31.5.12

Cuci emas guna sunlight.

Assalamualaikum ^^


Hari tu, secara kebetulan niat memang nak cuci emas yang lama sangat dah berdaki *bukan daki badan , tapi sebab powder, lotion & sabun*. Entah berapa inci dah kuman kuman yang melekat dekat emas aku selama ni. Bayangkan tak pernah nak cuci sejak aku pakai zaman batu dulu. =.="

Actually, niat tu memang ada nak cuci emas dekat kedai. Tapi kan, tapi kan...orang selalu pesan kat kite, kalau nak cuci emas dekat kedai kene jaga jaga. Kot kot nanti diorang kikis pulak emas kite. Bila dapat balek nanti kang tinggal tulang pulak emas tu. So, niat tu terbantutlah pulak.


Dan, suatu hari aku terbaca tips dekat blog adek femes neyy. Lyssa Faizureen. Sape yang tak kenal kan blogger kecik kecik molek neyy. Tips tentang cara mencuci barang kemas. Bukan main tergendala lagi niat aku nak beli sunlight, bila sampai kedai je mesti lupa nak beli. Dan, semalam aku teringat dok belek belek rantai dekat kedai, Haaaa ! Automatic teringat nak cuci emas dan dengan pantas kilat aku pegi sambar sunlight botol paling kecik satu.



Baru beberapa minit yang lepas, aku eksaited kemain lagi nak cuci emas (rantai, gelang dan dua cincin). Tak tau nak pakai bekas ape, aku guna jelah gelas plastik aku tuh. Siap dengan heater untuk masak air, sunlight, gelas. Perghh, misi aku pun bermula. 


Zassss....



Dalam masa setengah jam kot aku tinggalkan emas emas aku tu then aku cuci dengan berus gigi baru lagi tu *sanggup beli berus gigi baru, tapi kecik jelah* semata mata nak cuci emas.


Dan....


Inilah hasilnya selepas digosok dengan berus gigi kiut kaler pink, dan lap dengan tuala kecik aku.


Bersinar sinar terus emas emas aku. Memang puas hati sesangat dengan tips dari adek Lyssa neyy. Balek nanti nak bagitau mak pulak. Lepas neyy tak yah nak pikir hantar g kedai cuci emas. Selamat dan berbaloi ! :')


p/s : Thanks Lyssa :'D

- End of story -

1 comment:

Lyssa Faizureen said...

HEHEE . Memangggg berbaloi !! :)