30.1.14

Lama dah tak menaip....

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah.
24.07.2013, tu tarikh terakhir entry blog ni. Rasanya dah nak dekat setahun tak sentuh langsung blog ni. Dulu bukan main lagi update sana, update sini, cerita melambak-lambak, idea mencurah-curah bagaikan air dicurah ke daun keladi. Eh! Nak cakap rindu tak, nak cakap rajin tak jugak, tapi yang pasti masa nak update blog tu takde, and rasa malas nak sentuh blog pun ade. Setakat melawat blog tu adelah. Tapi log in blog ni sejak tarikh last entry baru sekarang nak sign in balik, punyelah malas kan?

Anyway, banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang setahun tak update blog ni. Cerita yang paling latest, aku baru selesai menghabiskan ijazah sarjana muda. Sekarang tunggu result yang akan keluar 14 februari ni. InsyaAllah, berharap lulus semua supaya dapat konvo bulan mei ni nanti. Tapi, tak bermaksud title "student" tu dah hilang. Semester lepas dah decide untuk sambung master terus kebetulan dapat offer daripada supervisor untuk continue master dengan grant jadi Research Assistant diberi gaji rm1500. Bila fikir-fikir balik, kenapa pulak aku nak tolak offer tu kan? Ade kebaikannya jugak, lagipun cita2 aku selama ni nak jadi seorang pensyarah. Nak jadi lecture sekarang ni basic mesti ade master. So, i decide sambung terus master untuk intake March ni. Bulan februari ni dah kena start keje, so kene duduk faculty dari jam 8am till 5pm, nama pun dapat gaji kan. Huhu...

Anyway, bulan 9 tahun lepas. pergi trip ke Bali, indonesia. Memang tak dinafikan tu first time pergi oversea. Yelah, bukan anak orang kaya pun nak selalu sangat kan, kebetulan time tu ade trip akademik. Dan sangat bersyukur sebab berpeluang untuk melawat negara lain. Subhanallah, sangat cantik tempat2 yang dilawat. Impian sekarang kalau boleh teringin nak pergi ke Europe country. Turki pun jadilah. Chewah !


dan...tiba2 rasa malas pulak nak continue menaip....k bye.

1 comment:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

skrg ni mood nk update blog mmg dh makin kgr :(

btw, keep blogging ok? :)