19.9.12

Semester baru bermula

 Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum  Assalamualaikum 



Picture : Sumber GOOGLE



Minggu pertama jadi penyewa luar

Mula-mula sebelum bertolak balik ke shah alam ni, beberapa hari sebelum tu, aku menangis hinggakan terasa taknak balik ke shah alam. Sehari sebelum nak bertolak, malam tu memang tidur tak lena. Menangis sorang-sorang dalam bilik sebab taknak tinggalkan mak ayah. Menangis taknak tinggalkan bilik. Menangis taknak tinggalkan rumah. Menangis taknak tinggalkan kampung.


Kadang-kadang rasa macam nak cepat je masa berlalu. Mula berfikir, macam mana keadaan rumah yang aku sewa. Macam mana dengan bakal housemate aku. Macam mana dengan bakal roommate aku. Agak-agak aku akan okey tak dengan diorang. Semuanya terlintas di fikiran. Memang tipu kalau aku tak ingat semua tu.


Dan sampai je shah alam, lepas kenal-kenal semua, Alhamdulillah. Bersyukur sebab diperkenalkan dengan kawan-kawan baru yang baik. Alhamdulillah jugak sebab furniture complete. Mesin basuh pun auto. Dapur pun ada tapi aku agak malas nak memasak. Sebab feel memasak kat rumah dan tempat lain memang jauh bezanya. Kalau kat rumah memang rajin masak. So far rumah sewa okey. Wireless kongsi dengan roommate.  Bayar sewa rumah pun murah rm100 je.


Minggu pertama kuliah semester baru

Picture : Sumber GOOGLE


Syukur Alhamdulillah Ya Allah, perjalanan hidup selama seminggu pertama untuk semester kedua ni berjalan dengan baik. Walaupun bertukar kelas dengan kawan baru, suasana kelas yang baru, Alhamdulillah semuanya baik-baik.


Minggu pertama kuliah memang sedikit sebanyak menguji kesabaran. Alhamdulillah ada peneman pergi dan balik dari rumah ke kelas dan sebaliknya. Even minggu pertama ni agak sibuk sedikit dengan beberapa urusan. Dan diuji lagi dengan pensyarah-pensyarah yang agak strict. Kesabaran dan ketabahan memang amat diperlukan.


Dan bersyukur jugak sebab ada peneman untuk pergi ke surau untuk solat bila masa tak mengizinkan untuk balik ke rumah sewa.  Bersyukur sangat-sangat sebab sekarang berusaha untuk berubah. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur sangat-sangat.


Awal semester ni memang terlalu banyak memerlukan duit. Hinggakan aku sendiri tak sedar perbelanjaan selama seminggu ni memang banyak sangat. Duit pun mengalir keluar macam air je. Tanpa sedar jugak sikap boros dan nafsu untuk membeli menguasai diri ni. Bila dikenang balik rasa nak nangis. Tapi apakan daya, bak kata orang “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”…



Gambar dalam kelas pagi tadi :) i'm using blocking colour. Yang penting kena ada confident nak pakai kaler-kaler macam ni :)


Bermula dari semester ni, niat nak pakai dress ataupun skirt sahaja untuk ke kelas. No JEANs okey. Alhamdulillah. Mencuba sesuatu yang baru.Tudung labuhkan di bahagian dada. Semua ni inspirasi dari adik Denah Bahrin. She is my idol. Memang suka sangat style dia berpakaian.


Sekarang aku tengah mencari Travel Telekung. Nanti senang nak bawa ke kelas. Sebab kadang-kadang tak balik tengah hari kan. So, kena singgah surau. Masalahnya surau ade yang limit sangat telekung. i don know why. So, cari punya cari tak jumpa-jumpa travel telekung. Yang ada pun kaler terang-terang. Yang berkenan out of stock. Penat dah cari.




Telekung macam ni lah yang aku cari. Tapi semuanya sold out. Aku nak mana-mana antara kaler ni. Hope sape-sape yang ade jumpa ready stock/pre-order travel telekung ni bagitau aku k.


No comments: