23.6.10

alkisah hdpku yg cdeyh sgt2~~


;-(

Dulu……
Aku hanya wanita biasa yang tak lepas dari kesilapan. Dari dulu hingga sekarang,aku tak pernah berubah. Aku masih seperti dahulu.Zaman persekolahan memang amat menyeronokkan bagiku.Akan tetapi,jiwa zaman kanak-kanak menyelubungi diriku. Aku tidak belajar bersungguh-sungguh,aku mementingkan pbermain daripada belajar.Apabila menjelang peperiksaan baruku belajar bersungguh-sungguh.Akan tetapi,segalanya telah terlambat. Aku menjadikan ia kebiasaanku hinggakan aku gagal dalam pelajaran. Keputusanku tidaklah teruk sangat..hanya sekadar cukup makan je...hmmmm.....
Masuk ke alam persekolahan asrama penuh memberi impak yang besar kepadaku. Memberi banyak pengalaman kepadaku. Memberi banyak pengajaran kepadaku. Akan tetapi,aku tidak lepas dari melakukan kesilapan. Aku tidak lepas dari "cinta monyet" pada zaman persekolahan. Aku akui,kesetiaan dalam diriku memang ada,tetapi,bila berjumpa yang lebih baik aku akan berpaling tadah. Inikah yang dikatakan setia??!!
Aku tidak dapat memahami perasaankuu sendiri. aku buntu!!
Di sekolah, aku tidak belajar bersungguh-sungguh. Aku mengulangi kesilapanku di zaman sekolah rendah dahulu. Menjelang peperiksaan baru aku belajar bersungguh-sungguh sehingga aku mengambil peperiksaan spm...peperiksaan yang menentukan masa depanku. Aku langsung tidak mementingkan pelajaran sehinggakan keputusan spm diumumkan. Keputusanku memang tidak cemerlang,tapi memuaskan. Bak kata orang "cukup makam je"...
Beberapa minggu kemudian, keputusan kemasukan ke matrik,maktab,F6 dan ipta pun keluar....apa yang aku dapat??
maktab?matrik?..tempat untuk pelajar yang cemerlang,bukan seperti aku!!
Aku hanya mendapat tawaran daripada politeknik jurusan ukur tanah dan F6 jurusan agama.
Aku tidak tahu hendak memilih apa...akan tetapi,ayah menyuruhku masuk F6. Lupakan politeknik kerana terlalu jauh nun jauh di Kedah. mula-mula aku terima,tapi ayah suruh aku pindah ke Smk Oya aliran biasa. Aku ikut. Aku pun pindah. Aku ambil jurusan perniagaan disebabkan kawanku banyak ambil jurusan tersebut.
Bermulalah kehidupanku di sekolah aliran biasa dan bukan lagi sekolah agama yang tempatku belajar selama 5 tahun. Tempatku belajar tentang agama dengan lebih mendalam. Aku rasa bersyukur kerana berkesempatan untuk mempelajari bahasa arab. Memang susah untuk difahami,tapi amat beruntung kerana dapat belajar bahasa syurga.
Balik kepada cerita di sekolah Smk Oya..sampai sahaja di sekolah tersebut,tinggal di asrama,aku tidak dapat membiasakan diri kerana selama ini aku tinggal di sekolah yang penuh dengan zikrullah. Jarang sekali aku melihat lelaki dan perempuan bersentuhan. Tetapi????...amat menyedihkan, aku mendapat kejutan budaya di sekolah "baruku" itu. Setengah tahun aku di sekolah itu, cukup memberi pengajaran kepadaku. Aku tidak mempunyai kawan di asrama kerana kawanku semuanya harian. yang ada cuma kawan sekampungku,iaitu seniorku. Aku juga tidak dapat membiasakan diri dengan makanan di dewan makan sekolah itu. Aku sanggup berlapar 2 minggu tak makan nasi,cuma beralaskan perut dengan mee segera.
segala-galanya berubah setelah aku mengisi permohonan kemasukan ke uitm dan diterima dalam jurusan diploma bangunan di uitm samarahan.
Pada mulanya,aku berasa takut untuk memberitahu ayah,akan tetapi disebabkan kehidupan di asrama aliran biasa yang tidak dapat aku bertahan mendorong aku untuk menerima tawaran uitm. Ayah membantah!! AKu tetap berdegil. Aku tetap dengan pendirianku untuk masuk uitm. Akhirnya ayah mengalah. Maafkan aku..:-(...
Pada mulanya ayah memang melarang aku berhenti dari tingkatan 6,tetapi disebabkan keras kepalaku, akhirnya aku mulakan kehidupan baru di uitm samarahan. Kehidupan aku bermula dengan bergelar mahasiswi. Aku budak U!!
Itu yang aku banggakan. Aku menjejakkan kaki ke uitm dan berazam akan belajar bersungguh dan buktikan kepada ayah yang aku dapat lakukan apa yang aku sendiri putuskan. Kehidupan di universiti banyak merubah diriku. Dari seorang budak kampung menjadi seorang yang pandai bergaya. Aku leka seketika dengan wang untuk bergaya. Aku sedar tujuan ku ke uitm untuk belajar, Aku tekad untuk balajar bersungguh-sungguh hingga dapat menggapai segulung ijazah. Aku berazam untuk menyambung pelajaranku nanti di uitm shah alam. Itu janjiku!!
Aku seorang yang sombong!!??Ya..memang aku akui...aku kadang-kadang tidak sedar aku bersikap riak. Aku ingin sekali merubah sifat tersebut dalam diriku. Aku ingin menjadi seorang wanita yang berpegang pada agama islam. Menjalankan kewajipan sebagai seorang muslimah. Aku ingin membuang sifat-sifat buruk dalam diriku. Sehingga kini aku sentiasa mencuba untuk menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah. InsyaAllah....
Keputusanku semenjak menjejakkan kaki uitm semakin baik. Aku berasa amat bersyukur. Terima kasih ya Allah. Aku akan cuba yang lebih baik.
cinta???
cintalah yang telah membunuhku. Yang telah membunuh kehidupanku. Aku tidaklah secantik wanita di luar sana. Aku bercinta dengan banyak lelaki setelah aku putus cinta buat kali pertama. Tahun 6??sejak itulah aku mula terjebak dalam alam percintaan. Memang terlalu awal!! Aku mudah terpengaruh. Aku mengikut jejak kawan-kawanku. Ikut kawan??tapi apa gunanya?Akhirnya membinasakan diri sendiri. Aku lupakan pelajaranku. Aku leka dengan cinta. 8 orang lelaki. Sebanyak itulah aku bercinta. Akan tetapi,aku tinggalkan begitu sahaja dan akhirnya aku ditakdirkan bercinta dengan seorang lelaki yang bernama mohd faizal. Mohd Faizal!! Itulahh lelaki yang paling setia pernah kukenal. Seorang lelaki yang amat kusayangi. Seorang lelaki yang sanggup berkorban demiku. Aku mempercayainya sehinggakan aku berjanji untuk sehidup semati dengannya. Hampir 2 tahun hubunganku dengannya. Aku banyak melakukan kesilapan,aku selalu menipunya,aku tidak setia dengannya. Aku sayang dia. Tapi aku tidak layak untuk lelaki sepertinya. Dia terlalu baik bagiku. Aku memutuskan hubungan kami berdua dengan alasan yang bodoh!! Aku masih sayang dia, tapi aku tak sanggup lagi untuk menipunya. Aku tahu dia akan mendapat perempuan yang lebih baik lagi dariku. Perempuan yang dapat menyayanginya sepenuh hati. Aku kejam!! Aku tidak tahu menjaga perasaan orang. Aku bodoh!!:-(
Aku berusaha untuk mencari yang lebih baik sedangkan yang terbaik ada di depan mata. Aku sedar,tapi aku ada alasan yang tersendiri yang tiada siapa pun dapat memahaminya. Aku akan sentiasa menyayangi dan merinduimu Faizal. Aku berharap kau akan mendapat jodoh yang baik..aminnn....
Setelah beberapa bulan aku berstatus single, aku merasa lebih selesa dan tidak terfikir untuk terjebak dalam alam percintaan lagi. Aku berazam untuk fokus dalam pelajaran terlebih dahulu.
Suatu hari,aku berkenalan dengan seorang lelaki melalui facebook. Lelaki ini bernama ab. Aku tahu perkenalan kami berdua mungkin jodoh bagiku. Tetapi, aku kuatkan peganganku untuk tetap single sehinggaku habis belajar. Dia seorang lelaki yang boleh mendidikku di masa depan menuju ke jalan Allah. Calon seorang suami yang soleh. Mempunyai kerja yang tetap,kuat pegangan agama. Aku tahu dia terbaik, tapi aku tidak mahu berfikir jauh. Aku mahu study!! Aku buang jauh-jauh perasaanku. Dia kata"kalau dah memang jodoh memang takkan kemana"...aku pegang kata-kata tersebut. Cerita "ketika cinta bertasbih"...memberi pengajaran kepadaku. Aku sedar, kalau memang sudah dijodohkan takkan kemana. So,aku memilih untuk belajar bersunguh-sungguh dan lupakan alam percintaan buat seketika.

Sekarang……
Aku mula menjauhkan diri daripada lelaki. Aku tidak mahu terlibat dalam percintaan buat masa ini, walaupun ada lelaki yang rapat denganku. Aku ingin mengambil apa yang berlaku padaku selama ini sebagai pengajaran bagiku menghadapi kehidupan pada masa akan datang. Aku cuba menghilangkan diri dari pandangan mereka. Aku ingin mereka sedar bahawa aku mula jauh dari kehidupan mereka....CINTA BOLEH MELALAIKAN KITA...JANGANLAH TERLEKA KERANA CINTA....

No comments: