6.11.12

Jangan biarkan aku jatuh cinta

♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥





Jangan pikat wanita kalau tak bersedia untuk cintakan dia, 
Jangan buat wanita jatuh cinta kalau tak cintakan dia, 
Jangan memberi wanita harapan kalau tak pasti,
Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuknya, 
Jangan mainkan perasaan wanita kalau tiasa perasaan untuknya..



" Cintailah dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah "



Biarkanlah cintaku hanya kepada Allah kerna cinta manusia tidak kekal. Kalau benar kau jodohku, pasti akan bersatu jua.




5.11.12

Just writing....

♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥



Just take a time to write something tonight. Kadang-kadang masa yang terluang tak tahu nak buat ape, just habiskan dengan menulis blog. Even masa terhad kengkadang, cuba untuk meluangkan masa untuk merehatkan otak dengan menulis blog.



Just lets take your time to recite Quran even you are busy. InsyaAllah hidup akan jadi tenang seketika.


Kadang-kadang, lalai dan leka sering menguasai diri, tapi berusaha dengan sebaik mungkin untuk tidak lalai dengan perintah Allah. Berusaha dengan sebaik-baiknya untuk melakukan perkara yang wajib. InsyaAllah akan tenang selepas menunaikan kewajipan itu.


Setiap kali solat diiringi dengan doa memohon kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa yang lepas, diterima ibadah dan taubat, berharapkan Hidayah dari Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.



Thanks Allah for everything (:


4.11.12

I'm proud even start from Diploma..

♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Assalamualaikum ♥





Alhamdulillah ♥ Syukur Ya Allah.
Tiba-tiba teringin nak menulis entry ni. Mesti orang pandang rendah dengan mereka-mereka seperti aku ni yang bermula dengan hanya diploma bukan seperti budak-budak matrik mahupun maktab. Budak-budak pandai yang takkan pandang diploma yang mengambil masa yang lama untuk belajar. Tapi, dengan kesabaran dan ketabahan, aku tetap tempuhi waktu yang panjang ini untuk menuntut ilmu.

Kalau dulu, aku pernah bercerita tentang kisah aku nak sambung palajaran. Dan sekarang aku boleh nampak raut wajah gembira ayah melihat keputusanku yang agak cemerlang even tak dapat nak mencapai 3.50 keatas. 3.41 sudah cukup untuk aku membahagiakan ayah.

Tapi bagi aku sekarang, angka itu belum cukup untuk membuat ayah bangga. Kini dengan permulaan result 3.25 untuk semester pertama degree sudah cukup untuk menaikkan semangat aku untuk menaikkan pointer setiap semester seperti yang aku lakukan waktu diploma dulu.




Wajah gembira mak ayah waktu konvokesyen diploma dulu sudah cukup untuk memberi semangat kepada aku untuk target kelas pertama ijazah ni. Itulah harapan dan impian aku. Aku ingin buktikan kepada mak ayah yang aku mampu seperti abang-abang dan kakak aku yang berjaya hingga sekarang. Alhamdulillah, dengan pertukaran kelas semester ni jugak telah menaikkan semangat aku untuk study. Lebih-lebih lagi mempunyai sahabat-sahabat yang sangat baik dan banyak membantu aku dalam pelajaran.

Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan aku sekarang even terasa masa tidak mencukupi untuk aku semester ni, aku tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik demi mencapai impianku.




Ingin sekali lagi aku naik ke atas pentas dengan laungan nama yang dibesarkan. Dengan ijazah kelas pertama. Semoga impian ini dapat dicapai dan memberi senyuman dan tangisan kegembiraan di wajah mak dan ayah. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik mak ayah. Usaha dan tawakal, solat yang tak ditinggalkan, insyaAllah dapat merubah segalanya.

Tak mustahil apa yang kita impikan akan menjadi satu kenyataan suatu hari nanti. Dengan berkat usaha, restu dan doa mak ayah, pasti akan berjaya. Aamiin Ya Rabalalamiin.