3.3.11

pesanan rindu untuk sayangs saya !

I miss a lot….:’(

Entry kali nih..entry sedih teringat kenangan lalu….

Dedicated to my sayang2 :
 Nur Azreen bt Zaidel a.k.a Eein;
Nur Mastura bt Ahmad a.k.a OMAS @ Mas;
Norshilawati bt Dol a.k.a Shila

Sayang2 sekalian…aku sangat merindui moment2 kita sewaktu pertama kali bertemu di KOLEJ SERI GADING 2 bilik no 11…saat pertama berkenalan, masing2 buat hal sendiri..masing2 masih tersipu-sipu malu..dua tiga minggu kemudia..semuanya tunjuk belang masing2..semua jadi kegilaan..makan sama2..borak sama2..study sama2..wah ! sungguh indah untuk dilupakan..setahun bersama memang tak dapat nak dilupakan..koranglah SAHABAT terbaik aku..sahabat yang banyak memberi dorongan..sahabat yang banyak membantu dan saling tolong-menolong..

Semalam..belek2 folder2 dalam laptop..ternampak satu folder gambar kita bersama..dan yang paling menyentuh hati, pabila ON media player classic menonton gelagat2 kita yang dirakam pada suatu ketika dahulu..sangat merindui moment2 itu ya :) video besday Shila bermandikan KEK..video besday Eein bermandikan TEPUNG..dan yang paling menyeronokkan video menari gila2 dengan teacher OMAS ;p Ngeeee…(^______^)…. Rasa tersebak pabila melihat keriangan wajah kita ketika itu…
Namun, masa berganti masa..waktu berputar..usia semakin meningkat..kita pergi ke hala tuju masing2 untuk mencapai cita2 dan meneruskan kehidupan..

Insan pertama yang meninggalkan persahabatan ini demi melanjutkan pelajaran adalah Mastura..walaupun Mas pergi jauh ke seberang laut china selatan, tapi, persahabatan kita tetap utuh hinggalah maut yang memutuskan persahabatan kita yang terjalin selama 2 tahun ini..

Setahun tinggal sebilik sudah cukup untuk menilai kebaikan kamu bertiga..kamu bertiga memang sahabat yang terbaik bagi aku..susah senang kita kongsi bersama..gelak ketawa riuh sebilik..:)
Kemudian..disebabkan peraturan kolej, aku dan Eein terpaksa berpisah bilik dengan Shila..walaupun begitu, bilik Shila cumalah di atas bilik aku dan Eein..Hehe :) LOL !

Semester nih..Shila pula yang menggantikan aku sebilik dengan Eein..aku praktikal..nextsem, InsyaAllah, aku akan ambil balik posisi itu..kehkehkeh (sebab Shila pulak yg praktikal).. :)

Saat bulan ramadhan menjelma, silaturrahim semakin erat..berbuka puasa bersama-sama..makanan dihidang dikongsi bersama..setiap orang bergilir-gilir baca doa berbuka puasa..tidak dilupakan juga dengan JIRAN bilik sebelah yang bernama JUJU dan MIS :)

Kerinduan dengan kamu semua sukar untuk dilafaskan..salah dan silap tolong maafkan sekiranya ada..walaupun hari ni bukan HARI RAYA AIDILFITRI :) gurau2 senda yang mengguris jiwa korang semua tolong maafkan..i miss u all friends !!

p/s : Semoga kalian semua Berjaya dalam hidup, duni dan akhirat..aminnn….

nih picture kami :)
.
.
.



No comments: