18.1.13

Masa berlalu tanpa disedari

 Assalamualaikum 




Tanpa disedari, masa telah berlalu dengan cepat, tanpa sempat untuk kita menoleh kebelakang. Masa, andai dapat diundur pasti kita ingin merubah ianya ke arah yang lebih baik daripada apa yang telah berlaku. Masa berlalu tanpa disedari. Begitu cepatnya ia berlalu pergi. Terasa berada dalam mimpi tatkala semalam baru je masuk semester baru, tapi hari ini kenyataannya cuti semester telah pun bermula. 

Begitu berharganya masa kalau tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, maka kita yang akan rugi. Banyak perkara yang berlaku menjadi kenangan untuk kita. Kengkadang, masa itu yang memberi kenangan untuk kita agar kita menghargainya suatu saat nanti.




Memori, suatu keindahan bagi kita bila dikenang. Kadang-kadang, sesuatu yang telah berlalu akan dirindui jua suatu hari nanti. Itu yang pasti. Kenangan suatu keindahan saat semuanya telah berlalu pergi. Tatkala terkenang semula kisah lalu, senyuman terukir di bibir. Syukur alhamdulillah Allah telah memberikan keindahan dalam hidup ini even hanya sebentar.





Keindahan untuk mengenali "mereka" sangat disyukuri. Sahabat-sahabat sepanjang satu semester ni yang memberikan aku semangat dalam apa jua perkara, sahabat-sahabat yang banyak meluangkan masa untuk bersama. Korang sememangnya sahabat baik aku dunia dan akhirat. Blessed to have them in my life.



22 Disember 2012 - 02 Januari 2013
Memang banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang seminggu study week haritu. Seminggu yang diberikan untuk mengulangkaji memang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerna inginkan kejayaan. insya-Allah. Seminggu study week memnag tak cukup untuk mengulangkaji enam subjek dari mula sampai akhir. Terasa dikejar masa hinggakan waktu tidur pun dah terbalik, siang tidur malam berjaga. Bukan setakat tu, yang menghairankan aku, entah kenapa tiba-tiba semangat nak ulangkaji final exam semester ni bagai membuak-buak rasanya. Yang mengejutkan, aku manfaatkan dengan betul-betul masa yang diberi untuk ulangkaji. Sebabnya, sebelum-sebelum ni aku tak pernah pun nak guna study week untuk ulangkaji sejak diploma lagi. Study week tu aku banyak main dan tengok movie je. Nak bejaga malam-malam untuk study apatah lagi, memang tak pernah dibuat aku langsung.

Semester ni terasa seperti banyak dorongan yang membuatkan aku untuk meneruskan perjuangan menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang student. Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang banyak membantu aku memang cukup membahagiakan. Thanks friends (sandra, lini, alice, nana, ila, fiza dan jo). Cukup bahagia dapat kenal korang even baru satu semester kenal rapat except sandra yang forever friend aku. Hihi.

Dalam waktu study week tu, terselit jugak alkisah lawak + malu aku =.=". Alkisahnya berbunyi begini...


Waktu tu, aku tolong abang aku untuk dapatkan motosikal untuk dia turun kerja almaklumla baru dapat kerja. Area sini jugak, Klang. tapi abang aku sewa rumah area-area tempat aku menyewa jugak. Dua tiga blok dari rumah aku je. (next semester dapatlah aku minta duit belanja dengan abang aku yang sorang neyy..maklumla gaji based on master mestilah banyak kan) Haha! (Gelak kejammm). Okey, nak dipendekkan cerita, bila dah dapat motosikal tu, aku mintalah tolong kawan aku sorang ni temankan aku ambik moto tu then tunjuk jalan. Punyalah eksaited nak merempit kat bandar macam ni, hinggakan nak memotong kereta pun was-was jadinya. Haahaa! Alahai, tak guna ada lesen tapi takut. Hihi. Alahai ika.. Then, lepas ambik moto decide nak direct terus ke fakulti, almaklumla jadi cikgu haritu nak ajar member2 akaun. So, punyalah dengan konfidennya merempit ke fakulti dengan moto tu, then dengan rasa lupa diri bahawa fakulti kitorang sememangnya jalan berbukit bukau, terlupa nak tukar gear. Dengan rasa konfiden pada mulanya guna gear empat, bila dah sampai fakulti terlupa nak tukar gear akibat eksaited sangat, moto pun terundur balik kebelakang. Haha, dengan rasa menggelabahnya cepat-cepat tekan break tangan dan kaki, tukar gear satu, terus jalan. Nasib baik time tu sempat tekan gear, kalau tak memang hancusss la kereta lecturer dekat belakang time tuh. Kebetulan pulak ade membe naik moto jugak time tu kat belakang. Fuhh! Memang cukup menakutkan. Maklumla first time nak merempit kat shah alam ni. Haha! Kesian.

Stop story.


03 Januari 2013 - 17 Januari 2013
Final exam kali ni, memang dapat jawab untuk lima paper first tu, tapi cuma dua paper yang konfiden jawab, tiga paper lagi tu dapat jawab tapi tak tau jawapan tu betul ke tak, main goreng aje. Memang cukup risau. Belum lagi kena dengan paper terakhir semalam, menangis air mata darah dibuatnya. Terasa macam tak berbaloi struggle bagai nak gila study paper last hinggakan sanggup tidur sejam je semata- mata nak faham semua silibus. Tapi bila dah masuk exam, ya Allah :'( terasa macam nak nangis kot jawab soalan tu. Silap banyak, dah tu masa tak cukup pulak. Tahu jawapan tapi masalahnya soalan high order thinking. Tak dapat nak relatekan dengan apa yang die nak. Hmm, tak boleh nak fikirkan dah, mampu berserah je lagi. Tawakal, berdoa agar lulus je. Niat nak naikkan pointer dah hancur lebur dah gara-gara paper last :'( Hanya mampu mengharapkan keajaiban berlaku. Hukhuk.



Anyway, lupakan segala masalah yang berkaitan dengan pelajaran, kita ambik feel cuti semester yang dah start ni hilangkan segala stress, tekanan yang dialami. It's time to going back guys. Jumpa ibu ayah. Jumpa adik-beradik. Jumpa anak-anak buah Teh ika. Jumpa yang tersayang. Eh! (dalam mimpi ajelah jodoh tak muncul lagi, hukhuk).


sarawak. i'm going back. i'm coming home!!




i'm miss u home! dis coming sunday morning fly to sarawak. kuching, here i come. mukah few days later. hihi.



 rumah kampung aje. :)




No comments: