6.10.12

Pengalaman yang takkan dilupakan

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 



Picture : Sumber GOOGLE

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :')

Hanya itu yang mampu aku cakap setelah dua minggu berhempas pulas mengejar masa ingin menyiapkan assignment yang sangat dasyat. Memang dasyat dan sangat mencabar kesabaran dan kemampuan untuk speaking ! SPEAKING okeyy!


Fuh ! Baru dapat melepaskan rasa lega 70% sebab tak siap sepenuhnya. Minggu lepas tersangatlah sibuk hinggakan masa pun tak cukup nak rehat. Minggu ni pulak sebok memanjang dengan call company untuk interview managing director @ project manager. Tersangatlah sakit hati bila semua company yang di call semuanya tak memberi kerjasama yang baik. Ada yang siap marah, bahasa kasar, ada certain je yang lembut bahasa. Tapi malangnya tiada satu pun company yang beri kerjasama sepenuhnya.


Hinggakan kitorang sanggup redah je company yang tengah buat construction. Meredah site office dengan muka yang tak tahu nak malu. Dengan rasa konfidennya mencuba nasib akibat terdesak. Akhirnya berhasil jugak. 


Picture : Sumber GOOGLE


Bila dapat je assignment ni, pada mulanya memang semangat habis nak buat assignment ni. Tapi bila kebanyakan company yang dicari tak memberi kerjasama, terasa sedikit fed up. Tapi dengan semangat yang ada, aku ngan kawan-kawan tetap berusaha untuk menyiapkan assignment ni. Bak kata orang " usaha kunci kepada kejayaan "..


Monday-Thursday

Hari yang sangat sibuk hampir setiap hari mencuba call company area Selangor/KL. Dengan semangatnya print out list company construction from web CIDB & PKK. Tapi apakan daya, bukan rezeki. Bersabar dengan penuh keimanan. Lima hari yang sangat mencabar jiwa.


Friday

Dengan semangatnya aku ngan membe teruskan pencarian untuk menyiapkan assignment yang diberi. Dan, keputusan pun dibuat. Time tu, membe dah dapat company baru, so company first yang dapat tu membe bagi aku. Then company yang aku dapat kat Cheras tu aku bagi kat membe sorang lagi sebab tak tau jalan dan takde transport. Dengan nekadnya aku dengan membe aku mencari alamat company yang nak diinterview even tak tau jalan. Alamat company tu dekat Taipan Jalan USJ10. Dengan bantuan perkhidmatan awam dan google map, akhirnya kitorang berjaya jugak menjejaki alamat company tu. Kalau nak diceritakan memang sangat panjang. 

Mula-mula, membe ajak pergi survey alamat company tu sebab takut kalau pergi keesaokan harinya nanti sesat pulak. Sebab appointment interview tu jam 10 pagi sabtu. Tengah hari tu aku ngan membe aku berdua je pergi mencari alamat company tu. Dengan menaiki KTM Padang Jawa ke Subang Jaya, lepas tu hampir sejam tunggu bas nak ke Submit, kitorang singgah solat zohor dan asar di surau Submit.




Punyalah lama kitorang tunggu bas dekat Submit tu nak menuju ke Taipan, hampir dua jam jugaklah. At last putus asa, aku ngan membe aku decide naik teksi je. Dengan perasaan berhati-hati, aku tanye pakcik driver teksi dulu tambang ke Taipan sebab kadang-kadang diorang tak guna meter dan menipu penumpang. Dan syukur Alhamdulillah Allah telah menghantar manusia yang baik hati kepada kitorang. Punyalah baik pak cik driver teksi tu siap sanggup pusing-pusing tolong kitorang cari company tu.


Then, kitorang decide nak turun je sebab kesian dengan pakcik teksi tu tolong pusing-pusing tapi still tak jumpa alamat company tu. Punyalah penat kaki berjalan dari pagi sampai petang. Lepas office hour pun kitorang still tak jumpa office tu. Tapi dengan nekadnya tetap tabah mencari semata-mata untuk menyiapkan assignment ni.


Pengalaman yang sangat mencabar untuk aku dan membe aku di negeri orang even tak tahu jalan kitorang main redah je dengan bantuan perkhidmatan awam yang ada. Even berjalan kaki lebih banyak daripada menaiki kenderaan. At last, kitorang jumpa pun company yang dicari dengan bantuan orang dan Google Map handphone aku. Google Map pun tak boleh nak percaya sangat time tu.


Picture : Sumber GOOGLE

Perjalanan yang sangat mencabar dan jauh


Fuhh!

Memang lega sesangat bila dah jumpa alamat company tu. Before balik, aku ngan membe aku menyempatkan diri untuk menshoppingkan diri di Carefour Subang. Dan aku berjaya menahan nafsu untuk membeli belah dengan hanya membeli casing diary untuk handphone aku setelah sekian lama mencari. Tu pun nasib baik dapat harga murah RM25 je. Alhamdulillah :')


Saturday

Alhamdulillah. Interview berjalan dengan lancar pada hari ni. Atas bantuan classmate yang membawa aku dengan membe aku, berjaya jugak sampai ke company tu untuk interview managing director. Nasib baik ada classmate tolong hantarkan, kalau tak memang tak taulah macam mana. Dan aku bersyukur sebab aku ada kawan macam Lini yang sanggup teman aku dari mula-mula sampailah semuanya berakhir dengan jayanya.

Pengalaman interview managing director memang takkan kulupakan. Pengalaman macam ni yang membuatkan aku lebih confident dan bersemangat lepas ni untuk talk to other people yang berjawatan tinggi. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan communication skill aku. Nasib baik ada Lini yang sentiasa membantu aku. Kitorang saling bantu-membantu. Pagi interview tu Lini temankan aku. Petang tu pulak aku temankan Lini untuk interview pulak. Dan Lini jugak teman yang selalu sama turun kelas dengan aku. Dan dia jugak teman yang selalu bersama aku ke surau untuk solat dimana jua berada. Alhamdulillah Ya Allah.

Pengalamaan ni mengajar aku supaya saling tolong-menolong sesama kawan supaya nanti kita senang di kemudian hari. Aku bersyukur sebab ada kawan yang baik di sekeliling aku sekarang. Syukur sangat-sangat.


Saat interview

Banyak nasihat yang aku dapat daripada interview managing director dan project director hari ni tadi. Aku rasa sangat-sangat bertuah pada hari ni sebab mendapat advice daripada orang seperti mereka. Akan aku ingat sampai bila-bila. Untuk masa depan aku jugak. Tapi sayangnnya souvenir yang aku nak bagi kat managing director tu terlupa pulak nak bagi. Bila dah on the way nak balik tadi baru teringat lupa nak bagi. Hmm...bukan rezeki dia.


Nilah souvenir yang aku nak bagi tu. Rasa serba salah pulak bila tak bagi :'(


Selesai je interview petang tadi, aku dengan Lini pergi rehatkan diri di A&W sebentar sebab seharian kitorang jalan. Memang tersangat penat. Dua hari berturut-turut berjalan. Badan pun penat. Malam ni nak tidur awal. Esok nak sambung buat kerja pulak. Dan kerja mencari company lain tak habis lagi sebab aku nak tolong membe aku carikan. Kesian dia dah bagi company yang dia cari at first tapi at last dia sendiri yang tak dapat. So, aku nekad nak tolong dia sampai dapat company tu. Aku berdoa kepada Allah agar urusan kami dipermudahkan. Semoga Allah mendengar doa aku. Aamiin.



Aku rasa dah cukup panjang cerita dan pengalaman yang aku ceritakan. Badan pun dah terasa penat sangat ni. Nak masuk tidur dulu. Penat sangat-sangat. Selamat malam.


Picture : Sumber GOOGLE

" Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabat-sahabatku Ya Allah dalam menyempurnakan tugasan ini. Aamiin "


No comments: