8.10.11

Mitos tentang jerawat dan kulit - iluvislam.com

Salam 1 Malaysiaaaa.......

Bajet 2012 pun dah melepas. Tinggal bajet 2020 je lagi untuk aku. Eh, takde ke bajet untuk baik pulih air kat kampung aku ni ? Masalahnya, air kat kampung aku ni tak cukup nak menampung jumlah penduduk kat sini. Bukan setakat tu je, air dah lah x bersih..berkarat-karat je rupa. Kuning ! Kalau puteh tadi xpe jugak..hmmm...apela YB kampung aku ni buat. Kalau time Hari Raya pulak, mulalah takde air. Memang susah dan sengsara betol la. Sejak aku sekolah rendah lagi masalah ni. Dah tua dah aku ni. Dah boleyy kawen dah. Bila lagi masalah ni nak diatasi? Banyak effect berlaku kalau air berkarat kekuning-kuningan ni taww. Effect kat muka ni kalau cuci muka. Berjerawat jadinya.

p/s : Dengan harapan ada pihak yang bertanggungjawab akan membaca ayat di atas dan memperbaiki keadaan :)


Okeyy, pergi kepada tajuk. Aku memang suka baca artikel2 kat laman web iluvislam.com ni. Banyak pengetahuan yang boleyy kita pelajari. Antara artikel yang aku suka adalah "Mitos Tentang Jerawat Dan Kulit".


Mitos 1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.

Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.


Mitos 2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.

Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.


Mitos 3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.

Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.


Mitos 4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.

Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.



Terima kasih sebab sudi membaca :)

No comments: