25.11.11

Kebanyakan orang berkawan hanya kerana rupa dan harta

Assalamualaikum...


Kecantikan menarik sesuatu perhubungan.

Terkadang , rupa paras yang cantek , harta yang menimbun disebalek wajah , menjadi faktor utama pemilihan dalam persahabatan. Jahat bagaimanapun anda , tapi wajah secantek bidadari , orang tetap akan memilih anda. Kekayaan ? Yaaa , itu adalah pendorong kenapa mereka bersahabat dengan anda. Adakah rupa paras itu penting ? Adakah latar belakang itu penting ? Adakah ukuran harta itu penting ?


Terkadang , orang yang hodoh dicaci dihina. Ditinggalkan keseorangan di belakang. Hidup tanpa teman. Hanya menunggu insan yang benar benar jujur dan ikhlas. Yang mempunyai sifat nurani dan terpuji.

Wajah ? Adakah begitu penting juga untuk berteman ? Kenapa ? Kenapa ? Adakah kecantikan itu akan kekal hingga ke tua ? Tidak ! Tidak sama sekali. Hanya hati yang bersih sahaja diperlukan dalam sesuatu perhubungan.

Kekayaan ? Itu semuanya hanya yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Bila bila masa sahaja boleh ditarik balek rezeki yang diperolehi.

"Berteman bukan hanya sekadar harta dan rupa, kenalilah hati budi dan nurani"


Sekian, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi. Klik sini untuk menderma.

2 comments:

♛RaRa♛ said...

betoi tuh,nak berkawan jangan tengok rupa/harta,sebab ia xmenjamin persahabatan yang baik,tapi tengok pada hati...keikhlasan itu lebih penting :)

ieyka_Nz said...

tapi kan, budak dalam gambar ni cute kan..hehe :P