13.10.11

Jatuh hati dengan penimbang berat


Ouhhh...pengsan pengsan pengsan...cepat2 panggil doktor nak bagitau seluruh dunia aku pengsan lepas dapat memiliki sebuah penimbang berat digital yang hagak mahal ( dengan harapan dapat masok muka depan harian metro dengan title " Seorang remaja perempuan telah pengsan selepas memiliki sebuah penimbang berat digital " hagak panjang title sampai orang pun tak nak baca). Digital okeyy. Bukan penimbang yang main2 tarik tu untuk timbang ikan. 

Dengan bersusah payah selama ni aku tercarik-carik dimanakah hendak membeli penimbang berat, ahernya dengan usaha sendiri tampa belas kasihan, dengan mata sendiri mencari-cari barang ahernya aku terjumpa penimbang berat digital di depan mata aku dengan harga yang dapat aku miliki. Huh ! Selama ni kemain lagi aku pesbuk sanaaaa..pesbuk siniii...tanya dengan amoi sana..tanya apek sinii...semua tak tau mana nak beli penimbang berat. Ahernya..hari ini rabu, tarikh ini 13 oktober 2011, bersamaan dengan tarikh SPEAKING MUET aku...aku dapat jugak beli penimbang berat. Oh penimbang berat, aku jatuh cinta padamu...

Entah kenapa dengan budak ni sampai gila camgitu gara2 penimbang berat. Huh ! -_-"

Nak ambek gambar, tapi..tapi..keadaan tak mengizinkan sebab hempon kat kedai, kamera adek bongsu pakai. So, tak dapat la nak menunjuk-nunjuk...<---dengan mulut yang muncung kecewa...

takde poto..potocopy dari google pun jadi la kan....


Sejibik macam ni lah..sejibik langsung macam yang aku beli.Woooooo.....

Lepas ni dengan harapan aku nak kontrol minda dan jiwa aku dari segi pemakanan agar aku kelihatan langsing dan langsing dan kurus. Kalau habis betri, takpe, aku dah siap beli spare 5 betri epnimbang berat ni dengan semangatnya. Tiap2 hari aku nak timbang berat. Lepas makan timbang. Sebelom makan timbang. Setiap saat timbang. Haha. Hinggakan penimbang berat pun naek bosan dengan aku.


Haha..agak melampau kan ?

Okeyy, hari ni ada satu kesah. (nak tukar topik)...aku pegi speaking muet hari ni tadi, dan nak tahu y ? cekgu aku sekolah rendah dulu pun ambek muet jugak. Agak segan dan silu aku dibuatnyerr. Yang lebih mengeruhkan keadaan seapabila aku disuruh mengajar mereka. Ouuuhhh...memang student yang membalas budi cekgu ketika ituuu....aaawwwww....haha..Aku dah balas jasa cekgu sekolah rendah dengan ajar diorang muet tadi. Korang dah ? Ahaksss :))


Isu yang bermain di pikiran:


1) kenapa ada yang bayar muet Rm120 & ada yang bayar RM60 ? sebab yang pernah didengar yang bayar lebih bayar orang mengajar sekali...patut ke macam tu ? bukan semua pendidik dah ada gaji ?

2) kenapa harga no pin untuk apply ijazah sarjana muda UiTM di BSN berharga RM50 ? Apa yang mahal sedangkan nak dapat NOMBOR je ?

okeyy..yang bertanggunggjawab sila menjawab...



Okeyy, to conclude, that's all. Thank you <---ayat tak boleyy blah time nak habis speaking muet tadi :)



2 comments:

x said...

ang bli mana penimbang berat nuu?

ieyka_Nz said...

beli kat kedai biasa je...guardian ade..cosway ade...:)