun ada. Memang meriah betul rumah abang semenjak lahirnya Aysha ni. Cemburu pulak rasa bila melihat family ramai-ramai macam ni. Huhu. Sedih sebab berjauhan dengan mereka-mereka ni. Ni baru je tak sampai suku pun. Setengah suku pun tak sampai kot, family aku memang ramai. Kalau menjelang hari raya memang riuh rendah dibuatnya. Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat sebab ada mereka.

Rindu pulak rasanya dengan mereka-mereka ni bila tengok gambar ni. Memang selalu aku kol ibu sebab cemburu tengok diorang ramai-ramai kat rumah abang kat sana. Bestnya. Takpe ika! Tiket balik Kuching kan dah beli dah 20 haribulan 1 ni. Bersabar jelah aku. Huhu :(

Tak sabar nak balik jumpa anak buah baru. Aysha, mak teh tak sabar nak jumpa Aysha. Aysha tunggu ya. Sebulan lagi mak teh balik :)



i love my big family :)

18.12.12

Grateful is everything

 Assalamualaikum 




Syukur alhamdulillah.
Tidak dapat kuungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dalam menempuhi dugaan hidup ini walaupun kadang-kadang kesabaran rasa tercabar. Alhamdulillah dapat dielakkan dan diredakan dengan membaca Quran. Sesungguhnya Quran dan aku tak dapat nak dipisahkan kerna kutahu betapa pentingnya Quran untuk menjadi pendamping tatkala menghadapi musibah agar aku dapat mengharungi liku-liku hidup ini dengan tabah. Agar aku dapat bersabar dengan dugaan yang Allah beri. Aku tahu dugaan ini datang kerna sayangnya Allah kepada hambaNya.  Alhamdulillah, syukur nikmat ke hadrat Ilahi atas doa yang diperkenankan oleh Allah.



Thanks Allah for everything i have.
Betapa sukarnya mengharungi liku-liku hidup sejak dua tiga minggu ini yang dipenuhi dengan hal-hal keduniaan. Akan tetapi, kewajipan kepada Allah tidak diabaikan kerna kutahu hanya kewajipan itu yang dapat menyempurnakan hidupku sebagai muslim. Thanks Allah for everything that i have. Alhamdulillah bersyukur dengan kehidupan yang Allah beri sekarang dengan insan-insan yang banyak membantu.





Thanks Allah.






17.12.12

Saudara

 Assalamualaikum 


Agak lama rasanya aku tak pergi ke kuliah agama, ceramah agama, mahupun forum dan yang sewaktu dengannya. Kalau kat sekolah agama dulu memang selalu sangat dengar ceramah agama. Tapi sekarang memang tak berpeluang langsung. Bukannya taknak pergi, niat tu memang ade, memang rindu sangat. Cuma takde kesempatan. Teman pun takde. Kalau ade yang nak ajak aku memang ON je. Sebab kadang-kadang kita sebagai manusia ni perlukan nasihat dan ilmu agama agar tak lalai dengan hal dunia. Memang tak dinafikan aku manusia yang cepat lalai dengan hal dunia sedangkan akhirat itu penting.




Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis.
Mungkin korang kenal. Mungkin korang tak kenal. Tapi yang pasti aku cukup kenal sebab sepupu aku. Tak kisahlah sepupu ke, keluarga ke,..tapi aku cukup bangga tengok kejayaan abang Juanda sekarang. Sana sini dia pergi. Kalau balik kampung apatah lagi, berebut je orang nak dia bagi ceramah, ucapan bagai. Tapi aku sendiri yang tak pernah nak berkesempatan hadir ke majlis ilmu dia. Huhu.



"Pertemuan dengan Perdana Menteri Palestine, Dr Ismail Haniyeh di Bandar Gaza"


Bila tengok gambar ni, then fikir balik kalau kat kampung terasa bersama dengan orang-orang ternama pulak *memang ternama pun*. Bukan ape, kalau jumpa sepupu/keluarga kita rasa macam dah biasa kan even diorang dah jadi mufti ke..dato' ke...Memang tak dinafikan, ade jugak rasa kekok sikit 0.01% lah bila cousin aku balik kampung sebab for sure kalau diorang ni balik kampung rumah aku yang jadi port. Hehe. Memang meriah rumah kalau diorang datang rumah. Mak ayah yang paling eksaited kemain nak prepare makanan yang sedap-sedap untuk diorang *makanan traditional kampung je*. Aku pulak jadi tukang masak dua puluh empat jam kat dapur. Anyway, aku happy kalau cousin cousin aku ni balik kampung, meriah rumah dibuatnye :)



Apa-apa pun, story tamat disini. Till then!


15.12.12

Welcome Aysha Zafirah sayang

 Assalamualaikum 




Hujung tahun ni, memang aku paling eksaited sebab bakal dapat anak anak bauh baru lagi yang ketiga iaitu anak kepada abang sulung aku. Anak buah first anak abang sulung aku lelaki nama Aqeel Zharif, then second anak buah perempuan anak kepada kakak aku, nama Amira Darwisha. Tanggal 13.12.2012, hampir-hampir nak 12.12.2012, kakak ipar aku selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel dengan lesung pipit sebelah kiri. Nama diberi Aysha Zafirah secantik orangnya. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang sayang Teh Ika semua. Nanti mak teh belikan ole-ole ye.


Welcome to the world sayang. Mak teh tak sabar nak jumpa Aysha.


Disebalik kelahiran anak buah perempuan baru ni, ada cerita. Actually, tarikh Aysha lahir ni sama tarikh dengan anak buah perempuan aku yang comel montel tu, Amira Darwisha. Memang tak sangka sungguh boleh sama tarikh. Ketentuan Allah kan. So, lepas ni takyah susah-susah nak ingat birthday sayang sayang mak teh ye. Mak teh sentiasa ingat.


Inilah kesayangan-kesayangan mak teh.

Aqeel Zharif2 tahun lebih



Amira Darwisha2 tahun lebih


Macam-macam gelagat anak-anak buah mak teh ni kan. Rindu pulak bila tengok gambar diorang ni. Mak teh lama dah tak jumpa diorang. Rindu sangat nak main dengan diorang.



Ni waktu kat kampung. Bestnya bila diorang semua balik bercuti time ni. Macam-macam kerenah diorang mak teh kena layan. Tapi best. Mak teh sayang korang :))



Comel sungguh anak-anak mak teh neyy. Nanti balik mak teh beli ole-ole okeyyy! Mak teh tak sabar jugak nak jumpa Aysha. Aysha baru lahir, mak teh nak jumpa balik cuti nanti :) Love u all sayang-sayang mak teh.


Till then....


14.12.12

Thanks Allah for everything

 Assalamualaikum 




Thanks Allah for everything.
Syukur alhamdulillah, minggu neyy berjalan dengan lancar semua kerja yang nak diselesaikan. Segala-gala assignment dan kerja-kerja semuanya dah dihantar. Cuma tinggal dua kerja je lagi then dua test menanti nextweek. Bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah permudahkan segalanya even stress melanda diri. Namun, tekanan diubat dengan membaca Quran. Memang mujarab.



Dua hari dah bertungkus lumus berusaha untuk menyiapkan proposal desertation untuk sem depan. Terima kasih banyak-banyak kepada lecturer, Dr.Zul yang banyak membantu aku dalam menyiapkan proposal neyy. Mula-mula memang rasa nak fed up dah sebab tak dapat nak fikir langsung pasal tajuk nak dibuat, tapi bila dah mendapat nasihat dari lecturer, keyakinan dan semangat tiba-tiba muncul. Keputusan nak ambik tajuk Law memang muktamad lepas fikir, plus minus advantage dan disadvantage, akhirnya nekad nak ambik Law relatekan dengan construction industry.

Sebab-sebab utama taknak ambik bahagian research adalah sebab for sure nanti kena keluar buat research, tanya situ sini, dan for sure jugak duit akan mengalir keluar macam air bila dah keluar buat research. Tambah pulak takda transport, so kena sewa kereta lagi, nak kene cari tempat lagi. Memang remeh. So keputusan nak ambik Law memang tepat sebab tak perlu ke sana sini nak buat research, tak perlu keluarkan duit untuk sewa kereta bagai. Cuma perlu buat case study cases yang berkaitan, then kena rajin membaca, cari maklumat through internet, journal, books and whatsoever. So, maybe money akan spend dekat bahagian buku je. Tu pun dah fikir panjang memang start cuti semester ni nanti nak beli buku yang berkaitan dengan Law dan desertation yang nak dibuat ni.

Lepas fikir panjang-panjang, ada advantagenya jugak aku cuba ambik tajuk berkaitan dengan Law ni. Memang sejujurnya aku ni seorang yang memang sangat malas nak membaca, mula-mula fikir dulu boleh ke aku nak ambik tajuk ni sedangkan aku ni malas nak membaca lebih-lebih lagi teori sedangkan Law memangmemerlukan a lot of reading and Expertise in English. Kalau calculation memang nombor satu la. Bila difikirkan balik, why not aku ambik keputusan nak ambik Law ni sebagai satu cabaran kepada aku untuk meningkatkan skill in english aku dan memaksa diri aku untuk rajin membaca. Siapa tahu mungkin dengan cara ni aku boleh ubah sikap malas membaca kepada rajin membaca. Why not kan? Tiada yang mustahil dalam dunia ni kalau diusahakan.

Okey, lets jump to another topic. Actually aku nak citer tentang proposal yang kitorang nak kene hantar pagi tadi. Punyalah last minute buat kerja, memang dalam sejarah rasanya buat pertama kali aku buat kerja last minute sebab aku jenis yang tak suka tangguh-tangguh kerja. Dalam masa dua hari je aku cuba siapkan proposal ni. Semalaman sampai jam 3 pagi aku berjaga untuk siapkan kerja dan alhamdulillah dapat gak siapkan. Member-member lain memang for sure berjaga jugak untuk siapkan proposal diorang sampaikan ada yang kelihatan agak tidak betol di facebook gara-gara proposal ni. Haha! Memang tergelak sorang-sorang aku tengok post dan komen diorang dekat facebook.

Syukur sebab semuanya dah selesai. Macam-macam kejadian yang berlaku berlaku before nak submit proposal ni. Haha! Kalau dikenang memang boleh buat senyum sorang-sorang :)) Habis je presentation dan submit proposal pagi tadi, balik rumah dah tak tau nak buat ape. For sure pergi sambung tidur sebab nak tebus tidur semalam. But, before tu terasa tiba-tiba rajin nak membelek album yang tebal dengan 4 inci habuk dalam kotak. Bila bukak je album ni, nak tergelak pun ade bila terkenangkan dan melihat gambar-gambar dua tiga tahun yang lepas.




Macam-macam ragam aku dulu ye. Gambar sana sinilah. Dah macam model pun ade *sila muntah cepat-cepat* Errkk ! =.=" Aku memang jenis yang suka bergambar sebab bagi aku "picture is story, story is memory". Gambar-gambar semua tu aku akan cuci or print out then simpan dalam album sebagai kenangan but not all picture la, certain-certain picture yang aku pilih je. Sebab bagi aku semua ni kenangan yang takkan aku lupakan sebab disetiap semua gambar ni ada cerita disebaliknya. Kalau ade boyfriend for sure aku akan buatkan satu album khas untuk kitorang (feeling jiwang) *kalau ade boyfriendla,sayangnya takde* Kesian je bunyiknya. Haha. Takpe, aku percaya pada jodoh dari Allah :)

Lepas membuang masa dengan album ni, layan matalah pulak sebab mata tersangat mengantuk bagaikan disilotepkan sampai tak mampu nak bukak mata *okey tipu!* Tidur kejap je sebab petang tu dah janji dengan kawan nak pergi menshoppingkan diri. Alaaa, shopping dalam Uitm Mall je. Haha! 





Tengoklah hasil daripada menshoppingkan diri dekat Uitm Mall petang tadi. Motif sebenar pergi shopping ni adalah untuk menghilangkan tekanan jiwa dan raga yang dialami dalam menyiapkan proposal. Sekian, terima kasih. *memang tak boleh blah* Mula-mula niat cuma nak beli tudung syria je, tup tup TERBELI pulak dua jersi dan satu skirt. Memang tak boleh tahan nafsu sebab harga murah. Haha. Tapi memang puas sangat-sangat lepas shopping, hilang segala stress aku lepas dapat beli semua neyy terutamanya green skirt tu. Pergghh, punyalah lawa!



Till then..
Pray for me final exam next 2 week from now :)





11.12.12

Di suatu pagi...

 Assalamualaikum 





Di suatu keheningan pagi, kelas bermula seperti biasa tepat jam 8.30 pagi. Tiba-tiba kedengaran sesuatu bunyi yang sangat mengganggu ketenteraman jiwa dan raga serta mental dan fizikal kitorang nak study. Fuhh! Kussssemangat !! Bukan setakat kitorang yang stress, dengan lecturer-lecturer sekali yang stress sebab diorang buat renovation nak pasang tiles untuk laluan depan kelas.

Last-last, second class kitorang pun berhijrah ke tempat lain untuk meneruskan pelajaran yang terganggu. Mula-mula nak study bawah pohon dedaunan yang menghijau, tapi agak sempit, lepas tu suggestkan tempat kat tangga nak turun parking fspu. Perghh..memang terbaiklah tempat ni nak study.


"..dr..lain kali kite study sini jelah k ? ".... =.=" (dengan harapan dr. membaca blog aku. HAHA!)





7.12.12

Broga Hill + Gunung Tok Wan + Hutan Lipur Sg Tekala + Gunung Datuk

 Assalamualaikum 



"...sila tarik nafas panjang-panjang before baca entry kali ni sebab tengah balas dendam dua minggu tak dapat nak update blog...Fuhh! Lega..."
.......................................................................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.......................................................................................................

Perjalanan yang sungguh mencabar dalam masa dua minggu. Syukur alhamdulillah Allah beri aku kesempatan bersama kawan-kawan untuk merasa nikmat keindahan berada di puncak gunung untuk pertama kalinya dalam hidup aku yang selama ini aku impi-impikan. Sebelum ni memang selalu berangan nak masuk hutan..nak naik bukit...nak naik gunung ala-ala macam dalam muvie/drama, dan akhirnya angan-angan aku telah menjadi kenyataan. Sangat menyeronokkan sebab ade kawan-kawan macam mereka yang sangat sporting dan best. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat kenal mereka semua ni.

Memang pengalaman yang tak dapat nak dilupakan. Dalam masa dua minggu je kitorang boleh pergi ke (4) empat tempat ni, Broga Hill, Gunung Tok Wan, Hutan Lipur Sg Tekala dan Gunung Datuk. Gunung Datuk menjadi destinasi terakhir kami. Memang sangat best! Terbaik! Tempat yang sangat indah untuk dinaiki dan dilawati. 


"...nak honeymoon nanti mendaki bukit boleh?... =.=""


Actually, dua minggu yang lepas sepatutnya aku update pasal entry neyy. tetapi memandangkan blog aku buat hal nak upload gambar, melebihi quota katanya, tersangatlah frust! Kemain eksaited lebih lagi aku nak menaip entry ni, tup tup tak dapat nak upload gambar. Amat sedih sekali. Tapi takpe, kali ni entry panjang teramat sangat dengan ceritera-ceritera dan gambar-gambar yang aku nak kongsikan. Sampai terbeliak mata korang tengok gambar-gambar entry kali ni @.@



Lets story begin....



25/11/2012 

Location: Broga Hill, Gunung Tok Wan, Hutan Lipur Sg Tekala

Tepat jam 03:00 pagi, aku dengan kawan-kawan berkumpul di petronas Seksyen 7 Shah Alam. Dengan menaiki (2) dua buah kereta kami meneruskan perjalanan untuk hiking dan trekking seperti yang telah dirancang last minute. Actually kitorang tak rancang pun, main ajak-ajak then decide time, hari..pastu main redah je. Waktu ni 7 orang je kitorang yang pergi sebab nama pun perancangan last minute kan? So, ramai yang nak ikut ke tak..nak ikut ke tak..last-last 7 orang je pergi, aku, wani, aan, nabil, jimmy, irfan, dan meor.

Dalam perjalanan ke sana, memang riuh rendah betul dalam kereta aku sorang je perempuan, yang 3 lagi tu lelaki classmate aku semue. Aku caye diorang boleh jaga aku ibarat adik diorang (chewahhhh !!) kononnya. Sebab aku tahu diorang ni lelaki-lelaki yang gentleman dan bertanggungjawab. Haha! Punyalah riuh dalam kereta time tu asyik dok nak tergelak je aku dengan diorang ni. Memang happening sungguh. Layan lagi dengan karaoke lagu lame dalam kete tu memang syiokkk habis beb!...

Dalam perjalanan memang macam-macam kejadian pelik yang berlaku buat aku dok tergelak macam nak kelur usus perut kawe neyy. Fuhh! Kusssemangat!! Dengan melayan mat rempit lagi, sekali lagi aku tegaskan "melayan mat rempit okey".. terasa macam nak terkeluar jantung aku nengok diorang merempit macam-macam aksi, aksi batman, spiderman,..superman pun ade, dengan lawak roadblock polis lagi, dengan bunyi riuh dalam kete lagi. Fuhh! Happening bebeno...

Jam 04:00 pagi kitorang sempat lagi melepakkan diri di kedai mamak kira-kira dalam setengah jam lebih. Dok borak-borak then berangkat untuk meneruskan perjalanan. Sampai je Broga kitorang terus siap-siap pasang kasut dengan gigihnya even hari masih gelap, tanpa buat senaman main redah je naik. Memang semputla kitorang. Haha! Memang menyesal habis aku tak bawak torchlight time tu, dengan bantuan lampu suluh kawan je dan lampu kelip-kelip yang tak berapa nak menolong dari handphone, tetap gigih hiking. Memang tak best sungguh pegi hiking tak bawak torchlight. Main redah je dalam gelap. Huh! Takpe, torchlight aku dah beli dah. Haha! Punyalah semangat dah aku sekarang ni nak pergi hiking and trekking :)

Aku dah malas nak membebel panjang-panjang, meh sini aku share gambar-gambar kitorang pergi hiking Broga Hill, trekking Gunung Tok Wan dan mandi di sungai Hutan Lipur Sg. Tekala. Lepas ni aku sambung membebel-bebel pulak :)

.
.
Mula-mula eksaited kemain lagi nak hiking Broga...energy pun masih kuat semacam je..bila dah naik semua semput...
.
.
Berhenti berehat seketika sebab energy masing-masing tak sama...hehe...
.
.
Subhanallah! Allahuakbar!

Sungguh indah ciptaan Allah. Memang tak sia-sia pergi hiking ni dapat menginsafkan diri seketika dengan menghayati keindahan alam...
.
.
Kewajipan sebagai seorang muslim tetap tidak dilupakan. Solat subuh boleh dilakukan dimana-mana. Kitorang berhenti seketika dalam perjalanan atas bukit ni untuk mengerjakan solat subuh.
.
.
Selesai solat subuh...
kitorang meneruskan perjalanan dengan menghirup udara yang segar + sejok di pagi subuh..
.
.
Tiga jejaka kelas aku yang join hiking neyy.... :))
.
.
Pendakian yang agak jem waktu ni sebab ramai giler kot yang hiking..macam jem jalan raye je...
.
.
Penat lelah akhirnya berbaloi jugak bila dapat menghayati pemandangan matahari terbit di waktu pagi. Nak tengok sunrise katanya...
.
.
Akhirnya kami sampai di puncak bukit broga.....Weeeeeeeee (^________^) !
.
.
Indahnya ciptaan Tuhan kan ?
.
.
Okeyyy, abaikan gambar blurrrr.....
.
.
Ramaikan yang pergi hiking bukit broga ni....no wonderlah boleh jem nak naik bukit ni...
.
.
Perghhh..terbaikla shoot neyy...
.
.
Saat menunggu sunrise katanya...
.
.
Main api pulok dah mamat neyy....
.
.
Amboi! Posing sampai terbaring-baring yeeeee..
.
.
Tak dapat kuungkapkan dengan kata-kata, betapa indahnya ciptaan Tuhan.
.
.
Subhanallah ! :)
.
.
Time ni dah nak masuk hutan naik gunung tok wan pulak lepas menguasai puncak broga. Hehe :))
.
.
Alahai krem pulak kaki..hehe :))
.
.
Dalam perjalanan yang sungguh gigih dan kental mengharungi onak dan duri untuk mencapai puncak gunung tok wan :p
.
.
Pedang samurai kementot untuk safety katanya....:))


Berhenti seketika untuk bergambar. Time ni sikit je lagi nak sampai.....
.
.
Penat yeeee ?
.
.
250m ibarat 25000000km. Macam pentipu pulak nengok tanda ney....punyalah semangat dah kitorang tengok 250m, sekali jalan punya jalan tak sampai2....haha...kesiann...
.
.
Over confident pulak! Abaikan gambar sebelah kiri *Bendera terbalik pulak dah*
.
.
Dengan air kemenangan dan bendera kemenangan! Haha!
.
.
Alahai bro!! Bukan main lagi dengan kain pelekat duduk bersila menjamu selera yeeee! 
.
.
Sesi beristirehat yeee selepas 5 jam menaiki bukit dan gunung. Penat memang tak dapat nak ungkapkan lagi. Haha....sampai tertidur-tidur di puncak ni.
.
.
Sesi berehat dan makan-makan.
.
.
Dah puas berehat, masa untuk berkemas pulak untuk balik..
.
.
Punyalah lama 3 jam nak naik gunung tok wan dari broga ni, bila turun ambik masa 50 minit je =.="
.
.
Posing untuk turun balik dari broga hill pulak.
.
.
Memang cantik sampai tak terkata tengok view tengah hari terik dari broga hill neyy. Sumpah cantek sangat beb!
.
.
Punyelah garang anjing polis ni. Semua ketakutan macam nak terjun gaung je!

Actually, ade kisah disebalik bersama anjing dan tuannya ni. Alkisahnya berbunyi begini..waktu kitorang nak turun dari broga neyy, terserampak dengan abang and kakak yang bersama anjing neyy. Sempat lagi kitorang berkenalan seketika dengan diorang before nak turun tengah hari tu. Siap kakak tu nak ambik gambar kitorang lagi. *Gambar lebih kurang macam nilah* Lepas siap bergambar, tup tup kakak tu cakap "esok jangan lupa beli KOSMO k"...Punyalah eksaited kitorang time balik tu lepas kakak tu cakap macam tu, siap dah berangan muka nak keluar newspaper esok. Haha.

Sehari kemudian, kitorang punyalah eksaited nak tengok paper KOSMO tu, aku siap semangat lagi pergi shell semata-mata nak beli KOSMO. Tup tup, cari punya cari, belek punya belek paper tu, takde. Okey sedih. Nak menyenangkan hati, kitorang assume maybe bukan paper hari ni kot. Esok cuba beli lagi. Dan punyalah rajin aku pergi beli lagi paper KOSMO, before neyy tak pernah pulak nak pegi beli. Terajinlah pulak. Lepas beli tu takdelah pulak. Okeyy kecewa sekali lagi. Fed up dah nak tengok, suatu hari membe tag KOSMO online dekat facebook. Kemain eksaited lagi neyy nak baca, sekali tengok gambaq kitorang tak letak pun. Okeyy tersangatlah sedih!!

...end of story about kosmo...


Ni view dok feeling nak buat filem Tamil versi drama katanya! Scene tari menari di bukit bukau. Haha!! Nice view kan?
.
.
Memang rugi kalau tak join hiking broga hill neyy. Sumpah cantik sangat pemandangan di waktu tengah hari.
.
.
Anda gayat nak naik/turun broga? Kalau anda mengidap segala penyakit jantung, asma, kusta, angin ahmar.....dan yang seangkatan dengannya...sila jangan naik! HAha....
.
.
Alhamdulillah dah selamat naik dan turun. Memang turun berat badan yeeee...
.
.
Tanpa membuang masa, kitorang terus pergi bermandi-manda di air terjun hutan lipur sungai tekala. Punyalah sejok beb air die. Fuhh! Bergetaq-getaq seluruh badan mak!! Haha...punyalah eksaited dengan peluh-peluh badan sakit pergi terjun mandi sungai situ, memang badan ibarat terkena strok lerrr!
.
.
Agak ramai jugak orang berkelah dengan family diorang time neyy. Terasa jeles pulak bila nengok family ramai-ramai pergi beriadah ke tempat macam neyy.
.
.
Syookkknya mandi air terjun tak berapa nak terjun neyy. Sejookkk weii !!


kenangan yang takkan dilupakan....



25/11/2012 

Location: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.







"....well prepared kepada sesape yg nk pegi. ini bukan tok wan. ini datuk tok wan...."
Suara-suara sayup kedengaran memberi pesanan...


Selepas kitorang pergi hiking Broga Hill dan trekking Gunung Tok Wan haritu, kitorang rancang pulak untuk week seterusnya nak naik trekking Gunung Datuk iaitu gunung kepada Datuk Tok Wan. Haha! See gambar keratan akhbar kat atas tu, ni news dalam minggu kitorang rancang nak pergi trekking Gunung Datuk, hari rabu kalau tak silap kejadian neyy. Memang mengganggu mental betol time ni sebab fikir dua tiga kali lagi nak teruskan rancangan ni ke tidak. Punyalah ramai yang naik ikut pada mulanya, tinggal sepuluh orang je yang tinggal nak join. Haha!

Keratan akhbar ni memang cukup menakutkan bagi sesiapa yang tak kuat mental dan fizikal. Aku ok je, cuma yang buat aku ubah fikiran balik nak join ni sebab sabtu tu ingat nak pergi buat latihan kayak. Tup tup tak tahan dengan godaan mebe-membe suruh aku join, ape lagi...cairlahhhh beb! Haha! Aku memang teringin sangat pun nak ikut. At last aku tetap jugak join. Aku jenis yang senang je nak rondeng, kalau takde pape hal, aku on je. Memang for sure aku ikut. Tak banyak songeh beb! :)

Bincang punya bincang, akhirnya mendapat kata putus 10 orang yang join nak trekking Gunung Datuk. Memandangkan ramai yang join, ajk transportation dah uruskan kenderaan untuk kitorang pergi sana. Dengan menaiki dua buah kereta je, kancil dan wish, cukup untuk memuatkan kitorang, 3 orang naik kancil, 7 orang naik wish. Memang riuhlah kitorang dalam kete time tu. Tersangat happening beb! Best dapat kenal diorang semua ni :))

Perjalanan yang bermula dari jam 10.45 malam, kitorang mula berkumpul dan dalam jam 11.30 malam baru nak gerak meneruskan perjalanan. Seperti biasa kitorang akan melencong sekejap dalam perjalanan tu. Malam tu kitorang melencong ke Downtown Serdang dengan membeli kasut hiking baru sorang satu. Semua beli baru okey. Price murah je rm10. Kasut tu memang sesuai sangat untuk trekking. Kasut getah. Sangat selesa.



Okeyy sempat lagi singgah Downtown serdang untuk membeli kasut hiking. Konon pada mulanya nak singgah makan je, tersinggah sinilah pulak dengan masing-masing membawa kasut getah berharga rm10 :)
.
.
Cuba jangan tak cuba, semua beli kasut yang sama okeyy :))
.
.
Eh! Ada halimunan pulak dalam gambaq neyy. Kenderaan yang kitorang naiki untuk pergi trekking neyy.
.
.
Perghhh...semangat siot KEPALA trekking kitorang neyy. Hehe.."Abang comel namanya"
.
.
Persinggahan yang pertama...
.
.
Berehat seketika dengan coklat :)
.
.
Dah nak sampai neyy.......................
.
.
Akhirnya...selepas mengharungi liku-liku bukit yang sangat curam, kitorang nak sampai puncak dah..akan tetapi, tangga-tangga yang sangat menguji mental menunggu sebelum sampai ke puncak.....Hehe..
.
.
Indahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......Subhanallah!!
.
.
Neyylah gua bawah puncak tu...1st time tengok gua =.=" Kesiann.

Antara orang terawal yang sampai ke puncak team kitorang time tu. Lepas tu aku. Hewhewhew.
.
.
Gayat?? Gaung neyy bebbb...
.
.
Antara adik-adik yang join trekking time neyy, ketakutan nak naik tangga. HAha..
.
.
Kenangan beb! Ambik gambaq sat dengan diorang neyy...peramah betol adik-adik neyy...
.
.
Anda gayat? saya tidak gayat..haha...
.
.
Kene fikir dua tiga kali dulu ye kalau korang nak naik gunung datuk neyy....
.
.
Tangga neyy lagilah gayat beb. Siap goyang-goyang lagi....
.
.
Beribu-ribu batu diharungi..kononnya....
.
.
Okeyyy....gambaq dah tak teratur dah. Dah malas nak atur dah. Neyy gambaq before kitorang trekking pagi tu. Ni masih dalam perjalanan kitorang singgah petronas dulu. 
.
.
Air terjun tempat kitorang terjun mandi lepas trekking.
.
.
Dalam hutan. Hehe :))
.
.

Smart giler gambar kitorang kat atas puncak gunung neyy. Jangan jeles yeeee!! Sore eye katanya...
.
.
1 Malaysia!! Haha...
.
.
Punyelah berani duduk tepi gaung. Haha...Gagah perkasa gadis-gadis ini..
.
.
menghayati keindahan alam katanya...
.
.

Okey gambaq parkinson!!
.
.
Neyy before kitorang nak turun. Time turun gunung neyy punyelah ramai orang naik. Nasib baik naik awal kalau tak memang jemlah...
.
.
Syokknyaaa air terjun neyy. Derass sungguh!

Actually, ade kisah di waktu subuh kitorang nak pergi trekking ney. Punyalah lawak kisah neyy. Kitorang sampai gunung datuk kira-kira jam 3 pagi. Disebabkan tak boleh nak trekking pagi-pagi buta, diorang tak benarkan, so kitorang pun melelapkan mata dulu dalam kereta sampailah suatu pagi subuh tuuuu.....



Ade student kolej yang sedang kem di gunung datuk rembau negeri 9....


Tiba-tiba bunyi mikrofon kedengaran menyebabkan kitorang terbangun....

Announcementnya berbunyi begini..

"Bangun bangun bangun...kalau tak bangun bangun...innalillahiwainnalillahiroji'un..."


** Kitorang yang tidur dalam kereta pagi tadi automatik terus terbangun dengar pengumuman ni -.-" **


Haha! 


Sekarang, aktiviti sukan dan rekreasi kelas aku ade (2) dua, first badminton yang akan di set tiap-tiap minggu. At least sekali seminggu kitorang akan turun main. Kalau ade masa free je kitorang akan turun main nak releasekan tension. Second riadah adalah hiking and trekking ke bukit or gunung. Aktiviti ni dah kira tiap semester akan dibuat. Tapi baru-baru ni dah dua kali dalam sebulan kitorang pergi. Memang hebatlah!




Puas hati aku update blog kali neyy :)) Thanks banyak-banyak kawan2 sebab bawak aku pergi hiking dan trekking. Seronoknyaaa :))