16.11.11

Contest Skin Care & Health Care by Qma

Assalamualaikum :')


klik Banner untuk join !

Tak mau buang masa , terus kepada isi tersurat..


 Vitamin Shaklee
Vitamin Shaklee  neyy *seperti dalam gambar di atas* bagus untuk kesihatan dan kecantikan. korang mesti  ingat, kecantikan bukan hanya dari segi luaran sahaja, tapi kita mesti menjaga dalaman jugak. dari dalaman tubuh kita lah terserlahnya kecantikan luaran kita :') 3 vitamin yang aku tunjukkan di atas neyy amat bagus untuk kecantikan kulit kita. aku baru je amalkan pengambilan vitamin neyy. memang mujarab untuk kulit terutamanya vit E tu yang bagus untuk kulit kita.



SET OILY & ACNE sendayu tinggi
sekarang neyy aku guna SET OILY & ACNE sendayu tinggi. sang jerawat memang cepat susut dan menghilangkan diri sekelip kelip mata. muka aku dah beransur pulih sekarang lepas kes praktikal hari tuh. alhamdulillah. memang melambak sensitip giler muka time praktikal !


actually set tu ada pencuci muka. tapi aku lebih suka sabun pencuci muka yang neyy. neyy dari sendayu tinggi jugak. memang best n wangi. muka licin je rasa. dulu dulu time cuci muka, kena jerawat tu mesti rasa sakit. now dah tak lagi :') potong kecik kecik letak dalam bekas. so, jimatlah penggunaannya.


toner. aku guna 2 kali sehari lepas cuci muka mandi pagi & malam. muka jadi lembab. aku guna toner ni before guna serum.


yang ni pulak antara set sendayu tinggi tu tadi. neyy serum. bagus untuk hilangkan jerawat. tapi sikit je dalam neyy and paling cepat habis. aku guna siang & malam. just sapu kat muka macam cream. tumpukan perhatian lebeyy kepada sang jerawat. insyaallah akan hilang.


bedak jerawat. lepas cuci muka, apply toner..then sapukan serum..lepas tu pakaikan bedak jerawat neyy macam korang pakai bedak biasa. kulit jadi x berminyak. jerawat susut cepat. So, kesimpulannya..complete kan set sendayu tinggi neyy.


masker whitening & scrub. aku guna 2 kali seminggu iaitu hari rabu & ahad. aku jenis yang berjadual :') masker ni lepas guna beberapa minit korang cuci seperti cuci muka dgn scrub masker tu tadi.


Charcoal mask
masker ? yup, dats right. masker neyy murah je RM10. aku beli online sebab aku memang suka shopping online :') masker ni aku guna sekali seminggu je (actually boleyy guna 2 kali seminggu for the limit used). memang superb untuk hilangkan blackhead & whitehead kat muka. tapi kalau malas melanda diri, sebulan sekali la jawabnya aku nak pakai. huhu ! aku memang setia dengan masker neyy. masker neyy once korang pakai, time tarik tu memang suka hati bila tgk kuman2 kat muka tertarik sekali. macam neyy....



lepas tarik mask tu, cuci je muka dengan air sejok. memang senang hati bila buka mask kat muka. hasilnya macam gambar di atas.


VCO - Virgin coconut oil
VCO. yess...virgin coconut oil yang tersangat hangat di pasaran sekarang neyy. aku gunakan vco ni dengan sapukan kat muka sekali sehari sebelom tidur. pagi keesokan harinya baru cuci. memang lembut jadinya. jerawat takut nak timbul. vco ni memang lama dh aku amalkan. kalau tak silap dah nak masok setahun aku amalkan penggunaan VCo neyy.


Losyen yesta
dulu time praktikal memang hitam giler kulit aku jadi kena panas. lepas tu aku guna losyen yesta ni. putih balek dah. losyen ni memang khas untuk memutihkan kulit badan. memang cepat berkesan.


Missha bb cream
missha BB cream. khas dari korea. sekarang kebanyakan produk yang aku guna dari korea. memang berkesan kat kulit muka aku daripada guna produk yang macam2 tu.semua produk korea sesuai kat muka aku. dan tak menimbulkam masalah langsung. bb cream ni aku guna time nak keluar je. time ada event or whatever. so, lama nak habis ni :')


Naturactor foundation
naturactor foundation aku guna untuk makeup. memang natural giler muka pakai foundation ni. guna nipis2 je. boleh cover kulit muka yang tak gebu tu jadi gebu. selesa pakai foundation ni. memang foundation terbaik pernah aku pakai. tanak pakai yang lain lagi :')


Natural make-up powder
lepas guna foundation tu, aku pakai bedak ni. nama bedak ni Dodo palgantong powder. natural je. sesuai diguna dgn naturactor foundation. :') tapi pilihlah kod natural okey..sesuai untuk semua kulit :')

neyy wajah aku yang terkini. foundation yang diguna naturactor foundation.nampak natural je kan ? ~aku tak edit pun sebab kuasa naturactor foundation tu menutup segala cela cela yang tidak gebu~



Petua :
Antara petua yang aku amalkan, bangun tidur minum air masak dgn selawat 3 kali, time cuci muka pagi2 usap muka dari bawah ke atas 3 kali dgn selawat, tempat tidur di spray dengan febreeze untuk menghilangkan kuman, sebulan sekali cuci tempat tidur (sarung bantal, selimut)..


Natural bamboo charcoal


Korset Xtra Slim

okeyy, yang neyy agak tidak sopan kalau aku yang menjadi model -_-". biarlah mereka mereka neyy yang jadi model sebagai pengganti. aku memang sengaja beli 2 sebab kalau 1 dicuci, satu lagi akau pakai. kegunaan utama adalah untuk melangsingkan tubuh badan aku.



Aku memang amat mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. bukan untuk ditunjuk tunjuk. untuk kepuasan diri sahaja. tak salah kan ?

lastly....

Aku nak tag Kamu dan Dia !

7 comments:

QmaRidh said...

thanks sudi join contest nie... gud luck.. :)

YNA said...

macam best je contest nih :)

♥ AMOYELLA said...

ehehee..thanks tag, akan diusahakan~

ieyka_Nz said...

cepat cepat join :)

QmaRidh said...

Congratz!! email nama penuh, alamat lengkap & phone no. utk tujuan penghantaran hadiah :)

ieyka_Nz said...

eh ? macam tak caye je...thankssss anyway..hehe..hepinyaaa....

Anonymous said...

best beauty products

Here is my page: derma e skin Care