25.9.11

ROS itu amat bermakna


Salam 1 Malaysia guys....

Memandangkan sekarang ni aku dah free lepas habis exam petang tadi freelah sangat walhal satu paper lagi nak ditempuh huh ! Aku nak habiskan hari minggu aku ni dengan menemani blog ku yang terchinta. Almaklumla blog dah jadi cantik kan cantiklah sangat sob2 -_-" . Untuk makluman, sekarang aku dah habiskan 4 paper final exam, 4 paper okeh, bukan 2 atau 3. So that means, lalu nak speaking paper aku tinggal SATU je lagi nak ditempuh. So semuanya ada 5 paper aku ambik last semester ni. 4 + 1 = 5 paper ! Haha..ni khas bagi mereka yang tidakk pandai mathematic !

Ok..agak lari dari tajuk yang hendak dituju...
Cerita yang aku nak tujukan kali ni berkaitan dengan FLOWER. Flower a.k.a Bunga2 Cinta...hikhik :) Entry kali ni bagus untuk Wanita2 yang hangat bercinta sahaja golongan2 jiwang pun boleyy ececeeeee :) Korang minat bunga ROS tak ? cepat ngakukkk...minat kan? minat kan? Eleh, aku tau korang minat..tapi korang minat je tak tau pun makna2 nya...So, aku nak bagitau kat korang qesah2 munga2 Ros nihaaa.

Actually, alkisahnya macam ni ( sebelum teruskan perbincangan tentang munga2 cinta ni ) Agak tertanya-tanya jugaklah tentang bunga ros ni. Nak tahu kenapa? Sebab bunga ros kan banyak warna...so, nak selidik jugaklah ada apa2 makna tak dengan simbol disebalik kaler2 bunga ros tu. Ada orang cakap lambang cinta, lambang kasih sayang, lambang hati, lambang jantung <-----Eh ade ke? So, bagi merungkaikan segala-gala pertanyaan yang bermain di pikiran ni, aku pergi dengan lelajuu nya buat research hingga ke luar negara 
pelusok internet untuk mengkaji apa makna di sebalik warna2 bunga ros ni :) Jom kita terjahhhhhh Mak Tijah......


Ros Kuning


Menurut research yang dibuat, analisisnya menunjukkan bahawa sekiranya korang menerima bunga ROS KUNING dari seseorang menandakan "orang tu" nak jadi BFF korang, Best Friend Forever okek. Jadi, sudi2kan lah diri kamu untuk menerimanya. Kawan ni penting. Tampa kawan, siapalah kita. Hidup dengan bersendirian bagai "katak di bawah tudung saji" . Jadi, renung2kanlah untuk menerima bunga tersebut. Other than that, ( <---Ayat pemes time buat essay BI ) menurut sumber lain, bunga ros kaler kuning ni jugak melambangkan perasaan CEMBURU "orang tu" terhadap kita. Eh, nampak pelik jugak kan. Kejap cakap nak jadi kawan, kejap cakap cemburu. Mana yang betol ni? Ok, jangan salah kan aku, aku hanya mangsa keadaan yang membuat kajian. 

Tapi, dari sumber yang kedua aku buat research ni mengesahkan bahawa Ros Kuning merupakan simbol CEMBURU ! Jadi, AWAS ! guys.... :) Kesimpulannya, aku rasa ros kuning ni sememangnya tidak bermaksud cemburu sebab dalam kata lain, ros kuning sememangnya melambangkan persahabatan. Bunga ros kuning amat sesuai untuk diberikan kepada sahabat handai kita yang tersayang.



 Ros Hitam


Soalan..korang pernah tengok tak bunga Ros Hitam ? Macam pelik je kan..patutla tak pernah, sebab jarang orang nak bagi kat korang tau. Sebabnya? Menurut research lagi researchlah sangat kan bunga ros hitam ini maksudnya memang amat menakutkan...iaitu MATI. Kalau ade orang bagi bunga ros kaler hitam ni korang janganlah terima keh. Alamatnya "orang tu" nak kita sampai ajal awal kot (okeyy, andaian sendiri) Akan tetapiii kan, tapi kalau korang suka sangat dengan kaler hitam sekalipun, pilihlah kaler lain bunga rosnya tuh keh...please..haha..Disamping tu jugak kan, menurut andaian penresearch tu, "orang tu" bagi munga ros hitam sebab nak tunjukkan bahawa korang ni kan tak pernah hadir ataupun wujud dlam hidup dia ! Okey fine, tah hingen pon nak terima bunga tu kan kan. Give me 5 !



 Ros Merah Jambu @ Pink


Bab jambu2 ni aku suke :) Menurut kajian di internet, ramai yang mengatakan ros berkaler jambu ni membawa maksud " koranglah cinta pertama "orang tu" dan menjadi rahsianya selama ini sebab dia malu kot dan koranglah insan yang menjadi kegilaan dia selama ni. Wah, macam romantik je bunyinya. Selain tu kan, maksudnya membawa kepada kebahagiaan sebab warna pink kan membawa maksud kebahagiaan. 

Satu lagi, ada orang mengatakan " sangat mempesonakan apabila pasangan korang ni bagi bunga ros kaler pink ni kat korang sebab ia juga melambangkan maksud yang berbunyi ""saya sangat selesa dan bahagia bila disampingmu"".... Sweet je kan :) Jadi, tunggu apa lagi ? Jejaka2 kat luar sana tu rembat banyak2 bunga ros kaler jambu ni kat kedai sekarang sebab aku rasa semua wanita lepas baca ni teringin nak korang bagi diorang bunga ros jambu nihaaaa...sebab nak feel jugak kan....kalau tak nanti diorang merajok !



Ros Putih


Ros putih " rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih " itulah maknanya ros putih :) Seperti yang korang tahu kan, putih ni melambangkan kesucian, cinta dan damai, ketulusan hati dan yang sewaktu dengannya...Kalau "orang tu" bagi korang bunga ros putih ni, tu melambangkan keikhlasan dalam hati si dia dalam menjalinkan perhubungan yang tidak dapat dilahirkan secara zahir.. Sucinya hati orang tu kan :)

Ada maksud lain jugak :) iaitu, untuk menggambarkan kegembiraan dalam percintaan ataupun untuk memberi pesan macam ni " you are heavenly, i miss you "




 Ros Merah


Haaa...Ros Merah ! Ros merah memang salu kita jumpa kan dimana-mana. termasuk bilik aku :) Kalau merah orang cakap simbol Cinta right ?! Okey, ros merah sememangnya membawa maksud "orang tu" mencintai korang setulus hati dia dan ingin bersama korang selama-lamanya. 

" Aku cinta padamu " Word ni yang paling sesuai untuk menjelaskan maksud sebenar ros merah tau :)



Ros Jingga


Bunga Ros Oren @ Jingga salu orang guna dalam satu kepulan2 yang banyak dengan membawa maksud "orang tu" ingin menunjuk cintanya yang spiritual. Dalam kata lain maknanya kemurnian dan kesucian.

Tapi kan...kan kan kan....ada sumber yang mengatakan bunga ros oren ni membawa maksud macam ni "aku menginginkan kamu" @ "aku ingin mengenalimu dengan lebih dekat @ mengharapkan perhubungan ini untuk pergi lebih jauh".



Ros Ungu


Bunga Ros Ungu ni melambangkan simbol kesempurnaan sebab keindahannya yang mempesonakan. Dalam kata lain jugak untuk menunjukkan perasaan cinta pandang pertama korang. Kalau ada orang bagi bunga kaler ungu a.k.a lavender ni, tu maksudnya dia jatuh cinta :) So, awas la keh...janganlah plak nanti korang segan2 pilu2 bila terima bunga ni :)

Tapi kan..tapi kan, aku lom pernah dapat lagi bunga ros lavender ni..Nak jugak merasa dicintai PANDANG PERTAMA kan :'( Jadi, bagi yang masih berkesempatan tu, berilah bunga ros kaler ungu ni untuk menunjukkan cinta pandang pertama korang dengan insan yang teristimewa..



 Ros Biru


Nampak cantik je kan bunga ros ni. Siyes, cantik giler ! Dahlah bunga ros biru ni jarang nak ditemui dan susah nak ditanam. Sebabnya ? Aku pun tak tau sebab aku x buat research yang tu plak..hehe. So, disebabkan bunga ros biru ni susah nak ditemui, maknanya adalah misteri :) Ataupun boleh dikatakan " korang mencuba mencapai sesuatu yang mustahil "

Kenyataannya, bunga ros biru ni hanya akan didapati di alam fantasi sahaja dan bukannya realiti. Sob2...:'(





Ros Hijau


Bunga Ros Hijau pun tiada bandingannya dengan ros biru. Sungguh cantikkan keindahan Ilahi ni. Makna bunga ros hijau ni adalah kesuburan dan kehidupan baru. Selain tu kan, bunga ros hijau jugak dikaitkan dengan kekayaan dan keuntungan. So, bagi yang inginkan perubahan hidup, hiduplah dengan bunga ros hijau. HAHA :)



Ni pun aku copy entah dari mana :) Untuk tayangan semata-mata...

1 Rose
Cinta pandang pertama.
2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain.
3 Roses
I love you.
6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu.
7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu.
9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa.
10 Roses
Kamu adalah sempurna.
11 Roses
Kaulah yang paling berharga dan yang paling disayangi.
12 Roses
Be my steady.
13 Roses
Peminat rahsia.
15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya.
20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadapmu.
21 Roses
Aku setia padamu.
24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari.
33 Roses
Menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi.
36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama.
40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen.
50 Roses
Cinta yang tiada sesalan.
99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku.
100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia.
101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku.
108 Roses
Jom Kahwin!.
365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari.
999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila.


Aku paling suka bilangan 108 tuh ! Haha...gatai sungguh ! :)

p/s : Janganlah korang percaya 100% semua ni okeyy,...ini adalah research semta-mata, fakta semata-mata, mungkin 0.09% adalah benar, tetapi yang mengetahuinya adalah Allah. Hanya Dia yang Maha Tahu :)



Terima kasih sebab sudi membaca :)

2 comments:

niesh™ said...

ros putih pilihan kmk. hahha :)

نورزاليخا بنت السعدي said...

kmk mok biru...hehe..klak kmk tanam sendirik :)