18.6.12

Semester pertama END

Assalamualaikum



Setiap yang kita lakukan pasti akan ada penghujungnya. Selepas 4 bulan menempuh semester pertama sebagai budak degree, syukur Alhamdulillah, aku dapat menempuhinya dengan tabah walaupun terlalu banyak dugaan yang berlaku. Aku bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tabah.


Namun, di penghujung semester pasti akan membuat hati tak tenteram. Tatkala musim peperiksaan bakal berlangsung. Namun, dengan doa dan tawakal, dengan solat hajat, insyaAllah, hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah, baru2 ni dapat Hidayah dari Allah. Betapa lalainya aku selama ini dengan dunia tanpa memikirkan akhirat :'( Betapa lalainya aku hingga meninggalkan solat. Betapa banyak dosa yang telah aku lakukan sepanjang kehidupan ini.


Alhamdulillah, dengan solat sunat taubat, jiwa jadi tenang, tenteram. Kesabaran dapat dikawal, amat mudah memaafkan, syukur Ya Allah atas HidayahMu :'(



InsyaAllah, dengan berkat usaha selepas ini, dengan doa, aku berharap dapat melakukan yang terbaik.

Exam kerana Allah :')

No comments: