31.5.12

Cuci emas guna sunlight.

Assalamualaikum ^^


Hari tu, secara kebetulan niat memang nak cuci emas yang lama sangat dah berdaki *bukan daki badan , tapi sebab powder, lotion & sabun*. Entah berapa inci dah kuman kuman yang melekat dekat emas aku selama ni. Bayangkan tak pernah nak cuci sejak aku pakai zaman batu dulu. =.="

Actually, niat tu memang ada nak cuci emas dekat kedai. Tapi kan, tapi kan...orang selalu pesan kat kite, kalau nak cuci emas dekat kedai kene jaga jaga. Kot kot nanti diorang kikis pulak emas kite. Bila dapat balek nanti kang tinggal tulang pulak emas tu. So, niat tu terbantutlah pulak.


Dan, suatu hari aku terbaca tips dekat blog adek femes neyy. Lyssa Faizureen. Sape yang tak kenal kan blogger kecik kecik molek neyy. Tips tentang cara mencuci barang kemas. Bukan main tergendala lagi niat aku nak beli sunlight, bila sampai kedai je mesti lupa nak beli. Dan, semalam aku teringat dok belek belek rantai dekat kedai, Haaaa ! Automatic teringat nak cuci emas dan dengan pantas kilat aku pegi sambar sunlight botol paling kecik satu.



Baru beberapa minit yang lepas, aku eksaited kemain lagi nak cuci emas (rantai, gelang dan dua cincin). Tak tau nak pakai bekas ape, aku guna jelah gelas plastik aku tuh. Siap dengan heater untuk masak air, sunlight, gelas. Perghh, misi aku pun bermula. 


Zassss....



Dalam masa setengah jam kot aku tinggalkan emas emas aku tu then aku cuci dengan berus gigi baru lagi tu *sanggup beli berus gigi baru, tapi kecik jelah* semata mata nak cuci emas.


Dan....


Inilah hasilnya selepas digosok dengan berus gigi kiut kaler pink, dan lap dengan tuala kecik aku.


Bersinar sinar terus emas emas aku. Memang puas hati sesangat dengan tips dari adek Lyssa neyy. Balek nanti nak bagitau mak pulak. Lepas neyy tak yah nak pikir hantar g kedai cuci emas. Selamat dan berbaloi ! :')


p/s : Thanks Lyssa :'D

- End of story -

Cepat sangat boring ?

Assalamualaikum ^^


Cepat sangat boring ?

Ape tu ? Ape yang cepat sangat nak boring ?


Actually , aku nak cerita tentang minyak wangi. Entahlah kenapa aku neyy jenis yang cepat sangat boring dengan bau. Especially dengan sesuatu yang tiap tiap hari guna untuk badan seperti powder, sabun mandi, minyak wangi dan sebagainya.

Dan sekarang , aku nak citer pasal minyak wangi aku. Selama neyy aku pakai minyak wangi mesti takkan pernah habis. Sebabnya ? Aku cepat sangat boring dengan bau. Bila dah lama lama guna mesti nak beli baru lagi, dan jenama lain. Sampai minyak wangi dua tiga tahun lepas pun tak habis habis lagi.

Macam membazir je kan ?


Tengok minyak wangi dalam gambar neyy, actually banyak lagi kat rumah. Yang ni je aku bawak. Tiga minyak wangi kecik kecik tu aku beli dekat Avon. Tu pun aku beli tahun lepas. See ? Lagi minyak wangi botol kecik macam tu lagi aku tak dapat nak habiskan, apatah lagi minyak wangi botol besar. Kan ?

Minyak wangi Gucci aku tu pun tak sentuh lagi. Tup tup nak beli baru lagi. Alahai perempuan , kuat membazirkan ?




p/s : cubala ade orang jual minyak wangi yang tak pernah aku nak boring bila bau. huhu :'P


- End of story -

Convocation day , yeayy !

Assalamualaikum ^^

*kasut untuk konvo beli sehari before nak konvo*


Beberapa minggu yang lepas , aku officially dah graduate. *baru diploma je pun* Kemain eksaited lagi kan bila dah nak konvo. Maklumlah kite nak raikan hasil usaha kita study selama neyy, lebih lebih lagi kalau dapat result yang sangat GEMPAk. i mean " Anugerah Naib Canselor " . Perghh , memang kembang hidung aku naik stage kalau macam tu.

Perasaan bila nak naik stage memang neves giler beb, macam nak masuk pertandingan menyanyilah pulak perasaan time tu. Dengan jantung berdegup kencang, hati tak keruan, nak pegi toilet lah...memang perasaan pelik semacam jee.



Dan, akhirnya..perasaan neves hilang selepas nama disebut dan dengan muka senyum senyum dengan Tan Sri berjalan dengan tak hiraukan orang dalam hall, pergghhh...lepas sudahhh.


Bahagianya rasa hati time tu. Rasa nak nangis je. Air mata rasa nak mengalir je bila dah terima scroll dan tengok wajah kegembiraan mak dan ayah. Hanya Allah yang tahu perasaan aku time tu.


Sehari sebelom konvo tu, pegi photoshoot dengan membe membe kat waterfront Kuching.




Gambar neyy pulak aku dengan ibunda yang tercinta. Dalam studio before nak konvo. Ayah bawak aku pegi bergambar dekat studio dulu.



Tengah berkumpul dalam hall before berbaris untuk menuju ke dewan convocation :')


 Congratulation to me. i got one star only. And i appreciate it :'D



Kitorang satu kelas dulu. Ni je lagi yang tinggal selama 3 tahun kitorang bersama :'D Love u all friends .




Love u , mom , dad :'D


My roomate sejak kitorang mula mula masuk lagi :'D Roomate terbaik aku.









Thanks everyone . :'D i'm very very happy.


- End of story -

30.5.12

Pedagang tekstile la kononnya .

Assalamualaikum ^^



Once upon a time...


Dua minggu yang lepas , kononnya group aku ditugaskan untuk menjadi pedagang tekstile . Hamboi bunyinyaaa. Bukan main lagi eksaited nak present bagai. Siap logo, nama klasik dan sebagainya. And we have fun on that day :'D





Tengok , ...


Betapa kreatifnya ahli kumpulan aku time neyy. Dan aku hanya berdiam diri , *pemalu la katakan* .



Dan, disaat menunggu sesi petang, sempat lagi conteng conteng kuku tangan dengan marker . Erkkk =.="


- End of story -

Jalan jalan + case study

Assalamualaikum ^^

Seapabila segerombolan pergi buat case study. Memang seronok seronok belaka. Sejak masok degree neyy memang banyak case study yang nak dibuat. Maklumla ambek kos " construction industry " macam neyy kan , kenelah habiskan masa dengan case study memanjang. Barulah experience tu lebih sikit kan.

Tapi kan, ...


"orang melayu neyy susah sangat nak tolong sesama melayu kan ?" ...

Realiti okeyy !

Sepanjang kitorang buat case study neyy , bukan main eksaited lagi pergi awal seawal jam 8.30 pagi *jam 9 pagi gerak* , dan sampai di destinasi yang nak dituju kira kira jam 9.30 pagi. Sampai je sana terus jumpa counter service dan bagitau tujuan kitorang. Bukan main lama punya tunggu kira kira 2 jam , .... Habookkk pun takdak !. Memang cukup panas waktu tu. Kitorang nak study kot. Nak timba ilmu. Nak taknak tolong je kan. Haish !

Balik balik je dari situ , orang kat situ just bagi buku je. Then kitorang balek. Hmmm , macam neyy ke orang melayu ? Kite neyy sama sama melayu kenelah tolong menolong. Tak fahamlah .

dan , 

malas dah nak membebel memanjang, layan jelah gambar2 kitorang sepanjang buat case study tu ...
























- End of story -