9.10.11

Tips Mengatasi @ Mengelak Jerawat

Salam readers...

Sekarang, saya memang suka baca artikel tentang kesihatan, kecantikan dan kekeluargaan. Memang tak dinafikan saya akan selalu update semua ni setiap hari kalau online...

Antara tips2 yang saya suka adalah tips kecantikan. Semua orang suka kulit yang cantik. Kalau kulit cantik semua orang suka, kalau kulit kurang cantek, orang ramai mengutuk..so, kita akan rasa down. Takda keyakinan diri bila berhadapan dengan orang. Macam saya :). Semua ni kenyataan. Bukan tipu2 belaka.

So, untuk menjaga kecantikan diri dan mencegah dari dihinggapi sang Jerawat yang jahat neyy, jom baca tips2 kat bawah ni yang aku search kat laman web iluvislam.com & kumpulan info. Untuk perkongsian bersama. Amalkanlah.

.............................................................................................................................................

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.
........................................................................................................................................................
  • Rajin membersihkan wajah

    Salah satu penyebab timbulnya jerawat adalah kotoran dan bakteria yang menempek di wajah. Dengan mencuci muka atau membersihkan wajah menggunakan pembersih dapat segera menyingkirkan kotoran dan bakteria yang ada.
  • Singkirkan rambut dari wajah

    Rambut akan menjadi kotor dan berminyak saat kita melakukan aktiviti seharian. Bila rambut menyentuh wajah, maka kotoran tersebut akan pindah ke wajah kita dan dapat menimbulkan jerawat.
  • Cuci sarung bantal dan spray secara teratur

    Rambut yang kotor atau wajah yang tidak bersih dapat menyebabkan kuman dan kotoran berpindah ke sarung bantal atau spray saat kita menggunakan bantal. Kemudian, pada saat yang lain saat wajah menempek di bantal, kotoran tersebut kembali menempek di wajah kita.
  • Minum 8 gelas air sehari

    Mengamalkan air yang cukup dapat membantu tubuh mengeluarkan racun dan zat tidak berguna yang ada di tubuh, sehingga dapat mengurangi risiko timbulnya jerawat.
  • Menggunakan masker pencegah jerawat secara teratur.

    Dengan menggunakan masker madu dan jeruk nipis. Hal ini dapat membantu menghilangkan bakteria dan minyak di wajah.
  • Kurangi penggunaan kosmetik

    Menggunakan kosmetik dapat menyumbat pori-pori wajah. Sumbatan ini membuat pori-pori tidak bernafas dengan baik. Pilihlah kosmetik yang berbahan daripada air yang dapat mengurangkan potensi timbulnya jerawat dibanding kosmetik yang berbahan daripada minyak.
  • Jangan picit jerawat yang ada

    Tangan yang kotor saat anda memegang dan memicit jerawat dapat meningkatkan minyak dan kotoran di wajah. Saat memicit jerawat, lapisan yang ada di bawah kulit akan menjadi rosak dan menyebabkan minyak wajah merebak ke bahagian lain dari wajah sehingga jerawat timbul semakin banyak

- Artikel kumpulan info




terima kasih sebab sudi membaca :))



2 comments:

Fairuz Aqilah said...

conclusion yang paling ketara dapat dilihat,JANGAN PICIT JERAWAT. :)
dua dua artikel ada pasal ni..

ieyka_Nz said...

ha'ah..betul tu..nanti merebak plak kalau picit :)