4.11.10

pasrah segalanya...

Pernah hati ini terguris dengan fitnah dan tohmahan, menghiris sehingga terasa diri ini hina kerana tiada siapa yang sudi membela. Kutabahkan hatiku harungi hidup biarpun tiada siapa yang menemani. Keseorangan aku di lautan sepi ditinggalkan mereka yang aku percayai, namun ku tahu ada hikmahnya. Setiap segala yang menimpa diri kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta kerana engkau MAha Mengetahui segala apa yang terbuku di hati. Ya Allah tidakku terdaya lagi diri ini menahan dugaan yang mencabar ini. Terasa bagai noktah telah kutemui mengakhiri segala yang telah aku mulai. Ya Allah engkau lindungilah aku, bekalkanlah daku dengan limpahan iman agar tabahku menghadapi dugaan, agar tidakku berhenti di pertengahan. Kini, di sini aku berdiri bersama harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali menteri pagi setelah malamku berkalut benci....;'(

No comments: