31.12.11

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum..


Just nak wish happy new year :)

Gelagat 2011 (picture)

Assalamualaikum...

Beb, tahun ni kan ramai membe-membe aku kawen. Diorang tamatkan awal zaman bujang diorang. Tapi takpe, Ada aku kesah ?

Haha..sepanjang tahun 2011 ni, aku asyik dok bergambar je depan cermin, depan kamera. Maklum la kan. Hampeh ! Entry ni just nak publish foto aku je. Ada aku kesah korang nak mengata ? :p



Yang serba merah bergincu merah picture sebelah kiri ni akibat terlalu boring sangat suatu malam tu. So, dah takde kerja, aku pegi makeup malam-malam, pasang shawl merah, gincu merah. Haaa..ambek kau !
Yang picture sebelah kanan pulak, serba merah dengan baju kurung merah time nak pergi kenduri kawen orang kampung. Tak sah kalau tak capture walaupun sekali.


Bertudungkan shawl brown tu time nak pegi kenduri kawen orang kampung tak jauh je dari rumah. Jalan kaki je. Dah cakap kan, tak sah kalau tak capture :)
Pakai baju kurung purple pulak time nak pegi kenduri kawen kawan sebaya :)



Okeyy, muka tak makeup langsung...pucat je.


Picture sebelah kiri bersiap-siap nak pegi jalan-jalan ke Matu Daro dengan family.
Yang sebelah tu pulak..hehe, first time tau nak jalan guna skirt ala-ala yuna gitu. Erkk, perasan ! Aku nak temankan kakak aku time tu pegi Saratok. Memang long journey betol hari tu. Bertolak jam 6 pagi dari Igan-Sibu-Saratok. Then balik lagi. Stop di Sibu jalan-jalan shopping kat premier. Sampai rumah kira-kira jam 7 malam.


Sempat lagi posing-posing kan ? :)

*abaikan bulu mata palsu yang tak berapa nak palsu tu*

Haaaa...ni pulak gambar fresh lagi dua tiga hari yang lepas. Time ni nak pegi jalan-jalan dengan family tengok orang ramai di Mukah. Sempat lagi aku borong balik 3 shawl pashmina yang diidam-idamkan :)


Last but not least..

" Selamat menyambut tahun baru 2012 "


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...

30.12.11

Masa itu Emas

Assalamualaikum...


Kalau boleh kan, aku nak stop je masa, so blog aku taklah macam tapak perkuburan tak disinggah orang dengan entry yang ditinggal dua tiga minggu yang lepas. Sape nak baca kalau asyik entry tu je yang terpampang kan ? Bukan salah aku. Jangan salahkan aku yang tak bersalah. Masa yang mencemburui aku sangat sampai nak update blog pun tak dapat. Idea mencurah-curah nak update blog dengan picture2 yang nak dikongsi bersama. Tapi,  apakan daya, bila tangan hendak menaip, tup-tup, ada-ada je kerja yang mendatang menyebokkan diri ni.

Terbengkalai pulak blog dibuatnya....

Apa-apa pun, menjelang nak tahun baru ni, kenalah curi-curi masa yang memang cukup emas intan berlian tu nak update blog dengan pelbagai cerita nak dikongsi. Baru tension dapat direleasekan. Kan ?

Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...

29.12.11

Shoutmix berbayar ? Balik ke Shoutbox la jawabnya..

Assalamualaikum...

Before ni, kemain lagi heboh sana sini tentang penggunaan shoutmix yang bakal berbayar start new year 2012 ni. So, memandangkan berbayar, aku tukar balik ke shoutbox lama aku. Nasib baik orang macam aku ni masih simpan kod-kod blog aku yang previous dalam microsoft word. So, tukar kod je, settle :')



Tengok, dah tukar dah ke shoutbox lama yang aku guna before tukar ke shoutmix. Dulu, orang cakap shoutbox ni tak bagus, nak isi namalah, nak isi id blog lagi...tak macam shoutmix, sekali korang dah log in memang automatik dah ada...Tapi, tengok..shoutbox jugak jadi penyelamat kan ? K bye...


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...

Jalan raya runtuh ( Sri Aman - Serian ) Sarawak

Assalamualaikum...




2011/12/29

KUCHING: Jalan di Kilometer 77 Jalan Serian-Sri Aman masih ditutup berikutan tanah runtuh dan jalan utama mendap malam tadi. 

Untuk pengguna jalan raya dari Sri Aman yang mahu ke Kuching, sila masuk ke Simpang Krait (sebelum Semungkoi) dan keluar di Simpang Slabi.
Bagi pengguna jalan raya dari Serian ke Sri Aman, sila masuk ke Simpang Slabi dan keluar di Simpang Krait.
Keadaan tanah runtuh agak serius dengan separuh jalan utama mendap ke bawah dan tidak boleh digunakan terus. 

Keadaan di lokasi dilaporkan sesak teruk dengan pihak polis berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas. 

Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sudah ke lokasi malam tadi untuk meninjau kerosakan dan mengambil tindakan segera. 



26.12.11

Bahagia online guna laptop sendiri...

Assalamualaikum...



Memang bahagia bila dah dapat online guna laptop sendiri. Rasa tak selesa bila terpaksa online guna laptop orang lain. Kebebasan terbatas jadinya. Bila dah dapat online guna laptop sendiri ni memang tak dapat nak dikawal nafsu nak online. Nak update blog pun hati jadi senang.

Hati gembira tanpa gundah gelana bila melihat laptop telah kembali pulih sepenuhnya. Gambar dalam DSC-W570 pun dah berkarat sebab tak ditransfer. Saat-saat macam ni lah diambil untuk update gambar-gambar yang terkini.

Apa yang penting, abang aku dah registered software antivirus dalam laptop aku. Hehe...so, say NO to VIRUS !

25.12.11

Cerekarama : Ajaibnya cinta "ending yang mengecewakan"

Assalamualaikum....


" Watak-watak utama "

Malam semalam, seperti biasa kalau malam sabtu tak sah kalau tak tengok cerekarama tv3. Mula-mula tengok memang macam menarik je cerita ni,...

Dengan lawak jenaka lagi. 
Dengan ketawa angry bird nya lagi. 
Dengan baju angry bird yang dipakai Umi Aida lagi. 

Perghhhh...sumpah lawak beb ! Aku dengan adik-adik aku tergelak-gelak je tengok aksi filem hindi yang tak berapa nak hindinya semalam tu.

Tengok punya tengok sampai lah habis cerita, kemain eksaited lagi nak tahu ending..

Tup tup, tengok-tengok ending habis macam tu je dengan terbangun dari mimpi...

Agak keliru jugak, jalan cerita tu mimpi je ke, or ape ? Aku pun tak tahu nak cakap ape...

Kecewa sungguh ! Kemain lagi tengok dari mula sampai akhir..tengok-tengok ending tak dapat nak faham maksud sebenar jalan ceritanya...

Persoalan : Adakah mimpi je ? Or...entah lahhh.....

23.12.11

Aku rindu zaman penyampaian sijil sekolah...

Assalamualaikum..



Yang ni, gambar adik aku time penyampaian sijil dan hadiah kat sekolah aku dulu, SMK Agama Igan, Mukah. Bila tengok saat-saat macam ni, teringat zaman sekolah dulu-dulu. Tiba-tiba teringat kenangan-kenangan pahit manis kat sekolah. Then, kalau ada penyampaian sijil mesti aku jugak join persembahan nasyid macam picture kat bawah ni....hehe...






Dan, di akhir majlis, merasa jugak aku masakan nasi ayam yang selalu di makan waktu tengah hari kat sekolah dulu. Sedaaapppp...hehe...


Apa-apa pun, aku rindu zaman sekolah aku dulu...sangat-sangat rindu....

19.12.11

Poslaju ? Laju ke ?...

Assalamualaikum...



Kesabaran aku dah tak dapat nak dikawal. Hmmm...nasib baik aku baik hati tak main serang serang. Semua ni gara gara Poslaju yang memang tak laju. Nama je Laju, tapi barang yang sepatutnya dah sampai, tak jugak sampai sampai. Laju ke ? Alahai Poslaju..kau buat hidup aku merana seminggu ni. Barang dah sampai pun kat Pejabat pos tu seminggu, tapi posmen laju ko tak hantar pun. Tak laju laaa...

Hmmm....hati merana dah menunggu barang yang sangat sangat diperlukan ni....


Kau gay eh ?

Assalamualaikum...

Nak kata dunia memang dah akhir zaman....




Just mampu nak cakap, "harap kau bertaubat sebelum Allah tunjukkan kuasa-Nya"...Allahuakbar !


Facebook Timeline ?

Assalamualaikum...


Mesti ramai yang dah tahu kan facebook dah nak bertukar wajah lagi. Untuk bahagian wall profile jelah. Actually, mula mula try guna yang baru ni "Facebook timeline" agak kekok. Nama pun benda baru kan. Jadi tak biasa. Bila dah explore punya explore..akhirnya expert sikit. Dah jadi macam ni...


Dah macam blog aku tengok. Siap ada header a.k.a "Cover photo". Haaa...ambik kau ! Aku letak mata hijau aku yang anak buah aku panggil Toyol sebagai Cover photo aku. Apa apa pun, korang nak ke tak nak, kalau tak silap 23 hari bulan ni nanti semua akan bertukar ke FB Timeline ni.

16.12.11

Beautiful house

Assalamualaikum...


Taken by : me
Location : Sepaoh,Sarawak

Agak lama rasanya biarkan blog tak berupdate sampai sesawang melambai lambai pergi merajuk inginkan entry terkini. Tapi, apakan daya masa tidak mencemburui, akan tetapi lappy yang sudah seminggu berjauhan dengan daku belom selamat diperbaiki lagi. Update blog dengan menggunakan komputer @ lappy lain membuatkan rasa ketidakpuasan. Sebab tu aku rasa malas nak update blog. Hinggalah lappy aku selamat sampai ke tangan nanti.

Okey, berbalik kepada gambar yang di post dalam entry kali ni, aku nak share jugak picture rumah maybe traditional house yang ada kat area Sepaoh sepanjang aku melancong selama sehari ke situ. Memang cantik sangat kan rumah tu.



Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.

14.12.11

Dunia sekarang makin kejam...

Assalamualaikum...

Lepas baca kat sini rasa tergerak hati nak buang semua post yg ade picture aku. Agak kejam jugak zaman sekarang. Semakin canggih, semakin kejam. Hmmm... Apa apa pun, aku tetap nak delete post yang ada gambar yang membolehkan mereka membogelkan gambar kita. Harap kita sama sama berwaspada okey !

11.12.11

Menang contest skin care & health care

Assalamualaikum :')


Pergghh..rasa dalam mimpi je bila dapat komen dari QMA Cottage Shop tadi. Rupa rupanya aku menang contest yang aku join before ni, entry yang ni.

Apa apa pun..rezeki masing masing kan..hehe :)

10.12.11

Seorang Blogger..

Assalamualaikum :')


Mula mula dulu, tahu mengenai blog ni gara gara terpikat dengan penulisan seorang kawan di blog dia. Bila baca punya baca, rasa macam best je tempat nak luahkan perasaan, hilangkan tension, tempat membuang masa daripada lakukan perkara yang tak berfaedah kan.

Lepas tu, terciptalah blog yang ni. Mengisahkan hidup aku dan sekeliling. Memang best bila dapat bercerita dan merasakan ada orang mendengar. Rasa macam luahkan perasaan je.

Tapi, zaman blog dulu dengan zaman blog sekarang, sangat jauh berbeza. Kenapa aku berkata sedemikian ? Sebab, masing masing nak up, masing masing nak jatuhkan kawan kawan sendiri, masing masing nak fitnah. Hmm..memang tak selamat langsung dah dunia alam siber sekarang ni. Dimana mana ada yang nak cari pasal. Silap hari bulan korang kena saman. Padan muka. Sebab tulah, sebelum nak memfitnah, sebelum nak berkata apa apa, fikir dua tiga kali dulu kalau kalau ada akibatnya.

Bila terkenang semua perkara ni, rasa takut ada jugak. Takut orang fitnah. Takut orang bomohkan kita. Macam macamlah. Dunia sekarang kan makin hari makin canggih.

Aku memang suka menaip untuk blog ni. Sebab, aku dapat melatih diri dalam masa yang sama menaip dengan laju. Kira exercise jugaklah disamping berkongsi cerita dengan orang. Sambil sambil tu jugak dapat tambah poket money dengan siarkan iklan Say and Churp2.

Apa apa pun, janganlah korang kat luar sana tu nak memfitnah orang sesuka hati. Jagalah perasaan orang yang difitnah. Kalau korang berada di tempat orang yang difitnah tu, korang takkan berlaku sedemikian rupa. Ingatlah, kalau korang tak terima balasan di dunia, di akhirat sana menanti.


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi :')

9.12.11

Flower Girl & Boy jadi tumpuan, bukan pengantin..

Assalamualaikum ^^

Flower gugirl and boboy menjadi tumpuan di hari perkahwinan, dan bukannya pengantin *Ayat paling kejam pada abad ini* Okey, sungguh kejam aku berkata sedemikian. Hanya gurauan sematamata. Anak anak fruit aku sungguh comel comel belaka. Dan sememangnya menjadi tumpuan mengelilingi raja sehari.

Jom layan lagi picture picture comel mereka bersama pengantin :')



*antara mereka mereka yang comel comel belaka*


*setibanya mereka dengan raja sehari*





*jangan hairan tengok yang berbaju kurung hijau, actually ada baju gaun, tapi bila balek kampung terus tak muat baju gaun dibuatnya*





*dan...aku pun turut bergambar sekali*


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi :')

8.12.11

Anak anak Flower girl aku yang comel comel belaka.

Assalamualaikum :')

Minggu lepas, minggu kawen aku. Eh, silap. Minggu kazen aku kawen. So, maksudnya musim aku nak cuci pinggan waktu kenduri memang dah jadi adat turun temurun. Majlis perkahwinan kazen aku kali ni diserikan oleh flower flower gugirl dan boboy anak keponakan aku a.k.a anak fruit. Mereka memang comel comel belaka. Tanpa membuang masa, korang layan picture picture comel mereka ni dengan gaun kaler pink dan berkot yang sungguh cute.

Antara gelagat gelagat mereka.....


* yang ni tiga beradik *


* Ain, Aidit, Aina *


* sampai menguap anak anak comel aku ni *


* aina ni sekali korang bawak dia, takkan nak turun lagi *


* Aina rimas dah, baju pun terus tukar belang belang *


* Nak larilah dah tu *


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.