7.12.12

Broga Hill + Gunung Tok Wan + Hutan Lipur Sg Tekala + Gunung Datuk

 Assalamualaikum 



"...sila tarik nafas panjang-panjang before baca entry kali ni sebab tengah balas dendam dua minggu tak dapat nak update blog...Fuhh! Lega..."
.......................................................................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.......................................................................................................

Perjalanan yang sungguh mencabar dalam masa dua minggu. Syukur alhamdulillah Allah beri aku kesempatan bersama kawan-kawan untuk merasa nikmat keindahan berada di puncak gunung untuk pertama kalinya dalam hidup aku yang selama ini aku impi-impikan. Sebelum ni memang selalu berangan nak masuk hutan..nak naik bukit...nak naik gunung ala-ala macam dalam muvie/drama, dan akhirnya angan-angan aku telah menjadi kenyataan. Sangat menyeronokkan sebab ade kawan-kawan macam mereka yang sangat sporting dan best. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat kenal mereka semua ni.

Memang pengalaman yang tak dapat nak dilupakan. Dalam masa dua minggu je kitorang boleh pergi ke (4) empat tempat ni, Broga Hill, Gunung Tok Wan, Hutan Lipur Sg Tekala dan Gunung Datuk. Gunung Datuk menjadi destinasi terakhir kami. Memang sangat best! Terbaik! Tempat yang sangat indah untuk dinaiki dan dilawati. 


"...nak honeymoon nanti mendaki bukit boleh?... =.=""


Actually, dua minggu yang lepas sepatutnya aku update pasal entry neyy. tetapi memandangkan blog aku buat hal nak upload gambar, melebihi quota katanya, tersangatlah frust! Kemain eksaited lebih lagi aku nak menaip entry ni, tup tup tak dapat nak upload gambar. Amat sedih sekali. Tapi takpe, kali ni entry panjang teramat sangat dengan ceritera-ceritera dan gambar-gambar yang aku nak kongsikan. Sampai terbeliak mata korang tengok gambar-gambar entry kali ni @.@



Lets story begin....



25/11/2012 

Location: Broga Hill, Gunung Tok Wan, Hutan Lipur Sg Tekala

Tepat jam 03:00 pagi, aku dengan kawan-kawan berkumpul di petronas Seksyen 7 Shah Alam. Dengan menaiki (2) dua buah kereta kami meneruskan perjalanan untuk hiking dan trekking seperti yang telah dirancang last minute. Actually kitorang tak rancang pun, main ajak-ajak then decide time, hari..pastu main redah je. Waktu ni 7 orang je kitorang yang pergi sebab nama pun perancangan last minute kan? So, ramai yang nak ikut ke tak..nak ikut ke tak..last-last 7 orang je pergi, aku, wani, aan, nabil, jimmy, irfan, dan meor.

Dalam perjalanan ke sana, memang riuh rendah betul dalam kereta aku sorang je perempuan, yang 3 lagi tu lelaki classmate aku semue. Aku caye diorang boleh jaga aku ibarat adik diorang (chewahhhh !!) kononnya. Sebab aku tahu diorang ni lelaki-lelaki yang gentleman dan bertanggungjawab. Haha! Punyalah riuh dalam kereta time tu asyik dok nak tergelak je aku dengan diorang ni. Memang happening sungguh. Layan lagi dengan karaoke lagu lame dalam kete tu memang syiokkk habis beb!...

Dalam perjalanan memang macam-macam kejadian pelik yang berlaku buat aku dok tergelak macam nak kelur usus perut kawe neyy. Fuhh! Kusssemangat!! Dengan melayan mat rempit lagi, sekali lagi aku tegaskan "melayan mat rempit okey".. terasa macam nak terkeluar jantung aku nengok diorang merempit macam-macam aksi, aksi batman, spiderman,..superman pun ade, dengan lawak roadblock polis lagi, dengan bunyi riuh dalam kete lagi. Fuhh! Happening bebeno...

Jam 04:00 pagi kitorang sempat lagi melepakkan diri di kedai mamak kira-kira dalam setengah jam lebih. Dok borak-borak then berangkat untuk meneruskan perjalanan. Sampai je Broga kitorang terus siap-siap pasang kasut dengan gigihnya even hari masih gelap, tanpa buat senaman main redah je naik. Memang semputla kitorang. Haha! Memang menyesal habis aku tak bawak torchlight time tu, dengan bantuan lampu suluh kawan je dan lampu kelip-kelip yang tak berapa nak menolong dari handphone, tetap gigih hiking. Memang tak best sungguh pegi hiking tak bawak torchlight. Main redah je dalam gelap. Huh! Takpe, torchlight aku dah beli dah. Haha! Punyalah semangat dah aku sekarang ni nak pergi hiking and trekking :)

Aku dah malas nak membebel panjang-panjang, meh sini aku share gambar-gambar kitorang pergi hiking Broga Hill, trekking Gunung Tok Wan dan mandi di sungai Hutan Lipur Sg. Tekala. Lepas ni aku sambung membebel-bebel pulak :)

.
.
Mula-mula eksaited kemain lagi nak hiking Broga...energy pun masih kuat semacam je..bila dah naik semua semput...
.
.
Berhenti berehat seketika sebab energy masing-masing tak sama...hehe...
.
.
Subhanallah! Allahuakbar!

Sungguh indah ciptaan Allah. Memang tak sia-sia pergi hiking ni dapat menginsafkan diri seketika dengan menghayati keindahan alam...
.
.
Kewajipan sebagai seorang muslim tetap tidak dilupakan. Solat subuh boleh dilakukan dimana-mana. Kitorang berhenti seketika dalam perjalanan atas bukit ni untuk mengerjakan solat subuh.
.
.
Selesai solat subuh...
kitorang meneruskan perjalanan dengan menghirup udara yang segar + sejok di pagi subuh..
.
.
Tiga jejaka kelas aku yang join hiking neyy.... :))
.
.
Pendakian yang agak jem waktu ni sebab ramai giler kot yang hiking..macam jem jalan raye je...
.
.
Penat lelah akhirnya berbaloi jugak bila dapat menghayati pemandangan matahari terbit di waktu pagi. Nak tengok sunrise katanya...
.
.
Akhirnya kami sampai di puncak bukit broga.....Weeeeeeeee (^________^) !
.
.
Indahnya ciptaan Tuhan kan ?
.
.
Okeyyy, abaikan gambar blurrrr.....
.
.
Ramaikan yang pergi hiking bukit broga ni....no wonderlah boleh jem nak naik bukit ni...
.
.
Perghhh..terbaikla shoot neyy...
.
.
Saat menunggu sunrise katanya...
.
.
Main api pulok dah mamat neyy....
.
.
Amboi! Posing sampai terbaring-baring yeeeee..
.
.
Tak dapat kuungkapkan dengan kata-kata, betapa indahnya ciptaan Tuhan.
.
.
Subhanallah ! :)
.
.
Time ni dah nak masuk hutan naik gunung tok wan pulak lepas menguasai puncak broga. Hehe :))
.
.
Alahai krem pulak kaki..hehe :))
.
.
Dalam perjalanan yang sungguh gigih dan kental mengharungi onak dan duri untuk mencapai puncak gunung tok wan :p
.
.
Pedang samurai kementot untuk safety katanya....:))


Berhenti seketika untuk bergambar. Time ni sikit je lagi nak sampai.....
.
.
Penat yeeee ?
.
.
250m ibarat 25000000km. Macam pentipu pulak nengok tanda ney....punyalah semangat dah kitorang tengok 250m, sekali jalan punya jalan tak sampai2....haha...kesiann...
.
.
Over confident pulak! Abaikan gambar sebelah kiri *Bendera terbalik pulak dah*
.
.
Dengan air kemenangan dan bendera kemenangan! Haha!
.
.
Alahai bro!! Bukan main lagi dengan kain pelekat duduk bersila menjamu selera yeeee! 
.
.
Sesi beristirehat yeee selepas 5 jam menaiki bukit dan gunung. Penat memang tak dapat nak ungkapkan lagi. Haha....sampai tertidur-tidur di puncak ni.
.
.
Sesi berehat dan makan-makan.
.
.
Dah puas berehat, masa untuk berkemas pulak untuk balik..
.
.
Punyalah lama 3 jam nak naik gunung tok wan dari broga ni, bila turun ambik masa 50 minit je =.="
.
.
Posing untuk turun balik dari broga hill pulak.
.
.
Memang cantik sampai tak terkata tengok view tengah hari terik dari broga hill neyy. Sumpah cantek sangat beb!
.
.
Punyelah garang anjing polis ni. Semua ketakutan macam nak terjun gaung je!

Actually, ade kisah disebalik bersama anjing dan tuannya ni. Alkisahnya berbunyi begini..waktu kitorang nak turun dari broga neyy, terserampak dengan abang and kakak yang bersama anjing neyy. Sempat lagi kitorang berkenalan seketika dengan diorang before nak turun tengah hari tu. Siap kakak tu nak ambik gambar kitorang lagi. *Gambar lebih kurang macam nilah* Lepas siap bergambar, tup tup kakak tu cakap "esok jangan lupa beli KOSMO k"...Punyalah eksaited kitorang time balik tu lepas kakak tu cakap macam tu, siap dah berangan muka nak keluar newspaper esok. Haha.

Sehari kemudian, kitorang punyalah eksaited nak tengok paper KOSMO tu, aku siap semangat lagi pergi shell semata-mata nak beli KOSMO. Tup tup, cari punya cari, belek punya belek paper tu, takde. Okey sedih. Nak menyenangkan hati, kitorang assume maybe bukan paper hari ni kot. Esok cuba beli lagi. Dan punyalah rajin aku pergi beli lagi paper KOSMO, before neyy tak pernah pulak nak pegi beli. Terajinlah pulak. Lepas beli tu takdelah pulak. Okeyy kecewa sekali lagi. Fed up dah nak tengok, suatu hari membe tag KOSMO online dekat facebook. Kemain eksaited lagi neyy nak baca, sekali tengok gambaq kitorang tak letak pun. Okeyy tersangatlah sedih!!

...end of story about kosmo...


Ni view dok feeling nak buat filem Tamil versi drama katanya! Scene tari menari di bukit bukau. Haha!! Nice view kan?
.
.
Memang rugi kalau tak join hiking broga hill neyy. Sumpah cantik sangat pemandangan di waktu tengah hari.
.
.
Anda gayat nak naik/turun broga? Kalau anda mengidap segala penyakit jantung, asma, kusta, angin ahmar.....dan yang seangkatan dengannya...sila jangan naik! HAha....
.
.
Alhamdulillah dah selamat naik dan turun. Memang turun berat badan yeeee...
.
.
Tanpa membuang masa, kitorang terus pergi bermandi-manda di air terjun hutan lipur sungai tekala. Punyalah sejok beb air die. Fuhh! Bergetaq-getaq seluruh badan mak!! Haha...punyalah eksaited dengan peluh-peluh badan sakit pergi terjun mandi sungai situ, memang badan ibarat terkena strok lerrr!
.
.
Agak ramai jugak orang berkelah dengan family diorang time neyy. Terasa jeles pulak bila nengok family ramai-ramai pergi beriadah ke tempat macam neyy.
.
.
Syookkknya mandi air terjun tak berapa nak terjun neyy. Sejookkk weii !!


kenangan yang takkan dilupakan....



25/11/2012 

Location: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.







"....well prepared kepada sesape yg nk pegi. ini bukan tok wan. ini datuk tok wan...."
Suara-suara sayup kedengaran memberi pesanan...


Selepas kitorang pergi hiking Broga Hill dan trekking Gunung Tok Wan haritu, kitorang rancang pulak untuk week seterusnya nak naik trekking Gunung Datuk iaitu gunung kepada Datuk Tok Wan. Haha! See gambar keratan akhbar kat atas tu, ni news dalam minggu kitorang rancang nak pergi trekking Gunung Datuk, hari rabu kalau tak silap kejadian neyy. Memang mengganggu mental betol time ni sebab fikir dua tiga kali lagi nak teruskan rancangan ni ke tidak. Punyalah ramai yang naik ikut pada mulanya, tinggal sepuluh orang je yang tinggal nak join. Haha!

Keratan akhbar ni memang cukup menakutkan bagi sesiapa yang tak kuat mental dan fizikal. Aku ok je, cuma yang buat aku ubah fikiran balik nak join ni sebab sabtu tu ingat nak pergi buat latihan kayak. Tup tup tak tahan dengan godaan mebe-membe suruh aku join, ape lagi...cairlahhhh beb! Haha! Aku memang teringin sangat pun nak ikut. At last aku tetap jugak join. Aku jenis yang senang je nak rondeng, kalau takde pape hal, aku on je. Memang for sure aku ikut. Tak banyak songeh beb! :)

Bincang punya bincang, akhirnya mendapat kata putus 10 orang yang join nak trekking Gunung Datuk. Memandangkan ramai yang join, ajk transportation dah uruskan kenderaan untuk kitorang pergi sana. Dengan menaiki dua buah kereta je, kancil dan wish, cukup untuk memuatkan kitorang, 3 orang naik kancil, 7 orang naik wish. Memang riuhlah kitorang dalam kete time tu. Tersangat happening beb! Best dapat kenal diorang semua ni :))

Perjalanan yang bermula dari jam 10.45 malam, kitorang mula berkumpul dan dalam jam 11.30 malam baru nak gerak meneruskan perjalanan. Seperti biasa kitorang akan melencong sekejap dalam perjalanan tu. Malam tu kitorang melencong ke Downtown Serdang dengan membeli kasut hiking baru sorang satu. Semua beli baru okey. Price murah je rm10. Kasut tu memang sesuai sangat untuk trekking. Kasut getah. Sangat selesa.



Okeyy sempat lagi singgah Downtown serdang untuk membeli kasut hiking. Konon pada mulanya nak singgah makan je, tersinggah sinilah pulak dengan masing-masing membawa kasut getah berharga rm10 :)
.
.
Cuba jangan tak cuba, semua beli kasut yang sama okeyy :))
.
.
Eh! Ada halimunan pulak dalam gambaq neyy. Kenderaan yang kitorang naiki untuk pergi trekking neyy.
.
.
Perghhh...semangat siot KEPALA trekking kitorang neyy. Hehe.."Abang comel namanya"
.
.
Persinggahan yang pertama...
.
.
Berehat seketika dengan coklat :)
.
.
Dah nak sampai neyy.......................
.
.
Akhirnya...selepas mengharungi liku-liku bukit yang sangat curam, kitorang nak sampai puncak dah..akan tetapi, tangga-tangga yang sangat menguji mental menunggu sebelum sampai ke puncak.....Hehe..
.
.
Indahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......Subhanallah!!
.
.
Neyylah gua bawah puncak tu...1st time tengok gua =.=" Kesiann.

Antara orang terawal yang sampai ke puncak team kitorang time tu. Lepas tu aku. Hewhewhew.
.
.
Gayat?? Gaung neyy bebbb...
.
.
Antara adik-adik yang join trekking time neyy, ketakutan nak naik tangga. HAha..
.
.
Kenangan beb! Ambik gambaq sat dengan diorang neyy...peramah betol adik-adik neyy...
.
.
Anda gayat? saya tidak gayat..haha...
.
.
Kene fikir dua tiga kali dulu ye kalau korang nak naik gunung datuk neyy....
.
.
Tangga neyy lagilah gayat beb. Siap goyang-goyang lagi....
.
.
Beribu-ribu batu diharungi..kononnya....
.
.
Okeyyy....gambaq dah tak teratur dah. Dah malas nak atur dah. Neyy gambaq before kitorang trekking pagi tu. Ni masih dalam perjalanan kitorang singgah petronas dulu. 
.
.
Air terjun tempat kitorang terjun mandi lepas trekking.
.
.
Dalam hutan. Hehe :))
.
.

Smart giler gambar kitorang kat atas puncak gunung neyy. Jangan jeles yeeee!! Sore eye katanya...
.
.
1 Malaysia!! Haha...
.
.
Punyelah berani duduk tepi gaung. Haha...Gagah perkasa gadis-gadis ini..
.
.
menghayati keindahan alam katanya...
.
.

Okey gambaq parkinson!!
.
.
Neyy before kitorang nak turun. Time turun gunung neyy punyelah ramai orang naik. Nasib baik naik awal kalau tak memang jemlah...
.
.
Syokknyaaa air terjun neyy. Derass sungguh!

Actually, ade kisah di waktu subuh kitorang nak pergi trekking ney. Punyalah lawak kisah neyy. Kitorang sampai gunung datuk kira-kira jam 3 pagi. Disebabkan tak boleh nak trekking pagi-pagi buta, diorang tak benarkan, so kitorang pun melelapkan mata dulu dalam kereta sampailah suatu pagi subuh tuuuu.....



Ade student kolej yang sedang kem di gunung datuk rembau negeri 9....


Tiba-tiba bunyi mikrofon kedengaran menyebabkan kitorang terbangun....

Announcementnya berbunyi begini..

"Bangun bangun bangun...kalau tak bangun bangun...innalillahiwainnalillahiroji'un..."


** Kitorang yang tidur dalam kereta pagi tadi automatik terus terbangun dengar pengumuman ni -.-" **


Haha! 


Sekarang, aktiviti sukan dan rekreasi kelas aku ade (2) dua, first badminton yang akan di set tiap-tiap minggu. At least sekali seminggu kitorang akan turun main. Kalau ade masa free je kitorang akan turun main nak releasekan tension. Second riadah adalah hiking and trekking ke bukit or gunung. Aktiviti ni dah kira tiap semester akan dibuat. Tapi baru-baru ni dah dua kali dalam sebulan kitorang pergi. Memang hebatlah!




Puas hati aku update blog kali neyy :)) Thanks banyak-banyak kawan2 sebab bawak aku pergi hiking dan trekking. Seronoknyaaa :))




No comments: