14.12.12

Thanks Allah for everything

 Assalamualaikum 




Thanks Allah for everything.
Syukur alhamdulillah, minggu neyy berjalan dengan lancar semua kerja yang nak diselesaikan. Segala-gala assignment dan kerja-kerja semuanya dah dihantar. Cuma tinggal dua kerja je lagi then dua test menanti nextweek. Bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah permudahkan segalanya even stress melanda diri. Namun, tekanan diubat dengan membaca Quran. Memang mujarab.



Dua hari dah bertungkus lumus berusaha untuk menyiapkan proposal desertation untuk sem depan. Terima kasih banyak-banyak kepada lecturer, Dr.Zul yang banyak membantu aku dalam menyiapkan proposal neyy. Mula-mula memang rasa nak fed up dah sebab tak dapat nak fikir langsung pasal tajuk nak dibuat, tapi bila dah mendapat nasihat dari lecturer, keyakinan dan semangat tiba-tiba muncul. Keputusan nak ambik tajuk Law memang muktamad lepas fikir, plus minus advantage dan disadvantage, akhirnya nekad nak ambik Law relatekan dengan construction industry.

Sebab-sebab utama taknak ambik bahagian research adalah sebab for sure nanti kena keluar buat research, tanya situ sini, dan for sure jugak duit akan mengalir keluar macam air bila dah keluar buat research. Tambah pulak takda transport, so kena sewa kereta lagi, nak kene cari tempat lagi. Memang remeh. So keputusan nak ambik Law memang tepat sebab tak perlu ke sana sini nak buat research, tak perlu keluarkan duit untuk sewa kereta bagai. Cuma perlu buat case study cases yang berkaitan, then kena rajin membaca, cari maklumat through internet, journal, books and whatsoever. So, maybe money akan spend dekat bahagian buku je. Tu pun dah fikir panjang memang start cuti semester ni nanti nak beli buku yang berkaitan dengan Law dan desertation yang nak dibuat ni.

Lepas fikir panjang-panjang, ada advantagenya jugak aku cuba ambik tajuk berkaitan dengan Law ni. Memang sejujurnya aku ni seorang yang memang sangat malas nak membaca, mula-mula fikir dulu boleh ke aku nak ambik tajuk ni sedangkan aku ni malas nak membaca lebih-lebih lagi teori sedangkan Law memangmemerlukan a lot of reading and Expertise in English. Kalau calculation memang nombor satu la. Bila difikirkan balik, why not aku ambik keputusan nak ambik Law ni sebagai satu cabaran kepada aku untuk meningkatkan skill in english aku dan memaksa diri aku untuk rajin membaca. Siapa tahu mungkin dengan cara ni aku boleh ubah sikap malas membaca kepada rajin membaca. Why not kan? Tiada yang mustahil dalam dunia ni kalau diusahakan.

Okey, lets jump to another topic. Actually aku nak citer tentang proposal yang kitorang nak kene hantar pagi tadi. Punyalah last minute buat kerja, memang dalam sejarah rasanya buat pertama kali aku buat kerja last minute sebab aku jenis yang tak suka tangguh-tangguh kerja. Dalam masa dua hari je aku cuba siapkan proposal ni. Semalaman sampai jam 3 pagi aku berjaga untuk siapkan kerja dan alhamdulillah dapat gak siapkan. Member-member lain memang for sure berjaga jugak untuk siapkan proposal diorang sampaikan ada yang kelihatan agak tidak betol di facebook gara-gara proposal ni. Haha! Memang tergelak sorang-sorang aku tengok post dan komen diorang dekat facebook.

Syukur sebab semuanya dah selesai. Macam-macam kejadian yang berlaku berlaku before nak submit proposal ni. Haha! Kalau dikenang memang boleh buat senyum sorang-sorang :)) Habis je presentation dan submit proposal pagi tadi, balik rumah dah tak tau nak buat ape. For sure pergi sambung tidur sebab nak tebus tidur semalam. But, before tu terasa tiba-tiba rajin nak membelek album yang tebal dengan 4 inci habuk dalam kotak. Bila bukak je album ni, nak tergelak pun ade bila terkenangkan dan melihat gambar-gambar dua tiga tahun yang lepas.




Macam-macam ragam aku dulu ye. Gambar sana sinilah. Dah macam model pun ade *sila muntah cepat-cepat* Errkk ! =.=" Aku memang jenis yang suka bergambar sebab bagi aku "picture is story, story is memory". Gambar-gambar semua tu aku akan cuci or print out then simpan dalam album sebagai kenangan but not all picture la, certain-certain picture yang aku pilih je. Sebab bagi aku semua ni kenangan yang takkan aku lupakan sebab disetiap semua gambar ni ada cerita disebaliknya. Kalau ade boyfriend for sure aku akan buatkan satu album khas untuk kitorang (feeling jiwang) *kalau ade boyfriendla,sayangnya takde* Kesian je bunyiknya. Haha. Takpe, aku percaya pada jodoh dari Allah :)

Lepas membuang masa dengan album ni, layan matalah pulak sebab mata tersangat mengantuk bagaikan disilotepkan sampai tak mampu nak bukak mata *okey tipu!* Tidur kejap je sebab petang tu dah janji dengan kawan nak pergi menshoppingkan diri. Alaaa, shopping dalam Uitm Mall je. Haha! 





Tengoklah hasil daripada menshoppingkan diri dekat Uitm Mall petang tadi. Motif sebenar pergi shopping ni adalah untuk menghilangkan tekanan jiwa dan raga yang dialami dalam menyiapkan proposal. Sekian, terima kasih. *memang tak boleh blah* Mula-mula niat cuma nak beli tudung syria je, tup tup TERBELI pulak dua jersi dan satu skirt. Memang tak boleh tahan nafsu sebab harga murah. Haha. Tapi memang puas sangat-sangat lepas shopping, hilang segala stress aku lepas dapat beli semua neyy terutamanya green skirt tu. Pergghh, punyalah lawa!



Till then..
Pray for me final exam next 2 week from now :)





No comments: