9.1.13

Mencari, mencari dan terus mencari.....

 Assalamualaikum 



"Ya Allah Aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku.. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia"



Kadang-kadang kesunyian terasa, tapi aku tahu Allah sentiasa ada disisiku sepanjang masa. Aku tahu Allah memberi ujian ini agar aku sentiasa bersabar kerna nikmat dari Allah itu pasti ada. Ujian bukan kerna berjauhan, tapi kerna Allah belum datangkan insan yang bakal menjagaku suatu hari nanti. Tipu kalau aku katakan aku tidak cemburu melihat insan lain berbahagia dengan yang tersayang. Tapi aku tahu Allah mahu ianya berada di jalan yang benar. Mengalir di jalan Allah yang akan menuju ke syurga. insyaAllah.


Impian?


 Kebahagiaan?


Semua orang punyai impian dan inginkan kebahagiaan dalam hidup masing-masing. Termasuk aku. Aku inginkan kebahagiaan yang ditakdirkan oleh Allah SWT suatu hari nanti. Aku yakin pasti ada. Mungkin bukan sekarang, bukan esok, bukan dalam masa terdekat, tapi aku pasti akan ada kebahagiaan itu cuma kesabaran itu penting. Semua ini hanya ujian dari Allah.


Apa yang aku inginkan? Cuma seorang insan yang boleh membawaku ke jalan Allah, yang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah, yang tidak akan melalaikan aku dan seorang insan yang sayang aku kerana Allah. Kadang-kadang, harapan palsu manusia sangat menyakitkan hinggakan hati terluka dan kecewa. Kerna itu aku bersabar kerna aku tahu jodoh itu pasti ada, cuma Allah mahu aku bersabar seketika. 


"cintailah aku kerana Allah, maka cinta yang akan kuberikan juga kerana Allah, itulah yang sebaik-baiknya"


Kadang-kadang apa yang kita harapkan bukan itu yang akan terjadi. Percayalah semua itu pasti ada hikmahnya. "being single means you are strong enough to wait for what you deserve". Single itu hanya sementara. Bersabarlah seketika , Allah pasti akan hadirkan seseorang untuk kita. Setiap hariku berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang boleh membawaku ke jalan Allah. Aku tahu, mungkin terlalu awal bagiku untuk memikirkan semua ini, tapi tak salah untukku berdoa untuk masa depan.






Ketenangan boleh dicari dengan pelbagai cara. Apa yang hanya mampu aku lakukan hanyalah dengan membaca ayat-ayat suci AlQuran. Kadang-kadang ketenangan itu penting untuk bermuhasabah diri agar tidak lalai dengan duniawi.


Kadang-kadang, kita bila sudah kehilangan baru merasakan yang dia dahulunya amat berharga dan menyesal kerna tidak menghargainya suatu ketika dahulu.



Alangkah indahnya kalau ada insan yang seperti......



Awak, awak dah solat?
Awak, jom solat dah azan ni.
Awak, jom tenangkan diri dengan ayat Quran.
Awak, jom kita tunaikan solat sunat untuk mencari ketenangan sebentar.




Awak, saya tak inginkan kesempurnaan dalam diri awak, cukuplah sekadar awak mampu membawa saya ke jalan Allah agar kita tidak lalai dengan duniawi.




"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membawa aku ke jalanMu Ya Allah. Perkenankanlah Ya Allah"





No comments: