24.6.10

blog=diari...

blog oh blog....
seperti diari..
untuk ku ceritakan luahan hatiku...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jangan tinggalkn 0rg yg kta syg untk 0rg yg kta ska,
krn 0rg yg kta suka akn tingglkn kta untk 0rg yg mereka syg..
jgn prnh dptkn apa yg kta syg,
tp syglh dgn apa yg kta ada,
sblm kta kehilngnhttp://www.blogger.com/img/blank.gif apa yg kta syg,
mungkn 0rg yg sygkn kta,
adalh 0rg yg sebnrnya kta syg,
krn 0rg yg kta ska mungkin hanya sukakn kta tanpa rasa syg..
....................................................................................

demiNya kutinggalkanmu sementara,
walaupun diri ini sukar untuk melupakanmu,
namun apakan daya,
antara engkau denganNya,
Dialah segala-galanya,
biarlah kita berpisah dahulu,
menggapai cita-cita,
bila tiba saatnya,
kita pasti bersua,
di saat itu aku sedia menerimamu,
sebagai teman hidupku.
....................................................................

dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis...
peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman.
.....................................................................

aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku,
sahabat yang baik adalah yang seiring dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan mati,
kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenal-kenalan kerana aku akan berasa senang,
semakin ramai sahabat,
semakin aku percaya diri,
aku selalu berharap untuk mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka,
jika aku dapat,
aku akan setia padanya...
........................................................................

ya Allah..
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu.
ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
ya rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.
ya Rabbul Izzati,
jika kau rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
.....................................................................

nafsu....
mengukur wanita itu cantik atas dasar rupanya..
akal....
menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya..
hati....
menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya....
.................................................................

No comments: