7.9.14

Cinta


Cinta. apa itu cinta?


kadang-kadang orang bercinta kerna suka. kadang-kadang orang bercinta kerna sunyi. cinta. ayat yang penuh dengan dugaan hidup. memang aku x lepas dari kehidupan yang bernama cinta. ya aku pernah bercinta. itu dulu. sekarang aku rasa ingin jauh daripada cinta. kerna aku tahu aku belum layak untuk mengerti apa itu cinta. hati dan perasaan yang sentiasa berubah-ubah membuatkan aku tewas. membuatkan aku tidak tetap pendirian. kadang-kadang terasa diri ni x layak untuk bercinta.


kenapa perlu aku lalui semua ni?


perasaan tu sukar nak dielakkan. hanya sekadar suka. tapi rindu rasa kuat dihati. kadang-kadang terfikir macam mustahil si dia ni si dia tu akan jadi jodohku. kadang-kadang terfikir layakkah aku untuk dia? hmmm.... hadirnya dia di kehidupanku, adakah akan muncul sekali lagi nanti?

Dugaan hidup


Tanggal 31 Ogos. Jam 11 malam, diri ini diuji dengan kesihatana yang kurang memuaskan. Masuk hari keempat demam. Hari pertama demam panas Allah je tahu perasaan menahan sakit waktu tu semalaman tak dapat nak lelapkan mata hinggalah ke pagi jumaat. Kurang sikit derita sakit lepas makan ubat. Sempat hantar handphone rosak ke midvalley. Balik je sakit pun datang balik. Demam lagi. Kali ni badan terasa lemah sangat. Waktu malam badan terasa panas. Hanya mampu bertahan sehinggalah hari keempat, hari ahad. Badan terasa lemah dengan keadaan 2 hari x makan, Selera memang xda langsung. Dan malam tu muntah dengan teruk dan akhirnya darah yang keluar...

Ya Allah, apa yang terjadi terhadap diriku.

Badan terasa lemah teramat sangat. Kepala pening. Badan terasa panas. Lantas kawan bawak ke hospital klang, hospital tunku ampuan rahmah. Pergi ke bahagian emergency. Prosedur waktu tu memang agak banyak dan memakan masa sampai pagi. 3 kaunter dan akhirnya jumpa doktor. doktor ambik darah. kemudian.....

Doktor sahkan aku demam denggi. Ya Allah luluh rasa hati bila dengar doktor cakap macam tu dan malam tu jugak terpaksa kena tahan di wad. Hati sedih. Air mata mengalir. Tak terucap dengan kata-kata bila nak dimasukkan ke wad. Allah. Dengan keadaan badan yang lemah. Mungkin ini bahagianku. Aku redha. Sesungguhnya Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk diriku.

Hari berlalu pergi...5 hari berkampung di hospital dengan keadaan yang jauh dari keluarga. Kadang-kadang rasa sedih bila terpaksa sorang-sorang di hospital. Bernasib baik sebab ada kawan-kawan yang datang menziarahi, yang banyak membantu, tolong bawakkan air, sediakn pakaian semua, bawakkan makanan. Ya Allah, terima kasih hadirkan insan seperti mereka. Aku bersyukur.

Kehidupan di hospital tiada siapa yang suka bila terpaksa makan makanan yang kita x suka. Tapi aku redha kerna ini yang telah tertulis buatku. 5 hari cukup memberi kenangan pahit dan manis buatku. Alhamdulillah dengan layanan yang baik oleh jururawat dan doktor2 kat hospital klang di wad G3. Syukur sebab semuanya baik-baik belaka. Sehari kena ambik darah sebanyak 4 kali. Tangan kebas dah hari-hari terpaksa kena cucuk dengan jarum. Sakitnya Allah je tahu. Kerna terpaksa demi kesihatan. Kenangan tinggal di wad hospital takkan kulupakan. Cukup 5 hari doktor benarkan aku balik. Memang banyak cerita kenangan sepanjang di hospital. Biarlah kusimpan jadi memori. Ada tawa, ada duka. Hanya mampu tersenyum.


Belum selesai dengan masalah denggi aku diuji pulak dengan dugaan kesihatan yang lain. Yang setelah sekian lama ku ingin rungkaikan. Masalah yang selama ni ingin cari jalan penyelesaian. Masalah senggugut teruk. Selama ni memang teringin sangat nak buat ujian ultrasound sebab dulu waktu form 2 pernah jugak scan dan mengalami satu masalah apabila doktor sahkan ada "something? kat bahagian perut aku. Tapi waktu tu aku x ambil kisah sangat. Tapi sekarang setelah genap 10 tahun berlalu, aku sedar yang segala-galanya berpunca dari "something" tersebut. Akhirnya petang lepas discharge dari hospital pagi tu aku nekad jugak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bahagian perut aku di klinik swasta. Kalau nak diikutkan proses hospital kerajaan memang sangat lama. Aku nekad. Aku pergi buat medical check up. Allah!

Sekali lagi aku diuji.

Doktor sahkan lagi terdapat sesuatu seperti darah beku ataupun darah terapung di bahagian perutku. Aku x terkata apa-apa. Doktor sarankan aku pergi ke bahagian emergency department hospital yang sama lagi untuk rawatan yang selanjutnya. Doktor kelihatan risau dengan keadaan aku. Doktor risau sesuatu yang serius akan berlaku. Sampai sahaja bahagian emergency, aku diperiksa walaupun terpaksa menunggu lama dalam keadaan yang memeningkan. Kemudian, doktor bahagian emergency pun x dapat nak buat keputusan bila melihat hasil ujian. Aku akhirnya ditolak ke bahagian sakit puan. Sampai sahaja bahagian sakit puan, aku discan lagi. Tapi,.....doktor x dapat nak detect benda tersebut. Berkemungkinan disebabkan oleh keadaan yang x menahan kencing. Doktor putuskan tiada apa2 yang berlaku. Dokotor benarkan aku balik. Aku x puas hati. Aku nekad lagi untuk membuat pemeriksaan balik isnin ni selepas appointment cek darah nanti. Aku cuma berharap sakit ni dapat dirawat. Mungkin semalam doktor x nampak, tapi sebenarnya benda tu memang ada. Aku jadi takut. Aku takut sesuatu akan belaku terhadap diri ni.

Allah je tahu bagaimana rasanya risau dengan kesihatan diri ni. Semalam doktor siap tanya lagi kalau ada ahli keluarga terdekat yang mengidap penyakit kanser. Aku takut. Takut dan sangat takut. Doakan aku.




Allah dah tentukan segala-galanya buatku. Siapa aku untuk mempertikaikan apa yang bakal dan sedang berlaku. Mungkin ini bahagianku. Aku hanya anggap ia penghapus dosa-dosa yang telah aku lakukan. Ia hanyalah dugaan bagiku untuk terus bersabar. InsyaAllah.


Aku tahu aku kuat.

14.8.14

New Life

Allah.

Terkadang rasa macam baru semalam je update blog. Rupanya dah berkurun lama blog tak disentuh apatah lagi nak update bagai. Sungguh cepatnya masa berlalu. Kadang-kadang bila terkenang zaman kegemilangan berbloging dulu, mak ai punyelah banyak idea bagai dicurah ke ladang gandum. Cerita sampai ke akar umbi. Tak putus-putus idea nak menulis blog. Sekarang jangan nak diceritakan, 2014 dah...zaman kegemilangan dulu zaman tahun 2008..haaaa, nampak x beza tahun tu...

Dulu, bloglah tempat meluahkan perasaan, blog jugak tempat bercerita. Sekarang sibuk dengan kerja memasing sampaikan dah x ingat langsung ade blog. Dengan adanya entry kali ni terasa nak luangkan masa yang ada dengan kembali menulis apa yang terbuku kat hati ni. Agak stress jugak diri ni kekadang, stress dengan kerja yang tertunggak, stress nak jaga perasaan orang lain sampaikan nak kelihatan cool pun tak boleh dah. Tapi bila fikir balik, semua ni dugaan. InsyaAllah nanti senanglah.

Umur dah semakin meningkat. Nak cakap x fikir pasal kawen ni memang tipulah kan. Sekarang memang dah trend kawen muda. Nak diikutkan bukannya nak ikut trend sebenarnya, tapi nak elakkan maksiat. Yelaa, daripada jalan dengan pakwe tanpa ikatan baik ikatkan dengan ikatan yang sah. Ye tak? Perancangan ke arah tu memang ade dah sekarang since last sem degree lagi. Just sekarang tunggu pihak lelaki stabil dengan kerjaya die baru boleh set date. Bukannya boleh buat sebarang hal macam ni, perlukan perancangan yang sangat rapi. Maklumla sekali seumur hidup kan. Lain la kalau nak kawen banyak kali. Hehe.

Perancangan memang dah ada. Dari tunang sampai kawen. Dari design hantaran, warna baju tunang kawen dan design baju saya sendiri akan design. Design pun dah ada dah. Just sekarang nak pegi beli kain je lagi and cari butik yang boleh realisasikan impian ni. Hantaran pulak dah tau nak beli kat mane just tunggu bajet je lagi. Yang tak sabarnya nak beli kain untuk buat baju tunang dan kawen. Actually family belum tahu lagi. Just nak buat preparation awal untuk semua ni nanti bila dah announce xdelah nak gelabah urus sana sini. Sebab tu perancangan tu amat penting.


Dah taip panjang2 tiba2 terdelete. Malas dah nak taip balik. K bye.

21.2.14

Perjalanan baru

Perjalanan baru bakal dilangkah. Masa berlalu pergi takkan dapat dipatah balik. Andai saat ini kehidupan bakal berubah ke arah yang lebih mencabar, aku akan berusaha untuk menempuhnya. InsyaAllah dengan izin-Nya. 2014, sebentar sahaja 2008 berlalu pergi dimana diri ini mula menjejakkan diri di universiti dengan kemasukan diploma yang dipilih sendiri dengan susah payahnya memujuk ayah hingga sanggup behenti sekolah tingkatan 6. Memang betul apa yang diperkatakan, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmahnya sekarang aku dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sarjana (master) yang suatu ketika dulunya memang tak terfikir langsung untuk sampai ke tahap ini. Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yang kita rancang tak semestinya ia akan berlaku. Pernah suatu ketika dulu aku dengan berlagaknya menyatakan yang aku takkan sambung master kerna ketika itu fikiranku penat untuk memikirkan pelajaran lagi. Tapi kini? Tiada siapa yang tahu kan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pernah suatu ketika dulu aku merancang untuk kerja terus selesainya di peringkat sarjana muda, namun kini lain rancangannya.

Allah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu berdoa. Tiada apa yang mustahil. Kini diriku masih tidak percaya yang aku sudah menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda dengan jayanya walaupun ada sedikit kekecewaan yang disebabkan diri sendiri hingga tidak mampu untuk menerima ijazah kelas pertama, hanya mampu  kelas kedua. Alhamdulillah, mungkin aku akan berjaya suatu hari nanti. Aamiin. 

Perancangan terlalu banyak. Jika dipermudahkan segalanya, rezeki ada, insyaAllah akan menunaikan umrah tahun depan. Melihat ramainya umat islam menunaikan umrah pada tahun ini, tergerak rasa hati ingin menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti. Mungkin tiba masanya untuk aku belajar menabung duit, membuang sikap boros yang ada dalam diri, istiqamah dalam melakukan setiap perkara, supaya diri ni tak terleka lagi.

31.1.14

Tudung bawal chiffon berkualiti.

Eh, bukan semalam baru update blog ke?

Alhamdulillah, hari ni disebabkan rasa bosan yang teramat sangat duduk tercangok kat rumah sewa ni sedangkan housemate ramai dah bercuti balik kampung masing2 dan tinggallah sendirian dengan sorang lagi housemate. Hiba, sedih, sunyi,.....semuanya ada sambil menaip entry kat blog ni. Bila saat2 macam ni la mula terasa bermanfaatnya ada blog dapat luahkan perasaan gini biar xde orang kisah yang penting puas meluahkan :'D

Straight to the point, actually, hari tu dengan kawan jalan2 ke jakel, maklum la seberang rumah je jakel shah alam ni, dok usah2 kain...pastu ternampak kain chiffon yang jenis berat, chiffon japaness nama dia. Sangat berkualiti dan tak ringan macam chiffon lain tu, senang nak bentuk kalau buat tudung bawal. So, then kitorang decide beli 1 meter cukup untuk buat tudung bawal bidang 45. Balik je dari jakel terus hantar kedai jahit depan rumah dengan total cost kain + upah jahit Rm14.50 ONLY. Murah kan? Dulu memang ada niat nak beli kain pastu antar kedai jahit, tapi tak kesampaian langsung. Niat nak beli tu sentiasa terabai. And now, tercapai dah hasrat mencuba. Dan kepuasan tak dapat nak diungkapkan, sangat berbaloi. Lepas ni dah takyah nak beli tudung kat butik ke, kedai ke, mahal kot. Buat sendiri macam ni, lagi berbaloi, tambah pulak boleh pilih kain, design and warna sendiri. Banyka gila kot pilihan kat jakel tu.



Haaa...gambar kat atas nilah contoh kain yang aku beli kat jakel dengan harga rm9 je semeter, tapi kalau beli banyak boleh less lagi. Pastu antar kedai jahit je rm4-rm5 je depend dengan deesign macam mane korang nak. Lepas beli haritu warna coklat bawah sekali tu, terus addicted dah beli lagi warna orange and hijau. Sangat berpuas hati. Agak2 kalau kite nak berbisnes jual tudung ni ade orang nak beli tak? Hehe...range harga jual maybe dalam RM18-RM20 only, but depend on jenis kain yang akan digunakan. Seriously kain ni dibuat tudung bawal senang sangat2 nak bentuk. Terletak je kat muka.


Thanks.

30.1.14

Lama dah tak menaip....

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah.
24.07.2013, tu tarikh terakhir entry blog ni. Rasanya dah nak dekat setahun tak sentuh langsung blog ni. Dulu bukan main lagi update sana, update sini, cerita melambak-lambak, idea mencurah-curah bagaikan air dicurah ke daun keladi. Eh! Nak cakap rindu tak, nak cakap rajin tak jugak, tapi yang pasti masa nak update blog tu takde, and rasa malas nak sentuh blog pun ade. Setakat melawat blog tu adelah. Tapi log in blog ni sejak tarikh last entry baru sekarang nak sign in balik, punyelah malas kan?

Anyway, banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang setahun tak update blog ni. Cerita yang paling latest, aku baru selesai menghabiskan ijazah sarjana muda. Sekarang tunggu result yang akan keluar 14 februari ni. InsyaAllah, berharap lulus semua supaya dapat konvo bulan mei ni nanti. Tapi, tak bermaksud title "student" tu dah hilang. Semester lepas dah decide untuk sambung master terus kebetulan dapat offer daripada supervisor untuk continue master dengan grant jadi Research Assistant diberi gaji rm1500. Bila fikir-fikir balik, kenapa pulak aku nak tolak offer tu kan? Ade kebaikannya jugak, lagipun cita2 aku selama ni nak jadi seorang pensyarah. Nak jadi lecture sekarang ni basic mesti ade master. So, i decide sambung terus master untuk intake March ni. Bulan februari ni dah kena start keje, so kene duduk faculty dari jam 8am till 5pm, nama pun dapat gaji kan. Huhu...

Anyway, bulan 9 tahun lepas. pergi trip ke Bali, indonesia. Memang tak dinafikan tu first time pergi oversea. Yelah, bukan anak orang kaya pun nak selalu sangat kan, kebetulan time tu ade trip akademik. Dan sangat bersyukur sebab berpeluang untuk melawat negara lain. Subhanallah, sangat cantik tempat2 yang dilawat. Impian sekarang kalau boleh teringin nak pergi ke Europe country. Turki pun jadilah. Chewah !


dan...tiba2 rasa malas pulak nak continue menaip....k bye.