28.5.11

IMPIAN dan HARAPAN

Impian. Semua orang ada impian masing2. Tak lepas jugak aku nihaaa..Aku pun ada impian jugak..impian aku cemuanya BESAR2 belakak...Tapi tak salahkan aku mengimpikan sesuatu yang aku inginkan ?! Korang nak itu..korang nak ini..aku pun nak itu..aku pun nak ini...So, taMpa membuang masa korang nak baca, aku nak ceciter sesikit sebanyak tentang IMPIAN aku nih..Impian aku tak lah melampau sangat..melampau sikit jerlah..cukup2 makan jek..hikhik :) gelak comei sat !

Cakap tentang IMPIAN ni, impian ape ek? ade banyak impian..impian dari segi materialistik..impian dari segi akalistik..impian dari segi fizikalistik..semuanya tik2..HAHA :)

Actually aku nak ceciter tentang SESUATU yang aku impikan untuk MASA HADAPAN. Bukan masa sekarang. Aku hanya mampu merancang..hanya Allah yang akan tentukan segala-galanya. Yang selebihnya kita USAHAkan okeh. Takdak usaha, takdaklah impian ko tercapai. Orang dapat duet cepoloh sen pun hasil dari usaha jugak beb ! korang hengat jatuh dari langit ke hape..Agak-agak lah beb.

My dream :)



1) Segulung Ijazah dalam Jurusan "Construction Management".



Korang pun tahu kan..aku sekarang tengah study di UiTM kampus Samarahan ambik jurusan Diploma in Building. Sekarang aku dah nak masok last semester. So, ade 1 semester je lagi untuk aku tempuhi sebelum aku mencapai impian untuk menerima segulung Ijazah. Aku baru je terima result untuk last sem..Alhamdulillah aku dapat 3.67. Wah, cayelah beb. Anugerah Dekan tuh ! Aku bersyukur sangat sebab tiap2 sem pointer aku meningkat. Memang sukar nak terima kenyataan. Usaha aku selama ni menunjukkan hasil yang mmg superB dengan aku. Bermula dengan angka 2.95 untuk 1st sem, aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh. dapat result 1st sem dengan cuma dapat 2.95 memang cukup menghampakan aku. After tu, result yang aku dapat semkain meningkat..meningkat dan meningkat..dari 2.95..ke 3.10..3.44..3.45..dan untuk sem lepas 3.67. Memang berbaloi usaha aku. Sukar untuk percaya kan..Kalau usaha ada, semuanya tidak mustahil :) Dengan angka 2 itulah aku bangkit semula.

Aku dah plan untuk masa depan aku. Habis jer diploma hujung tahun ni nanti aku nak continue study kat UiTM Shah Alam. Nak ambek kos " Construction Management ".

Hanya 1 yang aku ingin sempurnakan. Aku inginkan segulung ijazah yang membuktikan aku berjaya untuk mendapatkannya.



2) Ingin menjadi seorang "lecturer".



Setelah banyak pengalaman yang aku dapat selama ni, aku buat keputusan untuk menjadi seorang pensyarah di UiTM. InsyaAllah. Amin. Waktu kecik2 dulu, memang banyak cita2 aku..nak jadi pramugarilah..nak jadi doktorlah..nak jadi cekgulah..apa2lah.. Itu zaman budak2 lagi, waktu tu otak belom berfikir dengan matang. But now, fikiran dah matang. Jiwa dah remaja. So,kenalah fikir untuk masa depan masing2.

Berdasarkan pengalaman aku praktikal dalam bidang pembinaan ni selama 5 bulan yang lepas, cukup memberi pengajaran dan pengalaman kepada aku. Aku sedar yang aku tidak akan mampu untuk bekerja di tapak pembinaan walaupun aku ambek kos building. Memang betul itu adalah kos yang aku sendiri pilih. Tapi aku tak menyesal sebab aku boleh menjadi seorang lecturer. Kerja di tapak pembinaan memang banyak risiko dan lebih2 lagi bagi seorang perempuan macam aku ni. Aku rasa aku memang tak mampu untuk bekerja di tapak bina. FULLSTOP. ! Yang aku rancangkan sekarang aku hanya ingin jadi seorang pensyarah muda. But, then aku akan continue ambek master (kos belom decide). Ini adalah kerana sekiranya ingin menjadi seorang lecturer di UiTM yang baru fresh graduate wajib ambek master. Itu kau dah fikir masak2.

Aku berharap apa yang aku rancangkan ini akan menjadi suatu kenyataan. Amin :)



3) Pasangan hidup.



Pasangan hidup ? haha..bab ni yang buat aku nak ketawa :) Aku boypren pun takdak. Camne ek? Hehe..okeh, aku just inginkan seorang teman hidup yang boleh membimbing aku kelak. Seorang yang baik budi bahasa, soleh, mempunyai akademik yang baik, kerja yang boleh menampung hidup :) Ade lagi ke orang camtuh kat dunia ni? Tak mustahilkan ?

Takpelah..biar Tuhan saja yang menentukan segala-galanya.

Sesungguhnya Jodoh dan Takdir di tangan Tuhan :)



4) Wedding plan.

Hehe..cakap pasal impian, tak sah kalau tak ceciter tentang wedding plan nih. Aku pun ade impian gak. Wedding plan ni sekali seumur hidup tau. Aku nak lah yang terbaik untuk diri aku sendiri. Kalau diizinkan Allah, aku nak wedding plan arabic theme :)

Arabic Theme beb..korang hado ? takdo kan..kih3 :) Actually, bial aku tengok style2 arab nih, memang at the 1st time terus memikat hati aku. Yang paling menarik minat aku bab pengantin pompuan pakai purdah..pergghh...kecantikan tuh memang tak dapat nak diungkapkan..memang cantek beb. aku harap suatu hari nanti impian aku dengan wedding plan ni akan berlaku suatu hari nanti. :)

Arabic Theme yang aku cakap tuh ala2 macam ni jugaklah.....

Baju pengantin perempuan


Baju pengantin lelaki



p/s : Agak2..nak tak bakal husband aku nanti guna baju camni? :)



5)Teratak Qaseh Ieyka

Wah..nama pun teratak kan...tapi teratak yang aku idam2kan nih bukan calang2 teratak taw..Teratak Qaseh Ieyka ataupun lebih dikenali sebagai sebuah rumah banglo yang sederhana besar khas untuk aku dan orang2 yang disayangi. Eh..impian aku ni melampau ek? Takpelah kalau korang cakap melampau..yang penting ni impian masing2 kan..Kalau kita ada impian, kita akan usaha dengan lebih gigh untuk mencapai impian tersebut. Jadi, untuk mencapai impian aku untuk memiliki sebuah banglo yang sederhana sahaja, aku akan berusaha dengan sebaik mungkin. Mula2 if dah dapat kerja, aku dah motivated my self untuk lakukan apa yang patut bagi mencapai impian aku. Kalau boleh kan..aku kan ada bakat dalam bidang pembinaan, so aku decide untuk design sendiri teratak aku nanti...tak salahkan ? Lagipun aku dah belajar banyak sangat dengan engineer aku before nih how if we design ourself...so, banyak yang perlu dilakukan..banyak jugak urusan yang akan dilakukan.Itu tak penting, yang penting usaha kita sendiri :)

Teratak yang aku idamkan White Theme :)

Teratak tuh nanti aku nak ala2 macam nih :).....

*picture semua aku google je...*


Design Ruang Tamu

Actually, design ni nampak macam mewah sangat..but i like this concept..even mewah, tapi simple..

Design yang ni pulak very2 simple. i like also :)

 Aku tak kesah orang nak cakap kaler putih ni cepat kotor, tapi...kalau dijaga dengan baik, kesucian akan tetap menyerlah :)

 Ini adalah ruangan untuk berehat..ambek feel dari luar :)

Aku suka susunan ruang tamu ni. Simple and nice :)


Design Dapur

 Ruang dapur yang tersusun rapi boleh menyenangkan untuk memasak :) hihi...

 Ruang makan yang simple untuk keselesaan bersama.

 Design dapur yang ni pun aku suka jugak...kemas..yang penting aku suka yang simple2 je...

 Yang ni lagi simple kan :)

 Putih suci dan bersih :)

Yang ni pun cantik dan simple jugak.


Design Bilik

 Tetiba plak kaler pul kan..Eh, bukan ape..tadi ternampak terus terpesona dengan susun atur bilik yang khas untuk budak2 nihaa...:)

 Kamar putih yang penuh dengan keselesaan dan keamanan.

 Tempat bersantai best nih.

 Design bilik ni aku paling suker. Simple dan cantik sangat gabungan black and white.

Yang ni pun cantik.


Design Bathroom

 Tempat mandi pun mesti ada keselesaan tau.


Design Swimming Pool

 Sesuatu yang mesti ada adalah tempat nak berenang. Dapat jugak nak exercise. 

 Design kolam renang pun penting tau.


Design stair

Aku paling suka design spiral stair dalam rumah. Boleh mencantikkan interior design rumah.



Lastly, alangkah best kalau ada bunga2 kalerpul macam ni kat sekitar rumah kiter kan...Fresh air :)


p/s : Kalau bab design2 rumah ni memang nombor SATU ! Haha :) korang layan jelah...bui2 :)














p/s : KLIK SINISINISINISINI untuk menderma, terima kasih :')

HOT ? KLIK SINISINI , SINI, & SINI :')

No comments: